"Sayang, awak keluar kejap. Saya nak carut sikit dekat perempuan ni bagi dia sedar,"
"Abang, jangan la macam tu! Emi kan sakit!" Laju Wahi meningkah. Gila ke apa laki dia ni? Orang suruh nasihat, dia nak menyumpah pulak!
"Biar! Selama ni cara tu je yang jalan if it's between me and her,"
Wahi ragu-ragu nak keluar meninggalkan dua makhluk yang emosinya volatile tapi apabila terpandangkan jelingan Izham, nak tak nak dia perlu keluar. Pintu bilik itu dibiarkan ternganga luas.
Izham pula meraup rambutnya kasar. Dia terpaksa suruh isterinya kesayangannya keluar sebab dia tak mahu anak mereka yang masih dalam kandungan itu mendengar. Kan sejak dalam rahim lagi kita perlu mendidik anak.
Pandangannya dialihkan semula pada Emilin yang terduduk lemah itu. Kesal dengan idea bodoh rakannya.
"Kau ni bodoh ke bangang? Kau nak suruh suami kau kahwin dengan perempuan lain. Kau nak habiskan hidup kau dengan tengok Nazreen bercinta dengan perempuan lain depan kau? Macam tu?"
"Aku buat ni ada sebab, Am," lemah dia bersuara.
"Sekurang-kurangnya kalau aku dah takde nanti dia takkan sedih sangat. At least he'll has someone with him. And I know I will leave him in fine,"
Doktor itu sudah bercekak pinggang memandang Emilin. Sejak bila kawannya yang kuat semangat, lahanat dan berperibadi bengong ni jadi lemah sebegini? What the hell have gotten into her?
"What the fck, Em! You're going to be fine. Sorafenib is the best solution, you're going to be okay. You should be okay,"
Ayat terakhir tu lebih kepada Izham cuba yakinkan diri sendiri. Dia sebagai doktor pun tahu yang HCC apabila dah mencapai stage 4, takkan ke mana pulihnya. Kimoterapi memang awal-awal dah out of the list, pembedahan pun memang terlalu tipis keberkesanannya. Hanya Sorafenib peluang terakhir.
"For a few years. Only for a few years. Itu pun kalau umur aku panjang. Kalau badan aku boleh bertahan. Ajal maut bukan kita yang pegang Am. Kau tak faham perasaan aku. Kalau kau sakit, kau sanggup ke tengok Wahi menangis hari-hari? It will just hurt you more,"
Mata Emilin sudah berkaca tapi tiada setitis air mata pun keluar. "Put yourself in my shoes, Am! Nazreen dah berkorban banyak sangat untuk aku selama ni, holding on to me for this whole time. I could never ask for more,"
"Tapi takkan kau nak stay silent. Lambat laun kau kena beritahu dia, Em. He is your husband!" Tingkah Izham dengan suara yang sudah meninggi.
"Atau perlu aku sendiri yang beritahu dia?"
Bulat mata Emilin memandang Izham. "How dare you tell him. Bagi tahulah! Kalau kau beritahu dia, aku takkan maafkan kau. Aku takkan makan apa-apa ubat, aku takkan buat apa-apa treatment. Aku akan biar je tunggu maut sampai, itu yang kau nak kan? I swear if yo do so, I will do nothing! I dare you, Izham!!"
"Bae, Am, kenapa ni?"
Mereka sama-sama terkaku memandang Nazreen di muka pintu.
>> habis flashback (lol)
Izham menghela nafas panjang. Sumpah kawan baiknya itu sudah gila.
"Abang, termenung apa ni?" Wahi menegur sambil menghulurkan secangkir kopi kepada suaminya.
"Kalau sayang sakit, sayang akan buat macam Em buat ke?" Random soalan itu keluar.
"Mungkin,"
Terangkat kening Izham memandang kesayangannya. Biar betul?
"Women are complicated," simpulnya ringkas sambil menghirup kopi yang masih berasap nipis itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Mimpi ✔
ChickLit[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it sti...
