"Naz,"
Matanya menyorot memandang Izham yang sudah melabuhkan duduk di sebelahnya. Namun wajahnya kosong tanpa reaksi.
Izham menepuk bahu sahabatnya. "Takziah, bro. Stay strong,"
"Macam mana aku nak kuat, Am? Orang paling aku sayang ditarik pergi dari aku. Macam mana, Am?"
Matanya berkaca, namun setitis pun tak tertumpah dari pagi tadi. Pemergian uminya akibat kemalangan itu bagai mencabut separuh jiwanya.
Pandangannya ditala pula pada orang tua yang sedang bersalaman dengan jemaah surau yang hadir untuk tahlil arwah itu.
Riak sedih jelas terbias di wajah lelaki tua itu tetapi tabah dia mengawal.
"Weh, Naz! Kau nampak Pak Cik Hakim dekat depan tu?" Lurus jarinya menunjuk pada ayah Nazreen, lelaki tua tadi.
"Pak cik tu, dia hilang isteri yang paling dia sayang tau. Cinta hati dia. Bidadari dia. Dia sedih, tapi kau nampak menyesal? Tak kan? Sebab dia tahu, Allah lagi sayangkan isteri dia,"
Nazreen yang sedang meraup muka dipandang sekilas. "Macam tu jugak kau, Naz. Memang, umi la orang paling kau sayang. Tapi kau kena kuat macam ayah kau. Kau tak boleh jadi emotionless robot yang terperangkap dalam dunia sendiri,"
"Kau tak faham, Am. Kau tak faham rasa hilang tu," laju dia menggeleng.
Benar, dia tak dapat nafikan kata-kata Izham tetapi ada satu lompong yang dia tak mampu isi dalam hatinya. Tempat istimewa untuk seorang wanita bernama umi.
Setelah Izham meminta diri untuk pulang, segera dia mendaki anak tangga ke tingkat atas. Dia perlukan ruang.
Balkoni di ruang tamu kedua itu menjadi pilihannya. Dari atas, dia memerhatikan para tetamu yang mula beransur pulang. Dan dari situ juga dia memerhatikan ayahnya. Bagaimana ayah boleh jadi sekuat itu?
Kalau dialah yang terpaksa kehilangan Emilin atau Azra, nak membayangkan pun dia tak sanggup.
"Nazreen,"
Tak perlu berpaling, dia tahu siapa yang menyapa. Tangan halus itu bermain di lengannya.
"I'm not going to ask if you are okay because that is obviously stupid. But, do you have anything to share with me?"
Senyap. Sunyi.
Nyata Nazreen bisu tak menjawab. Dia tiada hati hendak bersuara. Semua orang sama macam Izham, tak habis-habis suruh dia kuat. Suruh dia sabar.
Dia tak menangis sejak uminya dikebumikan tadi, tak cukup sabarkah dia? Tak cukup kuat ke dia?
Emilin memeluk suaminya yang membisu itu. "You know what, ada seorang lelaki pernah cakap dengan I. 'I tak mampu ubat hati you. I cuma mampu ceriakan you.' And at this point, I tak mampu ceriakan you," wajah Nazreen dikerling.
Masih beku.
"I cuma mampu bagi pinjam bahu je. Untuk you bersandar. Untuk you menangis,"
Masih tak bereaksi.
Emilin menghela nafas. Mungkin Nazreen betul-betul perlukan ruang sendiri.
"Even superheroes deserve to cry," dia menepuk lembut bahu Nazreen sebelum berpaling untuk melangkah pergi.
Baru dua tapak dia berjalan, tangannya ditarik laju dan serta-merta tubuhnya jatuh dalan dakapan Nazreen. Lelaki itu menyembamkan wajahnya pada leher Emilin.
"J- jangan tinggalkan I... please sayang. Jangan tinggalkan I macam mana umi tinggalkan I," teresak-esak dia melepaskan tangis pada leher wanita itu.
Tangisan pertama.
Emilin yang pada awalnya terkejut, mula menghadam kata-kata Nazreen. Belakang badan suaminya diusap lembut, cuba menenangkan.
"Please... janji d- dengan.. I. You takkan tinggalkan I macam umi... Emi, pleasee..."
"Sayang... ajal maut bukan dekat tangan I," dia menggigit bibir. Sedaya-upaya cuba menahan tangis.
Satu perkara yang dia tak boleh janji pada Nazreen. Masanya tak panjang.
Nazreen melepaskan pelukan pada Emilin. Wajah isterinya dipandang dengan riak panik. "S- so... you nak tinggalkan I jugak? Macam tu?"
"Biy, I tak boleh janji. I tak tahu bila I mati sama macam you tak tahu bila you mati," jawapan diplomatik diberikan Emilin.
Pipi Nazreen yang dibasahi air mata itu disapu dengan tangannya. Dikucup lembut wajah polos itu.
"To see your tears rolling down your cheeks, it hurts me. But to ask you to keep your tears to yourself, it will kill you," sebelah lagi pipi lelaki itu dicium
"Menangislah malam ni, biy, kalau itu boleh buat you kuat esok. Jatuhlah malam ni, kalau itu boleh buat you bangun esok,"
Rambut yang terjuntai di dahi lelaki itu pula diraup. Kemudian dia berjingkit untuk mencium dahi Nazreen.
Tak, masih tak sampai. Nazreen tunduk memberi ruang.
Chupp!
"Sebab I tahu, Muhammad Nazreen bin Hakim ialah anak manja umi,"
Segera Nazreen menarik tubuh itu kembali dalam dakapannya. Tangisan dilepaskan semahu-mahunya pada bahu Emilin.
Hanya Emilin yang faham dia. Hanya Emilin yang tahu rasa kehilangan itu. Hanya Emilin yang memberi ruang dan peluang untuk dia melepaskan sesak di dada.
Sebab Muhammad Nazreen bin Hakim tak sekuat mana pun.
Azam menyentuh bahu adiknya yang terkaku di tangga itu. Segera matanya terarah pada Nazreen yang sedang menangis sambil memeluk Emilin. Arah pandangan Azra sedari tadi.
"Adik,"
"Adik cemburu. Adik tak faham abang Nazreen macam Kak Emi faham dia," pandangannya sedikit pun tam beralih.
"You don't have to. Each of you have different roles dalam hidup Nazreen,"
Azam memeluk bahu adiknya. "Jom turun bawah. Ibu, ayah dengan abang dah nak balik dah. Jom,"
"Abang, I know the situation is not right tapi... layak tak adik rasa cemburu?"
"Why not?" Kepala adik kesayangnnya itu diusap manja. "You are his wife too. Tapi cemburu tu adik simpan je la sebab, it's not a big deal. Yang penting, Nazreen sayang adik dan jaga adik baik-baik, kan?"
Azra mengangguk. Tetapi rasa sesak itu masih tak hilang.
Sungguh dia cemburu dengan kuasa Emilin yang mampu buat Nazreen menyerah pada emosi. Sebenarnya, sejak siang tadi suaminya jadi jasad tak beremosi. Solat jenazah, baca Yaasin, pun masih begitu. Hanya termenung sana sini.
Orang bercakap, bagi nasihat pun dia angguk-anggukkan sahaja. Orang ajak makan, haram nak menyentuh.
Tapi hanya dengan sentuhan Emilin. Cukup satu sentuhan, Nazreen terus tayangkan emosinya. Terus berkongsi rasa. Azra nak berada di tempat Emilin. Azra nak jadi isteri yang punyai kuasa itu.
"Adik, do not overthinking. Enough is enough. Kesian dekat baby, stress!"
So, korang rasa layak tak Azra nak cemburu? Hmm..
Double update kut!! Hahahahaa 💕💕
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Mimpi ✔
ChickLit[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it sti...
