#24 - Kalau

18.8K 1K 24
                                    

Sejambak bunga ros di atas mejanya itu dipandang lama. Perlahan Emilin menggeleng sambil meraup muka.

Kejap lagi. Kejap je lagi.

Doraboji mal-

"Helo, assalamualaikum!"

Terdengar ketawa kecil si pemanggil. "Well, that's fast, hun. Memang tunggu I ke apa?"

Tapi secalit senyum pun tak terlakar di bibir Emilin.

"It has been a week, Tuan Syed Shukri. Boleh saya tahu, apa yang tuan nak sebenarnya?"

"Oh, Emi! Don't be so formal, it ain't fun at all! Apa yang I nak?"

Shukri membetulkan duduk pada kerusinya. "I nak ucapkan a very lovely morning to you, a very lovely woman. And yes, I nak hati you,"

"This is not funny. I am a married woman, Tuan Syed. Dengan you who keep sending me flowers, boleh menimbulkan fitnah tahu tak?"

"Hey, honey. Don't call me Tuan Syed please. Just call me Shuk, macam biasa. Relaks la, kalau husband you boleh pasang dua, why not you?"

"Because I'm not a man, idiot!" Lantang Emilin bersuara. Bodoh punya statement!

Syed Shukri hanya ketawa mendengar suara yang sudah meninggi itu. Dia dapat bayangkan wajah Emilin yang kemerah-merahan kerana marah ketika ini. Pasti cantik.

"Okay, I'm sorry for yelling but your statement just now were... unacceptable," duduknya dilabuhkan pada kerusi, cuba mengawal amarah. Suaranya sudah berubah lebih lembut.

"I harap sangat kita boleh kekalkan profesionalisme kita sebab Bosque City sangat-sangat penting untuk both company. Please, Shuk. I tak nak ada masalah dengan you,"

Senyum sinis jelas terpamer di wajah Syed Shukri. Suara pleading tone itu pasti lebih menarik jika pleading untuk perkara lain. *smirk*

"Don't worry, pretty. I pun tak nak ada masalah dengan perempuan cantik macam you. Bye, hun."

Klik.

Emilin dah rasa nak hempas telefon itu ke lantai. Sungguh dia tak senang dengan perangai lelaki itu.

Dah seminggu, tiap-tiap hari dia terima sejambak bunga ros di atas meja. Kalau dari Nazreen takpe jugak, ni dari lelaki entah siapa-siapa tu.

Telefon yang berlagu mematikan amarah Emilin. Melihatkan  nama umi yang tertera, segera dijawab.

"Helo, assalamualaikum, umi!" Ceria suaranya menyapa Puan Azira, Nazreen's most beloved woman.

"Waalaikumussalam, sayang. Emi tengah buat apa tu?"

"Dekat ofis ni. Kenapa, umi?"

"Emi free tak waktu lunch nanti? Umi ingat nak ajak Emi dengan Azra lunch,"

Segera plannernya ditarik dan diselak. "Urmm, nope. I have no plan. Nak lunch dekat mana?"

"Okay, great! Nanti umi share location, okey?"



~~~~~♡♡♡~~~~~




Emilin melabuhkan duduknya setelah bersalaman dengan umi dan Azra. Mereka mengambil meja yang agak tersorok untuk privasi dari suasana restoran yang agak meriah itu.

"Sorry, lambat. Umi tak ajak Naz sekali ke?"

"Tak. Hari ni umi nak lunch dengan menantu umi je,"

Serentak Azra dan Emilin ketawa kecil. Selepas selesai memesan makanan, mereka kembali fokus berborak.

"Habislah, nanti abang Nazreen merajuk sebab tak ajak dia," ujar Azra sambil ketawa.

"Betul!" Laju Emilin mengangguk. "Dia kan anak manja umi. Azra tahu tak, masa sekolah dulu, dia pernah jeles dengan akak sebab umi peluk akak dulu sebelum dia. Ngada kan?"

Puan Azira turut ketawa apabila mengingat semula perangai anak tunggalnya itu. Mana taknya, setiap kali pulang ke rumahnya pun Nazreen dan Emilin selalu berebut perhatiannya.

"Umi bersyukur sangat sebab umi bukan je dikurniakan anak lelaki yang teramat manja, umi pun dapat dua orang anak perempuan yang sangat baik,"

Dia mencapai tangan Emilin dan Azra. "Dua orang anak perempuan yang umi percaya mampu menjaga keperluan Nazreen sebaiknya,"

"Umi..."

Tubuh wanita yang paling disayangi suami mereka itu segera dipeluk erat. Macam sedih pulak umi cakap macam tu.

"Umi harap bila umi dah takde nanti, Emi dan Azra dapat ubat hati Nazreen. Dia mungkin nampak kuat, tapi sebenarnya hati dia rapuh sangat. Umi ingat lagi masa Emi koma dulu, Nazreen asyik menangis je. Dalam solat dia menangis, dalam doa dia menangis, tengah baca al-Quran pun dia menangis. Dia sangat-sangat patah semangat.

Jadi umi harap, bila waktu umi dah tiba nanti, Azra dengan Emi sentiasa kuat dan dapat tarik Nazreen keluar dari kesedihan,"

Emilin menggenggam tangan ibu mertuanya. Matanya yang sudah rasa berpasir tidak diendahkan. Azra? Preggy mama itu dah menangis dahulu. Emosi.

"Umi, tak mau la bukak cerita sedih-sedih ni. Of course both of us akan sayang Nazreen kaw-kaw tapi sayang umi kan lain. Dah Azra, jangan nak nangis," lengan Azra ditepuk selamba.

"Nanti akak pun nangis jugak!"

Puan Azira tersenyum pada kedua-dua menantunya. Seketika kemudian, tangannya melekap pada perut Azra. Belum jelas bentuknya sebab pakaian Azra selalu longgar tetapi jika disentuh perutnya, terasa baby bump.

Emilin hanya memandang. Dahulu semasa dia hamil pun umi selalu memegang perutnya malah kadang-kadang cuba berinteraksi dengan baby. Umi yang comel!

Walaupun ini momen yang manis, entah kenapa timbul rasa cemburu dalam benaknya. Kalaulah kemalangan itu tak berlaku dulu...

Damn it, Em! Cut the crap!!

"Umi tak sempat nak tengok cucu umi,"

"Umi!!" Serentak itu Emilin mencubit manja lengan Puan Azira. "Rasain! Ngomongnya yang enggak-enggak kenapa sih?"

Wanita separuh abad itu ketawa sebelum membalas cubitan Emilin, menantunya yang memang playful sejak zaman sekolah dulu. Selamba je dia.

"Kamu ini bisa-bisanya aja cubitin saya segala. Saya kan nyokap kamu!"

"Ya, nyokap tuh! Ngomongnya nggak enak tahu? Masa dibilangin nggak nyempat segala,"

Azra yang dah tersepit dalam perbualan bahasa Indonesia itu serta-merta menyampuk. Serius, dia tak faham.

"Wait, wait! Boleh cakap bahasa Melayu tak? Azra tak faham,"

"Well, cutiepie, that is the art of watching sinetron," selamba Emilin mencubit pipi Azra sebelum Puan Azira join ketawa. Serius, Azra comel!

Seketika kemudian, pesanan mereka sudah sampai ke meja.

"Come on, let's dig in!"

"Doa makan, Emi!"

Emilin ketawa. "Sorry, umi. My bad,"

Satu Mimpi ✔Where stories live. Discover now