Roasted Hazelnut Latte itu disisip sedikit sebelum perhatiannya kembali kepada Encik Hakim di hadapannya.
"Ayah dari mana tadi?"
Senyap seketika. Ternyata lelaki tua itu tenang menghayati atmosfera aman kafe tersebut sebelum mula menjawab.
"Ayah pergi travel agensi dekat sebelah al-iKhsan tu. Ayah ingat nak buat haji la tahun ni. Dulu masa arwah umi ada lagi, belum ada rezeki nak pergi haji. Dapat pergi umrah je dulu,"
Emilin mengangguk faham. Terbit juga nada sayu bapa mertuanya apabila menyebut nama umi.
Pasti ayah sangat rindukan umi.
"Takpe la, ayah. Dapat pergi umrah tu pun dah alhamdulillah. Emi ni, entah sempat entah tidak,"
"Kenapa pula tak sempat? Emi kan muda lagi, kuat lagi. Inshaallah, ada masa nanti ajaklah Nazreen dengan Azra jejak tanah suci. Tenang sangat hati dekat situ, Emi,"
"Inshaallah, ayah."
Mereka kembali senyap. Senyap yang tenang.
Emilin sangat kenal dengan Encik Hakim. Sejak sekolah menengah dia memang kenal. Seorang family man, bapa yang playful tapi thoughtful. Every child's hero.
Dan dalam senyapnya itu sebenarnya sedang khusyuk berfikir.
"Emi... okey?"
"Yeah. Emi okey je. I'm the one who supposed to ask you. Ayah okey?"
"Well, ayah okey," Encik Hakim mengangkat bahu. "Life treats me well since I'm a lonely old man already. Cuma entahlah, Emi. I am your father. Walaupun cuma your father-in-law, ayah dapat rasa ada benda yang tak kena dekat Emi,"
Emilin hampir tersedak mendengar tebakan Encik Hakim. Ni serkap jarang ke, memang instinct?
Atau pak mertua ni memang dapat kasyaf? Wow.
"Mana ada benda tak kena? Okey je. Everything's under control!"
Ouh! High pitched sikit nada jawapannya. Nampak sangat tengah menipu ke?
Tak kan? Kan?!
"Kenapa Emi kurus sangat sekarang ni?"
"Ayah!" Ketawanya meletus. Ya, tahu. Ketawa fake je tu. "Mana ada kurus, biasa je. Ayah tu, makan okey?"
"Oh, come on! Ayah ni Michelin stars chef tau! I'm surely can feed myself,"
Tawanya serta-merta pecah dengan kata-kata Encik Hakim. Kemain Michelin dia!
Tapi sedap macam mana pun, mestilah berbeza dengan air tangan isteri yang dah lebih 30 tahun dinikahi.
"Emi dengan Nazreen, okey?"
Tanpa dapat dikawal, riak wajah Emilin berubah.
Sejak kejadian dirinya dibanding dahulu, rasa insecure mencanak-canak dalam benaknya. Dia jadi kekok nak berhadapan dengan Nazreen walaupun sudah hampir sebulan berlalu. Semuanya jadi janggal.
Perempuan dan overthinking.
Kill her, but sometimes she can't stop herself from wondering if Nazreen does compare her skills in bed with Azra.
What? Just wondering, okay? Sedangkan barang dekat pasar raya pun orang bandingkan harga.
"Okey je. Takde apa nak risau la, ayah. In fact, Emi yang excited nak tunggu Azra due,"
Encik Hakim mengukirkan senyuman pada menantunya. Riak gembira yang Emilin tayang sambil bercerita tentang kandungan Azra sedikit pun tak mampu memperdayakannya. Dia tahu dalam senyum Emilin ada sayu.
Dia lebih banyak makan garam. Dia dapat rasa, puterinya ini menanggung kesakitan.
Setelah beberapa ketika berbual dengan Encik Hakim, akhirnya Emilin terpaksa meminta diri kerana harus pulang ke pejabat.
Ketika sedang leka mencari kunci keretanya dalam handbag, Emilin terlanggar seseorang hingga hampir terjatuh. Namun sepasang tangan sempat menangkapnya.
Tak, bukan Nazreen macam masa reunion dulu.
Mimpi ngeri Emilin. Syed Shukri Syed Azri.
"Hey, sweetheart! You ni memang clumsy kan?"
"Let me go!" Segera dia melepaskan diri dari pegangan Syed Shukri.
"What? No thanks? I've just saved your ass from smashing the filthy floor and this is how you treat your hero? Ouch!"
Emilin menjeling pada Syed Shukri yang memegang dada, berpura-pura kecil hati.
"Thanks your ass!"
Langkahnya dipercepatkan menghala kereta. Baru sahaja dia nak membuka pintu kereta itu, ia kembali tertutup gara-gara dihempas lelaki tadi.
Bajingan.
Syed Shukri turut menolak Emilin sehingga tersandar pada badan kereta. Tubuh wanita itu dihimpit dengan badannya sendiri.
"Yang rushing sangat ni nak pergi mana? Hmm?" Pipi mulus itu dielus dengan jemarinya.
"Kau apahal?!" Tangan gatal itu ditepis kuat. "Tepilah!"
Sedikit pun Syed Shukri tak berganjak. Malah rahang Emilin dipegang kuat.
"Hebat permainan you kan? Sampai berjaya buang I dari projek tu. It's okay Emi, I can do something much worse than that. You tunggu je la,"
Baru sahaja ingin melabuhkan bibirnya pada pipi Emilin, sebuah tumbukan terasa menghentam rahangnya. Terus Syed Shukri memegang sisi wajahnya yang dah terasa panas.
Tak, takde hero lain nak muncul dari langit.
It's just some sassy lady upgraded into badass version.
"Kau blah sebelum aku pijak testes kau! Blah!!"
Sebuah jelingan maha tajam diberikan pada Emilin sebelum berakhir dengan senyum sinis.
"You just wait, Emi," gumamnya rendah dan terus berlalu.
Emilin yang masih terkejut itu segera masuk ke dalam kereta. Seluruh badannya menggigil. Terkejut.
Tangan dia lagi tak payah ceritalah. Ingat orang yang kena tumbuk je ke sakit? Yang menumbuk pun sakit tau!
Tetapi kepala Emilin masih ligat berfikir. Apa lagi yang Syed Shukri rencanakan?
A few chapters more nak sampai klimaks! Ya, ya, aku tahu korang dah bosan baca cerita ni. Sabar ehh. 🌸🌸💕💕
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Mimpi ✔
ChickLit[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it sti...
