#40 - Rehatlah Sayang

43.5K 1.8K 683
                                    

Bayi perempuan yang masih terpejam matanya itu dikucup lembut pada dahi. Sesekali kucupannya turut singgah pada pipi montel itu.

Allahuakbar, allahuakbar!

Perlahan-lahan iqamat dilagukan buat anak kecil itu.

Setelah selesai, dia diminta untuk keluar kerana isteri dan anaknya akan dipindahkan ke wad biasa.

"Alhamdulillah, ya Allah!"

Lebar senyuman terukir di wajahnya. Sebaik sahaja keluar dari labour room tersebut, Nazreen terus bersalaman dengan ibu bapa mertuanya, Azam dan Encik Hakim yang menunggu di luar.

Senyuman langsung tak lekang di bibirnya. Lidahnya basah dengan kalimat kesyukuran pada Ilahi kerana menyelamatkan isteri dan anaknya.

Klap! Klap! Klap!

"Tahniah, Naz,"

Lima pasang mata memandang arah suara itu.

Izham sedang bersandar pada dinding koridor sambil bertepuk tangan. "Aku faham perasaan kau. Jadi seorang ayah memang seronok. The best day of life, right?"

"Kau nak apa?" Beku suaranya menyoal. "Jangan rosakkan mood aku boleh tak?"

Izham tersenyum sinis sebelum memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. Wajah Nazreen dipandang tak percaya.

"I've been thinking for the whole fcking day, macam mana Emilin boleh cakap yang kau ni suami terbaik yang dia boleh dapat? Macam mana dia boleh sayang kau separuh mati ek?"

"Kau blah, Am. Aku tak nak bergaduh dengan kau dekat sini,"

Nazreen sudah menggenggam penumbuk. Dia tak boleh tengok muka si pengkhianat ni waktu ni, apatah lagi dengan omong kosongnya. Sampah!

"No, you listen to me! Kau hina dia, kau judge dia, kau tuduh dia tanpa usul periksa, but she still love you so badly. Ingat Naz, isteri kau bukan Azra seorang. Emilin needs you too,"

"You know what, Am? It seems like you care so much about her kan? Aku boleh lepaskan Emilin untuk kau la,"

"Nazreen!"

Encik Hakim bangun dari duduknya. Wajahnya menyinga memandang anak tunggalnya.

"Don't you dare! Ni ke yang Naz janji pada semua orang yang Naz akan adil? Ayah tak pernah ajar kau jadi suami dayus macam ni!"

"Ayah tak tahu! Ayah tak tahu malam tadi Naz nampak dengan mata kepala Naz sendiri yang Emilin dengan Izham berpeluk dalam kereta dekat tempat gelap. Tudung Em entah ke mana, baju terbuka! Salah Naz ke untuk rasa syak? Salah Naz ke?!"

Seluruh kawasan itu terdiam mendengar kata-kata Nazreen. Beberapa orang kakitangan hospital cuba mendekati untuk meredakan kekecohan di sekitar itu tetapi dihalang Izham.

Kejadian malam tadi yang Nazreen nampak hanya dari perpektifnya, bukan dari keseluruhan cerita.

"Puteri Emilin binti Megat Fauzi, pesakit hepatocellular carcinoma ataupun biasa dipanggil kanser hati," perlahan Izham menuturkan.

Nazreen menggeleng tidak percaya. Tawa sinis keluar dari bibirnya. "Cerita dongeng apa yang kau tengah karang ni?"

"Dah setahun dia terima rawatan dekat hospital ni. Setiap kali dia cakap dengan kau dia pergi outstation, dia bukan pergi check in hotel dengan jantan lain macam yang kau tuduh dia, Naz. Dia kena tahan dekat wad.

"Kau tak pernah nampak sakit dia. Aku dengan Wahi doktor dekat sini, kitorang yang selalu temankan dia. Kitorang yang tengok dia pun dapat rasa sakitnya apa lagi dia yang menghadap. Tapi Em kuat. Dia nak lawan sakit dia sebab dia nak ada di sisi kau. Walaupun kau tak pernah sebut, tapi dia percaya yang kau cintakan dia. Dia berjuang untuk kau,"

Satu Mimpi ✔Where stories live. Discover now