"Macam mana dengan Emilin?" Laju Izham menyoal Luthfi yang baru lepas merawat rakannya itu.
"She's stable. But she won't wake up until tomorrow,"
Izham dan Wahi sama-sama menarik nafas lega. Sungguh, mereka begitu takut melihat keadaan Emilin tadi.
"Anyway, boleh I jumpa waris pesakit. I mean, keluarga. Or better suami la,"
Pasangan suami isteri itu saling berpandangan. Izham mengeluh sebelum kembali memandang Luthfi.
"Family dia tak tahu pasal ni. Yeah, I know you'd talk about family support et cetera but this is her decision,"
"If you say so, kalau ada apa-apa lepas ni I refer dekat you guys je la?"
Mereka mengangguk.
Setelah Luthfi berlalu, Izham dan Wahi masuk ke dalam bilik yang menempatkan rakan mereka. Serta-merta jatuh kasihan melihat wajah pucat itu.
"Sayang, jangan nangis. It's not good for our baby," Izham berbisik sambil memeluk tubuh isterinya. Wanita itu sudah menangis tersedu-sedan di dada suaminya.
"Poor Emi, bang. Look at her. Tonight is her husband's first night dengan bini baru tapi dia terlantar dekat hospital. Call Nazreen, bang. Please... sayang tak sanggup tengok Emi macam ni,"
Izham masih kekal menenangkan Wahi. Dia faham, perempuan mengandung memang sensitif sikit.
Dia yang lelaki pun memang rasa ringan tangan je nak dail nombor Nazreen dan mengkhabarkan keadaan Emilin, apatah lagi isterinya.
"Sshhuutt... sayang, enough. Don't cry, kesian baby kita. Nanti jadi cengeng sebab ibu dia kuat nangis,"
Wahi mengusap perutnya yang sudah mula menampakkan bentuk. "Sayang harap bila baby kita lahir nanti, Emi boleh rasa happy sikit. Mesti baby kita tak sabar nak jumpa mama dia yang kuat tu,"
Izham mengangguk mengiyakan kata-kata bidadarinya.
"Dah, jom keluar. Em mesti penat. She needs some rest,"
~~~~~♡♡♡~~~~~
"Ojin," Azam tepuk bahu sahabatnya.
"Aku minta dekat kau satu je. Jaga adik aku baik-baik. Kalau kau taknak dia nanti, pulangkanlah dia pada keluarga ni dengan cara baik, macam mana kitorang serahkan dia pada kau hari ni,"
"Insha Allah, Ajam. Aku tak akan sia-siakan dia. Dia nak terima aku pun, aku dah bersyukur. Tak ramai perempuan yang sanggup bermadu,"
"Cakap pasal tu, Emilin takde datang sekali tadi kan?"
Nazreen menggeleng sambil tersenyum tawar. Dia tidak sekejam itu untuk membiarkan isteri kesayangannya dilukai tatkala melihat bibirnya mengucup dahi wanita lain.
Wajahnya diraup. Emilin belum menelefonnya hari ini.
"Aku izinkan dia pergi bercuti, tenangkan diri."
"Baguslah kalau macam tu, she needs some space. Okeylah, kau pergilah naik bilik sana. Mesti penat kan? Aku nak tolong abi kemas beranda sikit,"
"Nak aku tolong tak?"
Azam menghalang niat Nazreen yang sudah mahu melangkah ke anjung. "Eh, tak payah. Pengantin pergi naik bilik. Anyway, selamat pengantin baru Ojin,"
Nazreen tersengih melihat gelagat sahabatnya. Sempat kenyit mata tu!
Rambutnya diraup ke belakang. Abi dan beberapa orang saudara-mara yang sedang mengemas bahagian hadapan rumah mereka didekati.
"Hoi Ajam!" tegur sepupunya yang sedang melipat meja. "Adik kau dah kahwin, kau bila lagi?"
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Mimpi ✔
Literatura Feminina[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it sti...
