#23 - NazEm

21.3K 1.1K 46
                                    

Tangan Nazreen ditarik menghalang langkahnya. "Biy, tunjuklah tiket tu,"

"Tak mau, kan I dah cakap rahsia,"

Emilin mencebik. "Eleh, nak rahsia buat apa entah. Bukannya nak pergi Azerbaijan ke, Chile ke, domestic flight je kan?"

"Anyonyonyo... bisingnya wife I ni," hidung Emilin dipicit lembut. Nak gigit kang tak pasal-pasal buat PDA dekat LCCT ni.

"Okey, sebab ada orang tu eager sangat nak tahu, I bagi hint la. Tempat first date kita,"

"First date?" Emilin mengecilkan mata. "Kita pernah date ke?"

Nazreen ketawa sebelum memeluk Emilin. Kepala yang berbalut tudung itu dikucup lembut.

"Pernah la. Hari-hari kita date kecuali hari Jumaat dengan Sabtu. Tapi you tengah date dengan I pun boleh flirt dengan Am," Nazreen pura-pura mencebik. Muka Emilin yang blur dikerling sekilas.

"Hah? I ngurat Am? Bila ni.. kenapa I tak ingat?"

Semakin galak Nazreen ketawa apabila melihat bidadarinya yang sudah mengetuk kepala sendiri. Tangan itu ditarik sebelum turut dikucup.

Haish, kesian pulak tengok budak ni blur. Sejak bila Emilin lambat pick up ni?

"Okey, you ingat tak waktu kita date, kita buat apa?"

"Buat apa? Bila kita pernah date pun I tak ingat. Eii, teruknya memori I! Macam hard disk karat,"

"Bae," dahi itu pula dicium. Haila... isteri siapa comel sangat ni? "60% masa you tidur, 20% you flirt dengan Am, 10% you menyanyi, 5% you spend time dengan I, 5% you belajar,"

Emilin memandang Nazreen yang dah tersengih macam kerang busuk itu. Seketika kemudian, minda lembabnya diketuk.

Nazreen pula dah tergelak-gelak tengok muka isterinya yang baru habis blur tu.

"Bengong!" Lengan Nazreen dipukul kuat. Apahal lembab sangat ni?

Automatik Emilin tahu destinasi tiket kapal terbang itu. KUL-JHB.

Hanya mengambil kurang sejam perjalanan dengan pengangkutan udara, tanah tumpahnya darah dijejak. Udara Johor Darul Takzim dihirup.

Acah. Macam la udara dekat KL dengan JB ada beza.

"Okey, so kita nak pergi mana?" Soal Emilin sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta yang disewa Nazreen untuk sepanjang tiga hari di sini.

"Well, that is for me to know and for you to... know later. Haha!"

"Pungkoq ayam," Emilin dah memuncung. Semuanya nak main teka-teki, senaklah!

Sempat Nazreen cium pipi si budak merajuk itu sebelum menekan pedal minyak. "Janganlah merajuk baby. I bet you mesti suka tempat ni,"





~~~~~♡♡♡~~~~~




"Hell, no."

"Heaven, yes." Siap wink lagi dekat Emilin sebelum pintu penumpang itu dibukakan.

Acah gentle.

Perlahan-lahan Emilin menapak keluar dari perut kereta. Dah kenapa laki aku ni mengigau nak jejak zaman senior year ni?

"Woi, NazEm!!"

Serentak Emilin dan Nazreen memandang arah suara itu. Azhar?!

"Woahh, what's with the..." Emilin menunjuk pada pakaian Azhar. "And rotan? Seriously?!"

Azhar tarik senyum senget. Baju kemejanya diluruskan dan ditepuk-tepuk.

"Bukan nak cakap apa la, aku ni perantis Azad. Kau jangan main-main,"

Satu Mimpi ✔Where stories live. Discover now