Syed Shukri ^^
Kepala yang terasa begitu berat dipicit perlahan. Sakit. Ditambah pula dengan cuaca yang panas.
Cis! Langsung tak membantu.
Emilin masih mengiringi delegasi 'big bosses' ke tapak projek Bosque City ini turut disertai si kasanova teragung di sebelahnya.
"Emi, are you okay? Muka you pucat ni," Syed Shukri menyentuh bahu Emilin yang sedang menunduk itu.
See? Baru sebut.
Dato' Megat Fauzi dan Tan Sri Syed Azri yang mendengar kata-kata Syed Shukri turut berpaling memandang Emilin. Orang yang dipandang itu pula hanya mampu tersenyum kekok apabila menjadi perhatian.
"N- No! I'm fine,"
Syed Shukri selamba meletakkan belakang tangannya pada dahi Emilin, kononnya merasa suhu. "Panas,"
Duh! Obviously cuaca pun tengah panas kut. Agak-agak sikit.
Emilin berpaling sedikit mengelak sentuhan lelaki itu.
"Kalau Emi tak sihat, Emi balik je la dulu. Papa dengan Tan Sri nak tengok sikit lagi ni and we have a few things to discuss over a cuppa,"
"Tapi... saya datang dengan Dato' tadi," ujarnya rendah. Formalitinya masih belum hilang selagi belum habis office hour.
Rasa nak hempuk kepala sendiri. Patutnya tadi dia bawa kereta sendiri. Papa la ni, katanya nak carpool sangat!
"It's okay, I boleh hantar you balik office,"
"Betul. Shuk boleh hantar Emi balik office. Lagipun uncle tengok, muka Emi pucat sangat ni,"
Hmm. Nice. Tan Sri Syed Azri pun sokong cadangan anaknya.
Emilin menggeleng cepat. "Takpe la. Saya tak nak susahkan sesiapa. Saya tunggu Dato' je,"
"Emi..." Dato' Megat Fauzi menggeleng sambil memandangnya tajam. "I don't want you to get sick. Go get some rest,"
Dalam keterpaksaan, Emilin ikut Syed Shukri ke keretanya. Lelaki itu pula hanya tersenyum suka.
Sebaik sahaja duduk di kerusi penumpang itu, Syed Shukri sengaja merapatkan diri dan menarik tali pinggang keselamatan Emilin. Kononnya tolong pasangkanlah.
Kononnya.
"Shuk, I boleh pasang seatbelt I sendiri,"
"Shhttt... pretty sick lady stay silent, okay?" kerusi itu pula dibaringkan.
Emilin yang rasa sangat tak selesa kerana posisi mereka itu hanya mampu cuba menahan dada Syed Shukri daripada semakin merapat.
"Do not cross the border, mister. This is my warning!"
Syed Shukri tarik senyum senget. "Border apa? I cuma bagi keselesaan pada orang yang sakit. Salah ke?"
Emilin menjeling tajam lelaki yang tersenyum sinis itu. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk berdiam diri. Makin sakit kepalanya nak bergaduh dengan mamat ni.
Beberapa minit memandu, Syed Shukri mengerling Emilin di sebelahnya. Tidur? Heh.
Setiap kali berhenti di persimpangan ketika lampu isyarat merah, pasti Syed Shukri akan memandang wanita cantik disebelahnya. Lama pandangannya berlabuh pada wajah cantik yang tertidur itu.
"I wonder how a beautiful creature like you could exist," ujarnya rendah sambil tersenyum sendiri.
~~~~~♡♡♡~~~~~
Emilin yang terasa pipinya dielus menarik tangan itu dan mengucupnya malas. Mesti Nazreen yang mengganggu lenanya ini.
Kali ini wajahnya dihujani pula dengan ciuman-ciuman lembut. Sensual.
"Biy... ngantuk..." rengeknya manja apabila ciuman-ciuman itu semakin hangat.
"Hmm..."
Ciuman itu bergerak dari pipi ke dagu. Dan terus ke bibir.
Haruman Nazreen yang sudah sebati dengannya disedut dalam. Wait! Ini bukan bau Nazreen!
Saat itu juga dia memaksa kelopak matanya yang masih berat untuk terbuka. Bagai nak gugur jantungnya apabila wajah Syed Shukri yang memenuhi ruang pandangannya.
Tubuh lelaki itu ditolak sekuatnya sebelum sebuah tamparan hinggap di wajah kacak itu.
"What the fck, Shuk!! You buat apa ni?!"
"Relax, Emi. You were enjoying it," jawab Syed Shukri selamba sambil mengusap pipinya yang terasa pijar.
Berombak dada Emilin menahan amarahnya. Dan reaksi itulah yang semakin menarik minat Syed Shukri kepadanya.
"You are too much, Syed Shukri!! I can't take it anymore,"
Segera dia melangkah keluar dari mobil itu dan menghempas pintu kereta itu kuat. Kalau boleh biar kereta tu roboh dengan tuannya sekali.
Air mata mengalir deras di pipinya ketika dia berlari ke arah keretanya. Sebaik sahaja pintu kereta dikunci, Emilin menyebamkan wajahnya pada stereng.
Kesal. Jijik. Semuanya bercampur baur.
Bibir dan seluruh wajahnya dikesat berkali-kali bagi menghilangkan rasa asing dan geli di atas setiap kucupan Syed Shukri tadi. Sumpah, dia geli!
"Ya Allah, what have I done? Biy, I'm so sorry..." teresak-esak dia menangis menekup muka. Sesekali bibirnya dikesat kasar lagi.
Tanpa menunggu tangisannya reda, Emilin sudah memecut laju meninggalkan kawasan ibu pejabat JYP Properties itu.
Kepala yang berdenyut dan pandangan yang berbalam gara-gara air mata langsung tak dihiraukan. Yang dia fikir, dia ingin sampai ke rumah dengan cepat dan sental segala kesan yang ditinggalkan Syed Shukri.
Walaupun tiada kesan yang jelas secara fizikal, tetapi dia dapat rasa kesan itu pada jiwa. Kesan dicumbui lelaki selain suami.
Jijik.
Doraboji malgo tteonagara
Tto nareul chatji malgo saragara~Emilin capai telefon yang berlagu. Nama Nazreen jelas tertera sebagai pemanggil. Semakin laju air matanya jatuh.
Bumm!!!
Dan duniannya gelap.
Cliffhanger!!! Hahahah huhuhu~~
Mohon jangan bunuh aku. ✌✌
Anyway, aku rasa chap ni poyo bila aku harus sumbat segala nama Dato', Tan Sri, Megat, Syed, bagai semua pangkat tu. Ni semua duniawi je! Hahaha 😂😂

ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Mimpi ✔
Literatura Feminina[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it sti...