#28 - Alibi

17.6K 1.1K 209
                                        

Sekeping filem polaroid dikeluarkan dari celah walletnya. Tanpa sedar, pinggir bibirnya menarik senyum.

NazEm, 18 tahun. Di bawahnya pula jelas bertanda tangan mereka. NazEm, 27 tahun.

Cepatnya masa berlalu. Macam baru semalam dia pertama kali bercakap dengan Emilin. Macam baru semalam dia tidur bersandar pada Emilin dalam bas dengan gadis itu berselimutkan jaket varsitinya. Macam baru semalam dia memeluk beg Emilin sambil meluahkan perasaannya sebelum gadis itu terbang ke tanah British.

Betapa lamanya penantian itu.

Tapi hari ini dia sudah tidur sambil mendakap wanita lain.

"Bae, salah I ke?"

Kalau boleh diputarkan balik masa, dia tak akan bawa Emilin keluar hari itu. Pasti mereka tidak akan kemalangan. Pasti semua ni tak akan berlaku.

Tapi, time machine tak wujud.

"Abang, termenungkan apa tu?"

Teguran Azra serta-merta mematikan lamunan Nazreen. Segera gambar itu disimpan dan diletak ke tepi.

"Termenung tengok dompet. Bila la dompet abang nak gemuk macam sayang ek?"

"Sayang dah gemuk ke?" Lirih Azra bertanya. Matanya jelas berkaca.

Nazreen tepuk kepala sendiri secara mental. Hah, main-main lagi dengan perasaan ibu mengandung!

"Kalau... kalau Azra dah gemuk, abang nak cari lain ke?"

"Ya Allah, sayang..." tangan wanita itu diraih dan didudukkan di ribanya.

"Tak payah la, Azra kan dah gemuk. Nanti kaki abang sakit," ujar Azra dengan muka yang dah nak menangis.

Nazreen menangkap tangan yang menolak dadanya itu sebelum mengucup lembut. Dakapannya pada pinggang Azra diperkemaskan.

"Sayang, abang gurau je. Nak cari lain apanya, abang dah ada sayang, abang dah ada bae. Kalau abang pasang lagi seorang nak panggil apa? Babyboo?"

"Eii... ngada la!" Bahu suaminya ditepuk lembut sebelum sebuah ciuman hinggap di pipi Nazreen.

"Mama dengan baby nak cakap... sannah helwah, papa!"

Lelaki itu tersenyum riang sebelum turut mengucup pipi Azra. "Thank you, sayang,"

Namun dalam hatinya tetap mengharap ucapan pertama dari Emilin. Emilin yang penuh dengan kejutan dan pranks ketika hari lahirnya.

Pernah sekali, ketika sedang menonton tv di ruang tamu, dia diserang hendap dengan sebaldi ais.

Geddebburr!!!

"Happy birthday, biy!!"

Gila! Nasib baik sofa tu kalis air. Kalau tak masak nak mengeringkan tu.

Tapi yang seronoknya lepas basah lencun disiram ais itu, dia terus berendam dalam bath tub dengan Emilin. Itulah hadiah sebenarnya. Ahakks!

Haishh... rindunya budak kecik tu. Waktu-waktu macam ni jugak la dia ada site visit jauh-jauh.



~~~~~♡♡♡~~~~~



"Hah, kali ni apa?"

"Apa... apa?" Emilin mengangkat kening memandang sahabatnya yang sedang meniup bubur pada sudu.

Dia buka mulut apabila sudu itu disua padanya.

"Apa penipuan kau tayang pada Nazreen?"

"Mana ada penipuan. Ni namanya alibi. Anyway, kau tak payah suap la, aku boleh makan sendiri. Nanti kalau Wahi nampak, yang bukan-bukan dia fikir,"

"Perempuan dan overthinking. Look, I'm trying to be gentle here, okay? But since kau tolak kan? Here,"

Mangkuk bubur yang masih hangat itu diserahkan pada Emilin. "Hati-hati,"

Emilin menjulingkan matanya. "Ya, Am. Aku belum nak mati lagi. I can surely hold a bowl,"

"Eii, mulut!" Tajam dia menjeling kawan baiknya. "Lagipun, kau tak payah nak alibi sangat la. Ni bukan court, ni hospital. So, that is a lie,"

"Oh, thank you Mr. Obvious,"

Tok! Tok!

Pintu bilik itu terbuka memaparkan figura Doktor Luthfi di muka pintu.

"Morning guys! How are you today, princess?"

"Mengada la kau nak princess bagai," tak sempat Emilin nak menjawab, Izham dah mencelah dahulu.

Luthfi buat muka toya dengan Izham. "Hello, I'm trying to be gentle here, okay?"

Serentak itu ketawa Emilin meletus. Tangannya menekup mulut dengan mata yang sudah menyepet.

"Ayat tu memang dah standardized untuk semua doktor lelaki dekat sini ke?"

"Huh?"

"Abaikan," ujar Izham. "Tak semua perempuan cantik sihat akalnya,"

Bahu Izham ditolak kasar sambil ketawa. "Kurang ajar! Oh, maknanya aku cantiklah?"

"Cantik la sikit dari pintu tandas," Izham tayang senyum biadap. Memang biadap!

"You know what, seriously, I tak faham dengan friendship korang. At some points, it looks like you guys could die if the other one die, but at points like this, korang macam eager to kill each other. It's... weird, you know?"

Emilin tersenyum girang sambil mengerling Izham. "Tahu. Anyway, Luth. Bila I boleh balik?"

"Balik? Hmm... let me see,"

Fail perubatan Emilin dicapai sebelum dibaca laju. Agak lama perhatiannya tertumpu pada fail itu sebelum diletak ke tepi.

"Bagi kitorang a few days untuk pantau you. Kitorang nak bincang dulu if you need any further medication and the dosages so, nanti kalau semua dah settle, you boleh balik la,"

Selepas Luthfi keluar, Emilin kembali mengalihkan pandangan pada Izham yang sudah bersandar sambil berpeluk tubuh.

Wajahnya macam orang sedang berfikir jauh.

"Em,"

"Yup?"

"Kau... tak nak beritahu Nazreen ke? Family kau ke?"

Riak wajah Emilin yang ceria tadi serta-merta berubah. Dia bermain-main dengan cincin kahwinnya di jari sambil memandang pada tingkap.

"I will tell them. But not now. Family aku tengah dalam mood happy sebab Emel nak kahwin, so, I don't want to disturb. Nazreen pulak..."

Dia menyeka air mata yang tiba-tiba mengalir itu. Dia cuba senyum untuk membuang rasa sebak tapi... sukar.

Akhirnya dia tersenyum dalam tangisan.

"Hei, jangan nangis,"

"You know what, Am. Bila aku tengok cara Naz layan Azra bila Azra tak sihat, dia layan Azra macam she is a very fragile object. He's very gentle. Waktu tu, aku rasa macam nak tarik dia dan bagi tahu pasal penyakit aku so that I can have all of his attention to myself.

Tapi aku tak nak jadi selfish. Bila dia jaga Azra, dia jaga dua nyawa. I don't want to make him choose,"

Izham meraup rambutnya. Kesal. Kesal kerana tak dapat menyangkal alasan Emilin. Kesal kerana semua ini harus ditanggung Emilin. Kesal kerana kedegilan Emilin.

Nafasnya dihela perlahan. "Kadang-kadang aku wonder, macam mana aku boleh stay by your side dengan kepala batu kau ni?"

"Of course sebab kau sayang aku. As simple as that,"






Okey tak? Hmm harap okey. Hahaha! How I wish aku ada kawan macam Izham tu. 💩💩

But then, rasa bersalah pada Azra. Nazreen tengah spend time dengan Azra tapi kepala teringat Emilin. Put yourself in her shoes, girls. 💕💕

Satu Mimpi ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang