#14 - Jawapan

18.5K 1.1K 98
                                        

Nazreen meraup mukanya. Badannya disandarkan pada kepala katil sebelum menutup rapat matanya.

Tiga malam. Tiga malam berturut-turut dia mimpi benda yang sama.

Doraboji malgo tteonagara
Tto nareul chatji malgo saragara
Neoreul saranghaetgie huhoe eopgie
Johatdeon gieongman gajyeogara
Geureokjeoreok chama bolman hae
Geureokjeoreok gyeondyeo naelman hae
Neon geureolsurok haengbokhaeya dwae
Haruharu...


Bunyi nada dering telefon bimbit Emilin membangunkannya dari lena. Tangannya meraba-raba katil, mencari telefon bimbit tersebut.

Tak cukup dengan itu, bantal dan comforter dialihkan untuk mencari gajet tersebut. Tak jumpa, tetapi korus lagu nyanyian Big Bang itu masih berlagu.

"Bae, phone you bunyi ni! Tapi I tak jumpa phone you,"

Senyap. Tiada jawapan.

Nazreen turun dari katil king size itu. Sambil menguap, langkahnya diatur ke balkoni, mencari bidadarinya. Masih tak jumpa.

Dia cari pula di bilik air dan walk in wardrobe mereka. Kelibat Emilin masih belum kelihatan.

"Emilin, sayang! Where are you?"

Dan sepanjang itu juga korus lagu itu berulang-ulang.

Memikirkan kemungkinan Emilin berada di dapur atau ruang tamu, Nazreen mengambil keputusan untuk keluar dari bilik tersebut. Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik,

"Papa!"

Nazreen terkaku. Seorang kanak-kanak perempuan dalam usia lima tahun sedang erat memeluk kakinya.

Mata bundar si kecil itu menikam matanya. Dia kenal mata ini.

"Papa, mama suruh Emi kejut papa. Mama told me that you're a sleepyhead,"

Anak kecil itu ketawa dengan kata-katanya sendiri.

Lelaki itu pula masih terkaku. Emi? Nama anak kecil ini Emi? But then, papa?

Nazreen mendukung budak perempuan itu. Anak mata yang berwarna amber itu diteliti lama. Persis...

"Abang, turunlah makan. Sayang dah siapkan breakfast ni!" panggil seseorang dari dapur.

Dahi Nazreen semakin berkerut. Sejak bila dia pakai abang-sayang dengan Emilin? Tetapi langkahnya segera diatur ke ruang makan untuk melihat gerangan wanita itu.

Ketika dia sampai ke dapur, langkahnya mati. Walaupun wanita itu membelakanginya, dia tahu itu bukan susuk tubuh... Emilin.

Berkali-kali Nazreen meraup wajah dan beristighfar. Adakah ini mimpi yang sekadar mainan syaitan atau jawapan untuk istikharahnya?

Sudah lebih seminggu dia mengamalkan solat sunat istikharah bagi mencari jawapan untuk desakan Emilin tapi baru sejak tiga hari terakhir ini mimpi itu muncul.

Nazreen meraup rambutnya. Jika ini jawapannya, sungguh dia takut.

But Allah is the best planner.

Segera langkahnya diatur untuk ke bilik air bagi membersihkan diri dan berwuduk. Jika ini jawapannya, dia perlukan keyakinan dan keberanian.


~~~~~♡♡♡~~~~~


Pintu unit kondo itu terbuka sebaik sahaja kombinasi enam digit itu ditekan. Emilin sedikit terkial-kial menarik luggagenya masuk ke dalam rumah.

Satu Mimpi ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang