#2 - Tak Mampu

29.6K 1.4K 40
                                    

Emilin memerhatikan Nazreen yang sedang tekun buat breakfast. Alolo... comelnya! Dengan messy bed hair tu, aumm! Boleh berkecai ke lantai iman. Nasib baik suami sendiri.

Apron bunga-bunga sedikit pun tak memadamkan kekacakannya walaupun hanya memakai t-shirt nipis warna kelabu dan boxer. Aww...

"I kacak sangat eh sampai tak berkelip mata you tengok?"

"Kacak la sikit dari lantai bilik air,"

Nazreen yang sedang menuangkan maple syrup pada pancake di atas pinggan itu menjeling isteri kesayangannya. "Jahat eh you? Tak payah makan! Biar I habiskan semua ni,"

Siap jelir lidah lagi. Tak kena langsung dengan umur yang dah di hujung 20-an tu.

"Alaa, habiskanlah. Buat pancake pun hangus," Emilin tergelak-gelak jahat. Dah tak reti masak tu, gigih jugak nak masak kan? Padahal lempeng je pun.

"Bae!" Jerit Nazreen kuat. Terus dia berpaling membelakangi isterinya.

Alolo merajuk pulak pakcik ni.

Emilin turun dari bar stool yang terdapat di kitchen island itu dan terus memeluk Nazreen dari belakang. "Biy..."

Senyap.

Tangannya sahaja yang lincah membancuh kopi. Kopi 3in1 la. Dia punya tahap fail tu, Dolce Gusto dekat kitchen counter tu pun dia tak reti guna. Duh!

"Biy, I gurau je la. Tak mao la merajuk,"

*krikk-krikk*

Pelukannya pada tubuh Nazreen dieratkan dan wajahnya dibenamkan pada belakang badan lelaki itu. Adoii, suami siapa yang manja sangat ni?

"Biy... jangan la merajuk. I baru ingat nak ajak you balik rumah umi. Kalau you merajuk, I pergi seorang je la. You tinggal ehh?"

"You nak balik rumah umi ke, nak I kunci you dalam bilik?" Sekelip mata dia mengangkat Emilin dan diletakkan di atas counter top.

"Amboi suara dia... kemain meleret-leret eh?"

Jari-jemarinya dilarikan pada dada Nazreen. "I kan tengah pujuk you tadi,"

"Bae..." Nazreen menangkap tangan Emilin sebelum mengucup lembut hujung jemari halus itu. Ya Allah, nakalnya Puteri Emilin ini!

"Dah la, nak balik rumah umi siap la!" Dada Nazreen ditolak kuat sebelum dia melompat turun dari counter top.

"Tepi, I nak makan pancake hangus you tu. Nanti ada pulak orang merajuk,"

"Emilin!" Rambut panjang itu ditarik lembut.



~~~~~♡♡♡~~~~~




"Assalamualaikum, umi!!"

Nazreen menggelengkan kepala melihat Emilin yang dah serupa budak terlebih glukos itu. Hyper sangat.

"Ya Allah, Emi! Balik pun anak umi ni. Waalaikumussalam, sayang,"

"Umi..." Nazreen menghentakkan kaki. Hancur imej macho. "Naz ke Emi anak umi ni?"

Terbarai ketawa Emilin dan Puan Azira melihat lelaki itu. Seriuslah budak ni? Umur kau berapa nak hentak-hentak kaki macam budak tak dapat tengok Boboiboy The Movie ni?

"Dah umi, jangan layan budak spastik tu. Jom kita pergi dapur, Emi ada bawa brownies!!" dengan manja dia menarik lengan baju ibu mertuanya.

Sempat lagi menjelir pada Nazreen yang masih di tengah-tengah pintu rumah.

Nazreen yang geram segera mengejar dan menarik sebelah lagi lengan uminya. "Sibuk je. Ni umi kita la,"

"Eii, ni umi kita! Awak carilah umi lain,"

"Mana boleh, ni memang umi kita. Awak tu anak pungut,"

Dengan gaya acah backflip, Emilin sepak punggung Nazreen. Wah, tak sangka kaki dia sampai.

"Umi, anak kutip ni kata Emi anak pungut!"

"Sudah, sudah! Fed up umi dengar korang ni gaduh. Macam budak-budak!"

Nazreen dan Emilin saling menjeling. Budak tak budak pun umi sayang jugak. Last-last mereka angkat kening bagi isyarat.

Serentak dua-dua manusia dewasa kurang DHA ini memeluk Puan Azira. Bak kata budak-budak agas dekat WeChat, cayang ketat-ketat. Lol.

"Amboi, amboi... daripada zaman sekolah dulu, ayah selalu dibapatirikan!"

Tak pasal-pasal mereka gelak secara jemaah. Okey, simpulan bahasa baru. Dibapatirikan.

"Mana ada, Nazreen sayang ayah jugak. Cuma... umi kan syurga Naz,"

"Dan Nazreen kan syurga Emi," sambung Emilin selamba.

Menggeleng sambil ketawa Encik Hakim tengok perangai anak menantunya. Haii... dah besar-besar pun perangai macam budak tadika.

"Dah la, borak berdiri pula. Umi dengan ayah pergilah layan anak manja tu, biar Emi siapkan minum petang,"

"Sebab ni la I sayang you," Nazreen mengucup pipi Emilin pantas sebelum laju menarik tangan umi dan abinya ke tepi kolam.

Aww, my sweet wifey. Sangat memahami jiwa anak manja suaminya.

Emilin ke dapur dengan senyum yang masih belum padam. Bila difikirkan balik, Nazreen sekarang dengan dulu beza sangat.

Bila dah kahwin, barulah dia tahu yang Nazreen ni boleh jadi playful dan sengal simultaneously.

Setelah selesai, dulang yang diisi menu minum petang itu diangkat sebelum langkahnya diatur menuju ke bangku di tepi kolam itu.

"Naz, Naz tak teringin ke nak ada anak?"

Soalan itu nyata membuatkan Emilin terkaku di belakang tiang rumah itu. Tak percaya dengan soalan yang muncul dari mulut umi.

Umi... umi tahu kan yang...

Tetapi dia ingin dengar jawapan suaminya.

"Umi, suami mana tak nak anak? Tapi umi tahu kan what had happened to us. Anak kitorang tengah tunggu mummy dengan daddy dia kat syurga," tenang Nazreen menjawab. Tenang pada lidah, pada hati?

"Ya, umi tahu. Tapi Nazreen la satu-satunya anak umi. Umi teringin nak timang cucu. Cucu yang darah daging umi sendiri,"

Zapp! Permintaan umi bagaikan parang yang membelah lemang di hari raya. Tajam. Padu.

Emilin menggigit bibir menahan tangis. Dia tak mampu beri cucu kepada umi. Dia tak mampu beri zuriat darah daging Nazreen.

"Dah la sayang, kita tak boleh pressure diorang. Let's not talk about this, okay?" Encik Hakim mengusap tangan isterinya.

Seketika kemudian, Emilin sudah mampu kawal diri dan tarik senyum plastik.

"Amboi, gediknya baring dekat pangku umi! Shuh! Shuh!"

Riak terkejut jelas terlakar pada wajah Nazreen, umi dan ayah. Emilin... dengar ke perbualan mereka tadi?

"Ni dah kenapa semua buat muka macam nampak Ju-On ni?"

"Err... tak. Takde pape. Meh sini duduk dekat I, sayang!" Nazreen menepuk pahanya, offer tempat duduk.

"Tak nak, nak duduk dekat umi! Blekk!!"

Dan drama berebut emak berlaku sekali lagi. Dasar anak-anak tak cukup kasih sayang.

Satu Mimpi ✔Where stories live. Discover now