#3 - Photograph

24.4K 1.3K 40
                                    

Pili shower dibuka membuatkan bilik air itu penuh dengan bunyi air jatuh ke lantai. Emilin duduk di dalam tab mandi kosong sambil memeluk lutut. Sejak lebih setahun yang lalu, ini sahajalah yang mampu dia lakukan setiap kali 'isu' itu dibangkitkan.

"...Nazreen la satu-satunya anak umi. Umi teringin nak timang cucu. Cucu yang darah daging umi sendiri,"

Air mata yang ditahan dari petang tadi tumpah juga. Hanya itulah cara dia melepaskan sedih setiap kali teringatkan peristiwa malang itu. Dia tak mahu menangis di hadapan Nazreen.

Emilin tak perlukan simpati sesiapa. Walaupun suaminya sendiri.

Beberapa bulan selepas mereka sah menjadi kekasih halal dahulu, mereka menerima nikmat yang tidak terhingga apabila Emilin disahkan mengandung.

Tetapi malang tak berbau, apabila kandungan mencecah tujuh bulan, mereka menghadapi kemalangan jalan raya. Nazreen hanya mengalami luka ringan tetapi Emilin koma selama dua minggu dan bayi mereka tidak dapat diselamatkan.

Lebih teruk lagi, Emilin disahkan tidak boleh mengandung kerana kerosakan pada rahim.

Cliche? Well, 'drama melayu' boleh jadi realiti pada sesiapa je sebab takdir bukan manusia yang pegang.

Tamparan yang sungguh besar buat pasangan pengantin baru itu. Tetapi Emilin kuat. Dia sentiasa cuba memastikan bahawa dialah isteri sempurna buat Nazreen.

But honestly, a marriage without baby is nothing but lonely.

Nazreen memandang pintu kamar mandi yang tertutup dengan bunyi pancuran air. Nafasnya ditarik dalam sebelum dia menghempaskan tubuh ke katil.

She cried. Again.

Bukan dia tak tahu yang Emilin akan buat macam tu setiap kali dia nak menangis. But Emilin is Emilin. Si cengeng yang dia kenal 12 tahun lalu dah berubah menjadi iron lady.

Dia tak akan tunjuk her most vulnerable state pada sesiapa. What experiences had taught her for the past few year she was alone in a foreign land. Mengajarnya jadi berdikari.

Dia tak mahu Nazreen melayannya macam dia ada tampal sticker [FRAGILE. HANDLE WITH CARE.] dekat dahi.

Dan Nazreen tak mampu nak buat apa-apa selain buat lawak bodoh supaya Emilin gelak balik.
Ya, dia mengaku. He can be playful and idiot simultaneously. As long as it can flash a smile on her beautiful face.

"Bae..." pintu bilik air itu diketuk kuat. Macam takde apa-apa pun. "Cepat sikit mandi tu, I nak berak,"

Emilin ketawa dengan air mata yang masih bersisa. Bodohlah dia ni!

Dia bangkit dari duduknya dalam tab itu dan berdiri di hadapan sinki. Mukanya segera dicuci dan rambutnya dilepaskan dari ikatan.

So does all clothes on her.

Pintu bilik air itu dibuka sedikit sebelum dia menjengulkan kepala keluar. Di hadapannya berdiri seorang lelaki yang hanya memakai tuala pada paras yang... hmm.. bahaya paras ketergantungan tualanya ini.

"Kalau you nak defaecate, pergi toilet luar. Tapi kalau you nak mandi... masuklah,"

Telinga Nazreen panas dengan usikan nakal itu. Walaupun dia kenal muka dumpling Emilin yang sembap kesan menangis tu tapi, tahniah bae! Ajakan yang irresistable.

"Why am I waiting here? I sanggup save the urge for tomorrow,"

Sengih. Gatal.

Pintu ditolak lebih luas.




~~~~~♡♡♡~~~~~


Jam 3.30 pagi, ayam pun masih mamai dalam reban. Itupun kalau ada ayamlah dekat tengah-tengah bandak KL ini.

Pipi mulus itu diusap lembut. Sama seperti hari-hari yang lalu, having her in his arms sure feels damn great.

Tangannya pula beralih pada rambut yang sudah melepasi paras dada itu. Lembut, cantik, dan wangi. Sama macam yang dia bayangkan sejak 12 tahun dahulu. Mata yang cantik bersinar serta bibir yang lembut, overall, tak banyak yang berubah dengan fizikal Emilin.

Termasuklah hourglass body shape miliknya. Ahakks!

Tetapi Nazreen tahu, hati Emilin sebenarnya sudah hancur berkecai. Namun kematangannya mampu menutup kesakitan. Betapa tebalnya dinding emosi yang dia bina.

Walaupun dengan imam sendiri.

Dahi Emilin dikucup lembut sebelum dia melepaskan pelukannya pada isteri luar biasa itu. Nazreen tak mahu beri tekanan padanya.

Dia bangun bersandar pada kepala katil sebelum mencapai wallet di atas meja sisi itu. Sekeping gambar polaroid dikeluarkan. Elok bertanda dengan dua tanda tangan.

Satu tanda tangan Emilin. Satu lagi tanda tangan dia. Ini sahaja yang dia bawa ketika melamar Emilin dahulu.

Tak perlu cincin berlian. Tak perlu ros sebaldi.

We keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
Time forever frozen still

So you can keep me
Inside the pocket of your ripped jeans
Holding me closer till our eyes meet
You won't ever be alone

"Wait for me to come home,"

Pesanan terakhir Emilin sebelum mereka berjumpa kembali pada malam dia melamar kekasih halalnya ini. Tak pernah sehari pun dia tak tunggu kesayangannya ini.

"Biy, kenapa tak tidur ni?" Soal Emilin yang tiba-tiba terjaga. Dengan suara seksi baru bangun tidurnya itu... aumm!

"You kenapa terjaga?"

Tingkah Emilin yang sedang menguap sambil menggosok mata itu tekun diperhatikan. Ekpresi hina macam tu pun dia masih rasa Emilin lawa.

Seketika kemudian tangan Emilin membelit pinggangnya sebelum dadanya dihempap kepala wanita itu. Oh ya, kakinya pun turut sama ditimpa.

Keturunan diraja ular sawa dari kerajaan Majapahit ke apa dia ni?

"I mimpi... nevermind," gumamnya rendah pada dada Nazreen.

Nazreen usap perlahan rambut Emilin. "You nak tahu satu cara nak jumpa baby kita tak?"

"Macam mana?"

Lelaki itu tersenyum memandang wajah kesayangannya yang polos ketika ini. Ketika ini la. Ketika lain boleh jadi setan riak wajahnya.

Mata yang bersinar itu menuntut jawapan bersama suaranya yang persis seperti anak kecil.

"Tahajud. Baby dah tunggu kita dekat syurga, bae."



~~~~~♡♡♡~~~~~



Double update. Tapi boring sebab tak banyak dialog kan?

Ahahhaha takpe, kayuh pelan-pelan. Aku nak bagi korang selami perasaan #NazEm dulu. Gittew!

Tapi tu ahh, tiap kali aku dengar lagu Photograph - Ed Sheeran, mesti aku nak nangis. Hahahha, emo! Lulz.

Told ya, it's the characters' connection thingy. *puiihh poyo cb*

The consequences of having your friends reading your story. Lol.

Aku harap takde yang muntah in the process of this story sebab like euwww... diorang classmate kut sebelum ni. Ahah!

Satu Mimpi ✔Where stories live. Discover now