Azra berdiri di hadapan unit kondo itu dengan sebuah beg kertas di tangan. Dalam kepalanya, dia masih berkira-kira sama ada mahu menekan loceng atau tidak.
Nafasnya ditarik dalam.
Za, kenapa nak takut?
Entah.
Ting tong!
Tak lama kemudian pintu itu terbuka dari dalam menampakkan si pemilik rumah.
"Eh, Azra? Masuklah,"
Teragak-agak Azra melangkah masuk ke rumah Emilin. Ya, madunya.
Emilin sudah bergerak ke dapur untuk menyediakan minuman buat tetamunya. "Azra nak air apa?"
"Kak Emi, tak payah susah-susahlah. Akak kan tak sihat?"
Wajah pucat wanita itu jelas menunjukkan kondisi kesihatannya. Nazreen yang memberitahu tentang keadaan Emilin yang demam ketika dia menelefonnya pagi tadi.
Suara suaminya jelas kerisauan kerana dia tak dapat menjenguk Emilin gara-gara keberadaannya di Bintulu. Itu yang dia datang melawat.
"Akak okeylah, demam sikit je. Nazreen tu yang bising lebih-lebih,"
"Hmm... Azra bawa makanan sikit ni. Kita makan sama-sama nak?" Beg kertas itu diletakkan di atas island sebelum dia sendiri melompat ke atas sebuah stool.
"Wah, macaroni cheese! Sedapnya!! Terima kasih, Azra,"
"Sama-sama," Azra sudah tersipu.
Walaupun hubungan mereka takde la bercakaran, tetapi kekok itu masih belum hilang. Dia masih berasa segan apabila berada dengan Emilin.
Dalam wajah pucatnya itu pun, Emilin masih kelihatan cantik. Fuhh, fuhh, insecure!
"Azra tak kerja ke hari ni?" Soal Emilin sambil meletakkan secangkir kopi di hadapan wanita itu. Aroma kopi memenuhi ruang itu.
Serta-merta Azra turun dari kitchen stool sambil menekup mulut. Tubuhnya dibawa ke sinki dan isi perutnya dikeluarkan. Perit terasa tekaknya.
Apabila selesai mencuci wajah dan tangannya, Emilin sudah berada di sisinya sambil menghulurkan secawan air kosong.
"I'm sorry, akak tak tahu Azra elergik dengan kopi," belakang badan Azra diusap lagi.
"Sebelum ni takde pun. Baru seminggu dua ni, kenapa entah dengan hidung Azra ni. Masalah betul. Sorry, Azra susahkan akak,"
Emilin menggeleng. Sebuah senyuman kecil terlakar pada wajah pucatnya. "Azra pregnant ke?"
"T- tak! Takkan la, baru sebulan lebih kut,"
"Rezeki Allah, mana tahu," bahunya diangkat sebelum langkahnya diatur semula ke kitchen island.
Azra termangu sendiri di tepi sinki. Biar betul? Lincah sangat tu.
"Nak buat test?"
"Huh?"
Dua jam kemudian, mereka sudah berada di dalam kafe Secret Recipe. Senyuman tak lekang dari wajah masing-masing.
"Betul kan instinct akak?" Emilin mengangkat kening. Seketika kemudian, tangan Azra digenggam. "Tahniah,"
Azra tersentak seketika sebelum kembali menggenggam tangan Emilin.
"Terima kasih, kak. Terima kasih sebab sudi bagi Azra rasa kebahagiaan ni," mata Azra sedikit berkaca. Sungguh dia terharu dengan keprihatinan Emilin. Baginya, Emilin begitu baik dan sempurna.
"Nahh, you deserve it. In the first place. Akak yang patut minta maaf sebab rampas Nazreen daripada Azra. I really didn't know about that, I'm so sorry,"
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Mimpi ✔
Romanzi rosa / ChickLit[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it sti...
