#35 - Alibi a.k.a. Penipuan

18.7K 1.2K 60
                                    

Nazreen menarik nafas panjang. Basmallah dibaca sebelum nombor itu dihubungi.

Teett...

Teett...

Teett...

"Hello, assalamualaikum, biy!"

"Waalaikumussalam, bae. Tengah buat apa tu?"

"Baru nak tidur. Penat siang tadi pergi site," ujar Emilin dalam nada mengadu. Pandanganya dihala pada dinding putih di hadapan.

Nazreen yang mendengar tidak mampu mengawal senyum. Bunyi merengek tu, comel!

"Ohh... pergi site? Okey. So, you balik bila?" Soal Nazreen sambil menyandarkan badan pada kerusi. Pen di tangan kanannya diputar-putarkan.

Emilin menggigit bibir. Menipu lagi, menipu lagi.

"Ermm... not sure. Tengah ada masalah dengan supplier material sekarang ni. But I promise, not more than a week,"

Lelaki itu mengangkat kening. "Alaa... lamanya..."

"Rindu I, eh?" Emilin ketawa kecil. Sesekali tangannya bermain dengan hujung selimut.

"Haah, rindu..." jawab Nazreen meleret.

Rindu nak tengok sejauh mana permainan you.

Pintu bilik yang tiba-tiba terbuka dengan seorang jururawat membawa ubat-ubatan membuatkan Emilin mendecit. Perbualan ini harus ditamatkan.

"Okeylah, biy. I dah ngantuklah..." siap dengan sound effect bunyi menguap lagi. "Esok I call you, okey? Bye, sayang,"

"Bye, bae. Assalamualaikum,"

"Waalaikumussalam,"

Sebaik sahaja talian tamat, Nazreen membaling telefon bimbitnya tepat pada dinding. Berkecai.

Oustation? Site visit?

Penipu.

Dia tak boleh terima. Dia tak boleh terima pembohongan Emilin. Dia tak tahu apa yang Emilin sorokkan tapi dia paling tak suka ketidakjujuran.

Nazreen masih ingat yang dia terserempak dengan Dato' Megat Fauzi tengah hari tadi di pejabat dan mereka bersetuju untuk makan tengah hari bersama. Betapa terkejutnya Nazreen apabila bapa mertuanya bertanya keberadaan Emilin, sesuatu yang sepatutnya orang tua itu lebih tahu.

"Seminggu tak ada, Emilin pergi mana?"

"Maksud papa?" Dahinya sudah berkerut mendengar soalan Dato' Megat Fauzi.

Pergi outstation dekat Kuantan la kan?

"Yelah, Emi kan ambil cuti seminggu. Papa ingatkan you guys pergi vacation ke apa,"

"Oh,"

Hanya itu yang mampu terluah. Sedaya upaya Nazreen mengawal riak wajahnya supaya kekal tenang.

"Em ada je dekat rumah. Dia saja ambil cuti lama sikit, penat sangat katanya, tak sedap badan."

Dato' Megat Fauzi mengangguk. "Oh, takpe la macam tu. So, yang sebelum ni Emi banyak ambil cuti pun dia ada dekat rumah je la,"

Nazreen terdiam. Tak tahu nak jawab apa. Jadi Emilin dah banyak kali minta cuti pada papa dan menipu Nazreen cakap ada site visit?

Wow.

"Haah. Ada je," jawab Nazreen kaku. Selera makannya pun sudah mati apabila dihidangkan dengan penipuan isterinya.

"Papa risau dengan Emi sekarang. Selalu ambil cuti, duduk rumah. As you said just now, she's quite unwell kan? Why don't you guys go to the hospital. You know, just regular medical check up. Emi punya komited pada kerja dia sekarang pun dah tak macam dulu la. Dia dah kurang pergi site, panas sangat katanya, pening."

Nazreen diam tak menjawab. Hanya sesekali mengangguk. Fokusnya bukan lagi pada ayah mertua di hadapan tetapi pada tindakan Emilin. Penipuan Emilin.

"Abang," panggilan Azra mematikan lamunan Nazreen tentang kejadian siang tadi.

Dengan senyuman dia meraih tubuh Azra ke dalam pelukan. Tangannya dilekapkan pada perut yang sudah memboyot itu.

"Assalamualaikum, anak papa! Haipp!! Main pusing-pusing dalam perut mama, eh? Nakal ni!"

"Abang..." Azra memukul perlahan lengan Nazreen sambil ketawa. "Janganlah marah baby,"

"Mana ada marah, abang cuma borak dengan baby girl papa ni je, kan sayang?"

Azra hanya menggeleng melihatkan fokus Nazreen yanh kembali terarah pada perutnya. Seketika kemudian, dia melepaskan diri dari pelukan Nazreen dan memicit lembut bahu lelaki itu.

Tegang.

Perlahan-lahan Nazreen menutup mata. Menikmati urutan lembut pada bahunya itu.

Dulu Emilin la yang selalu picitkan badannya. Tapi selalunya urutan Emilin berakhir dengan *cough* mandi wajiblah *cough*

Emilin.

Serta-merta Nazreen kembali tegang apabila teringatkan penipuan Emilin.

"Abang, abang ada masalah ke? Ceritalah dengan Azra,"

Tangannya dapat merasakan otot-otot Nazreen yang semakin mengendur tadi mula tegang secara tiba-tiba. Entah apalah yanh mengganggu fikiran suaminya.

"Takde apa-apalah, sayang. Hal pejabat," jawabnya ringkas.

Tubuh Azra ditarik dan didudukkan pada ribanya. Okey, berat sikit.

Kemudian dia tunduk mencium perut Azra. "Tak sabar nak tunggu princess papa keluar,"





~~~~~♡♡♡~~~~~



Izham menyisip kopi di tangannya, cuba mengusir kantuk. Pandangannya masih jauh hingga menembusi dinding. Berfikir.

Bila Emilin nak beritahu Nazreen tentang penyakitnya?

"Weh, termenung!"

Teguran Luthfi menganggu lamunannya. Luthfi terus menarik kerusi di hadapan Izham.

"Kau tak pergi tengok Emi pula," soal Luthfi sambil turut menyisip kopinya.

"Agak-agaklah weh. Dah malam. Dia pun perlukan privasi juga,"

Luthfi mengangguk mengiyakan jawapan Izham. Tetapi matanya melekat pada meja di belakang Izham. Atau lebih tepat, doktor cantik yang memakai spek berbingkai hijau itu.

Doktor Nasryn Fathin.

Izham turut berpaling memandang arah mata Luthfi. Hmm... inilah masalah lelaki yang belum kahwin.

Angau.

Merenyam.

"Woi!!" Selamba dia starlight kepala Luthfi.

Entah macam mana, sejak Luthfi menguruskan kes Emilin, mereka berdua boleh jadi rapat. Eh, bunyi macam gay pula.

"Ish, kau ni apahal? Tadi termenung, ni starlight aku pulak?"

"Kau tau tak..." Izham meraup wajahnya. "Kadang-kadang aku stres dengan kejadah doctor-patient confidentiality ni. Aku tak faham la kenapa Em nak rahsiakan perkara ni dari suami dia. I mean, ni soal nyawa tau!"

"Itulah, aku pun fikir benda yang sama. Tapi kau kan bestfriend dia, knock some sense into her la,"

Izham menggeleng dengan muka frust. "Dah berbuih mulut aku nasihat. Silap-silap orang pikir aku ni pesakit epilepsi kalau berbuih-buih mulut tu happens literally. Dia tak nak dengar, weh!"

"Kalau macam tu kita doa je la dia sembuh. Inshaallah, ada harapan,"

Ada harapan. Kiranya kalau 0.00005462% tu pun ada lagi la harapan kan?

Izham hanya mengangguk. Tetapo hatinya masih tak tenang.
Dia takut. Dia takut kalau penipuan a.k.a. 'alibi' bak kata Emilin menimbulkan salah faham pada Nazreen.










Bagi la aku ❤💙💚💛💜💓💕💖💗💘💝💞💟 sikit! Double update kut hahahha!!

*batak* *batak*

>> padahal chapter ni hambar lol

Satu Mimpi ✔Where stories live. Discover now