#33 - Lullaby

20.8K 1.1K 252
                                        

Kepalanya selamba diletakkan pada riba Emilin. Tak boleh tidur bila seorang-seorang di atas katil.

Bantal bau Emilin, selimut bau Emilin, cadar bau Emilin, tapi tuan punya badan takde. Uishh, bau wangi-wangi tapi takde output macam ni, terseksa batin!

"Biy, kata mengantuk tadi?" Tangannya jatuh pada kepala Nazreen, melurut lembut rambut lelaki itu.

"You takde, macam mana I nak tidur?"

Kepalanya sengaja digosok-gosok, biar rambutnya mengeletek riba Emilin yang terdedah gara-gara hanya memakai t-shirt Nazreen sebagai baju tidur.

Entah sejak bila dia dapat habit merembat baju suaminya dan pakai ketika tidur, dia pun tak tahu. Yang pasti, dia rasa sangat selesa dan selamat tidur dengan wangian Nazreen lebih-lebih lagi apabila lenanya hanya ditemani sepi tanpa lelaki itu.

Papp! Selamba dia memukul lengan Nazreen.

"Biy, stop it! Geli!!"

"Jom tidur... dah malam ni," wajahnya pula disembamkan pada perut Emilin.

Geletek pakai muka.

Err... bunyi macam tak logik pula. Tapi nak buat macam mana, dah cakap dah receptor Emilin ni oversensitive.

"Yaa!! Ahh... chinchaa..."

Haa.. kan dah keluar bahasa Korea Emilin. Acah, padahal tu je dia tahu.

Hidung mancung Nazreen dipicit geram. Menganggu konsentrasinya pada kissing scene Farel dan Luna. Orang tengah feeling-feeling nak nangis, tahu tak?

"Bagi I habiskan tengok Irwansyah ni!"

"What?! You pilih Irwansyah over me? How could you!"

Baru sahaja Nazreen nak bangun dari sofa itu untuk merajuk, tangannya direntap kuat. Sebaik sahaja dia terjatuh semula ke atas sofa, Emilin tarik suaminya ke dalam pelukan.

Heh, drama gila kan?

"Nazreen sayang, buah hati I, tak mau la merajuk. Walaupun Irwansyah lagi hensem, I tetap pilih you,"

Nazreen mencebik sebelum bersandar pada bahu Emilin. Err, tiba-tiba rasa bahu bidadarinya rapuh sangat nak tampung kepala berat dia.

Akhirnya kepalanya kembali berbantalkan riba Emilin.

"Eleh, I lagi kacak. Dah la kacak, baik hati, penyayang pulak tu!"

Emilin hanya ketawa kecil sebelum mengucup sedikit kepala Nazreen.

Masuk tempayan, angkat sendiri. Sebab bakul tak muat.

Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin
Tak akan pernah
Sayangku akan hilang

Dan akhirnya dua-dua hanyut dalam filem Indonesia itu.

Ketika Rahel mati, air mata Emilin berlumba-lumba keluar. Hati tisu Kleenex, nak buat macam mana.

"Hai, nangis?" Usik Nazreen sambil tangannya menggapai wajah Emilin. Pipi yang basah itu sentuh dengan jarinya.

Emilin diam tak menjawab. Matanya masih tertumpu pada kaca tv. Luna yang sihat sedang bermain bola keranjang dengan anak mereka dan Farel baru punya keberanian untuk memanjat pokok itu.

Jelas terukir namanya dan Rahel pada kulit pokok tersebut.

Ending yang biased. Mentang-mentang Acha Septriasa lagi lawa. Sangat tak adil untuk watak Rahel. Dah la kena friendzoned, mati pulak tu!

Satu Mimpi ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang