#31 - Payback?

18.3K 932 67
                                    

Lelaki separuh abad itu memandang pengarah pengurusan JYP Properties di hadapannya ini. Lama dia merenung anak emas Dato' Megat Fauzi ini dengan wajah penuh kesal.

"Kalau Tan Sri tak boleh keluarkan Syed Shukri dari projek ni, saya sendiri akan tarik diri. It's either me or him,"

"No! Shuk akan keluar. Not you. Dia dah melampau sangat kali ni. I need to teach him a lesson,"

Emilin mengangguk kecil.

Jahat? Ya, dia memang jahat sebab minta Tan Sri Syed Azri keluarkan Syed Shukri dari projek Bosque City. Tapi siapa suruh lelaki itu buat hal, kan?

Maaf la, dia dah tak boleh bersikap profesional lagi dengan lelaki itu.

"Kalau macam tu, saya minta diri dulu, Tan Sri. Sekali lagi saya minta maaf kalau tindakan saya ni membebankan pihak Tan Sri,"

"No, it's okay. You have the right,"

Mereka saling berbalas senyum sopan sebelum Emilin keluar dari bilik Ketua Pegawai Eksekutif JK Corp ini.

Sebaik sahaja bayang Emilin hilang dari pandangannya, dia menekan butang interkom. "Panggil Shukri datang bilik saya. Now!"

Kepalanya dipicit sendiri. Pening dengan perangai anak lelaki tunggalnya itu. Entah apalah salahnya dalam mendidik Shukri sehingga anak terunanya itu jadi macam ni.

Quick quiz! Teruna ke?

Tettt!! Mungkin tidak.

Dia tahu Syed Shukri seorang typical playboy, womaniser. Dikelilingi perempuan-perempuan seksi. Night life lagi tak payah ceritalah.

Tapi mencabuli seorang wanita bertudung yang sudah berkahwin? That was... too much.

Apatah lagi apabila wanita yang diganggu itu sekutu perniagaan mereka. Ini pun nasib baik Emilin tak ambil keputusan untuk mendakwa Shukri di atas kesalahan sexual harrasment.

"Yes, pa?"

Teguran Syed Shukri mematikan monolog dalaman Tan Sri Syed Azri. Anak muda itu disuruh duduk.

"Papa akan keluarkan Shuk dari projek Bosque City,"

"What??! Why?!"

"You've sexually harrassed her! Ini bukan benda main-main, tahu tak? Nasib baik dia tak saman Shuk!"

Syed Shukri ketawa sinis sebelum bersandar pada badan kerusi. Tangannya dibawa ke dada, berpeluk tubuh.

Defensive.

"Salah Shuk ke kalau dia cantik sangat?"

"Syed Shukri!!!" Meja itu dihentak kuat. Menggigil tangannya menahan marah. Urat-uratnya jelas menimbul pada kulit, bengang dengan jawapan bodoh anak lelakinya itu.

"Gersang sangat ke hah?! Kalau Shuk nak, hari ni jugak la mama dengan papa boleh pinangkan perempuan yang jauh lagi cantik daripada Emilin untuk Shuk! Nak?"

"Nope!" Gelengnya selamba. "Shuk tetap nak Puteri Emilin,"

"Dia dah kahwin!!"

Syed Shukri bangun dari duduk lalu membetulkan letak duduk kot pada badannya. Sebuah senyuman sinis ditayangkan pada bapanya.

"Dah kahwin boleh cerai, pa. Lagipun, perempuan pun dah reti curang sekarang. Macam bini baru papa,"

Tan Sri Syed Azri mendengus kasar. Biadap!

"Ingat Shuk, you're no longer involve with this project! And stay away from her!!"

"Yada yada yada~"




~~~~~♡♡♡~~~~~


Tequila shot.

Dia dah kebal. Setakat dua tiga shot, takde hal la!

"Hey handsome, kenapa nampak stres sangat ni?"

Teguran dan belaian manja seorang slut melegakan sedikit ketegangan Syed Shukri. Bibir merah perempuan itu dipagut kasar sambil kedua-dua belah tangannya memainkan peranan.

"Hey, easy there. Bernafsu kuda kau malam ni, apahal?"

Syed Shukri melepaskan french kiss itu sebelum menjeling Fahrin tajam. "Potong stim la, sial!"

Terus tubuh betina yang tak berapa nak berbaju itu ditolak kasar. Perempuan itu mendengus kasar sebelum berlalu pergi.

"Alaa, chill la. Selalu okey je. Tak tahu pulak kau moody hari ni,"

"Apa-apa ahh! Dani mana?"

Fahrin angkat bahu. "Enjoying the wild night, I guess. Anything to share?"

Syed Shukri mencapai segelas lagi tequila. "I'm pissed off. Nope, I'm furious!"

"Pasal apa ni?" Soal temannya itu sambil ketawa. "Pasal perempuan yang kau cerita hari tu? Siapa nama dia? Emi?"

"Iyalah! Kau tahu tak, sebab aku kiss dia hari tu, tak pasal-pasal aku dapat cop pencabul. It's just a fcking kiss! Pula tu, dia mengadu dekat papa aku, mampos. Tak pasal-pasal nama aku kena blacklist daripada projek tu,"

Fahrin ketawa besar mendengar cerita sahabatnya. Seriuslah sampai macam tu sekali?

"Habis, takde payback?"

Segaris senyuman maha jahat terlakar kemas pada wajah kacak itu.

Moral of the day : Muka kacak tak semestinya baik.

"She'll pay for it. One day, I'll have her. Legally or not, aku tak kisah as long as that lovely curves will be mine!"








Chapter ni pendek je hahahha! Tak mampu nak tulis watak antagonis ni panjang-panjang. Takut terbunuh dia sebelum sampai klimaks.



Satu Mimpi ✔Where stories live. Discover now