#8 - Loving Can Hurt

21.8K 1.4K 58
                                        

Sebuah fail dihulurkan pada Emilin. Wanita itu mengangkat kening pada Ben sebelum membuka fail tersebut. Suasana restoran yang agak senyap itu memberi ruang perbincangan kepada mereka.

"Nur Azra binti Zulkifli, 24 tahun. Quite young," ujar Emilin perlahan.

Matanya berlari pada baris-baris maklumat tersebut sebelum fail itu ditutup. "Any additional information?"

"Okey, aku harap kau boleh relaks. Budak perempuan ni dulu hampir nak bertunang dengan..."

"Nazreen," sambung Emilin perlahan. Tengok ekspresi muka Ben pun dia dah tahu. "Anyway, kau tak payah panggil dia budak sangatlah. Sebaya je dengan kau,"

Ben hanya tayang senyum. Kesah pulak kan?

Emilin pula hanya mengetap bibir sambil berkira-kira. "Hampir nak bertunang tu... macam mana tu?"

"Okey, macam ni. Azra ni dah lama crush dekat Nazreen tapi laki kau tu kan setia tunggu kau. So, sampai dah habis belajar dia still tak dapat contact kau, dia bagilah peluang dekat Azra. Tup-tup, kau muncul. So he left her for you,"

"Kesiannya," hanya itu yang mampu terluah.

Jujur dia rasa bersalah pada gadis itu. Jadi secara teknikalnya, dialah yang rampas Nazreen dari Azra sebenarnya?

Okay, bunyi drama melayu sangat!

"Em,"

"Yup?" Fokusnya kembali pada Ben Azri dihadapannya.

"Kau nak buat apa dengan si Azra ni sebenarnya? I've watched her for the whole week and she seems okay. I mean, dia nampak macam budak baik je. Solat jaga, aurat jaga, sopan. Aku harap kau tak apa-apakan dia,"

Emilin menjulingkan mata sebelum memandang Ben. Air di atas meja disedut sedikit. "Ben, muka aku ni ada muka pembunuh ke?"

"Takde la, but still, dia pernah ada history dengan Nazreen. Manalah aku tahu apa ada dalam otak aneh kau tu. Girls can be creepy when they're mad,"

"Hello!" Jarinya dipetik di hadapan muka Ben. "I'm a woman already, okay,"

Setelah menyelesaikan bil, Emilin bergerak ke hospital. Ada perkara yang lebih penting perlu diuruskan.



~~~~~♡♡♡~~~~~



Nazreen yang hanya memakai seluar pijamanya tanpa baju sudah mahu terjun gaya papan anjal 10 meter apabila Emilin tiba-tiba menarik tangannya supaya bangun.

"Kenapa, bae?"

Bidadarinya itu hanya diam sebelum menutup lampu utama bilik mereka dan hanya meninggalkan lampu malap. Serta-merta opening music lagu cover Photograph yang dinyanyikan Sam Tsui kedengaran.

Emilin yang hanya memakai gaun tidur dan menyanggul tinggi rambutnya menarik Nazreen dan mula menari perlahan.

"What's with the slow dance?" Automatik lelaki itu berbisik. Tak mahu merosakkan suasana.

Loving can hurt
Loving can hurt sometimes
But it's the only thing that I know


"I don't need any special occassion to have a dance with my lovely husband,"

Nazreen tersenyum mendengar suara isterinya yang turut berbisik. Tetapi ton playful tu tak hilang.

What a lovely night with an angel in my arms.

"Oh really?" Klip rambut Emilin ditarik dan rambut panjang itu jatuh mengurai melepasi bahu. Lembut.

Hidungnya dibenamkan pada kepala Emilin. Masih wangi seperti dahulu.

It can get hard
You know it can get hard sometimes
But it's the only thing that makes us feel alive

We keep this love in a photograph
We made these memories for ourselves
Where our eyes are never closing
Hearts are never broken
Time forever frozen still

So you can keep me
Inside the pocket of ripped jeans
Holding me closer till our eyes meet
You won't ever be alone
Wait for me to come home

Emilin turut menyandarkan kepalanya pada bahu Nazreen. Mereka hanya menikmati lagu itu sehingga habis.

They really want to freeze the moment.

When I'm away
I will remember how you kissed me
Under the lamp post back on 6th street
Hearing you whisper through the phone;
"Wait for me to come home"

Senyap. Lagu itu tamat. Akan tetapi masing-masing masih belum mahu meleraikan pelukan.

"I know there's something that bothering you, sweetheart. Spill,"

"I... I..." nyata dia tak pernah menang melawan renungan Nazreen.

Nafasnya ditarik dalam mengumpul kekuatan. "Biy, you tahu kan I tak boleh mengandung?"

"Bae, I thought we've talked about this?" Pelukannya pada Emilin dilepaskan sebelum dia berpaling. Meninggalkan rasa kosong pada isterinya.

"Mungkin kita memang dah ditakdirkan untuk jaga anak-anak yatim. When we're ready, we will adopt, okay? Now, it's already late. Jom tidur,"

"Tapi umi nak cucu. Her own flesh and blood,"

Kata-kata Emilin menyentakkan Nazreen. Shoot! Maksudnya dia dengar hari tu.

Dia kembali menghadap kekasih halalnya. Bahu yang terdedah itu diusap sayang.

"Bae, just forget about what you've heard. Umi was just... you know, every mom has that kind of dream. Just forget about it,"

"Biy..." Emilin mencapai pipi imamnya. "Bawah tapak kaki umi ada syurga you. Bawah tapak kaki you ada syurga I,"

Nafasnya ditarik dalam. "I izinkan you kahwin dengan perempuan lain for the sake of having heirs,"

Setitis air mata jatuh.

"Emilin!" Tubuh isterinya spontan ditolak. "What the hell are you talking about?! You sedar tak you cakap apa ni?"

"I'm fully aware of what I'm talking. I tak boleh mengandung, biy! You faham tak?! You tak faham kekecewaan I bila I tak mampu bagi penyambung zuriat you, you tak faham rasa terkilan I bila I tak mampu tunaikan impian umi, you tak faham..."

Bidadari hidup Nazreen itu terduduk di hujung katil dengan deraian air mata. Sungguh Nazreen tak sanggup melihat air mata itu tumpah tapi permintaan Emilin terlampau tak masuk akal.

Dia tak akan menduakan Emilin. No matter what.

"I tak pernah minta apa-apa dengan you, Nazreen. Sekali ni je. Tolonglah kahwin dengan Azra. She can give you babies, she can cherish you with her love,"

Nazreen semakin bingung. Dari mana pula isterinya tahu tentang perasaan Azra kepadanya?

"You cakap apa ni, Em?! I don't need her love! Cinta yang I perlu hanya cinta Allah, umi dan you. Bukan orang lain,"

"Nazreen, please. Kahwinlah dengan dia. You deserve better than me,"

Lelaki itu menggeleng. Wajahnya jelas keliru. Baru sebentar tadi mereka beromantika, dan seketika kemudian mereka bergaduh.

Bergaduh hingga air mata si iron lady tumpah. Gi-la.

"I don't think you are yourself right now, bae. I'm giving you space supaya you boleh fikir, logik ke permintaan you ni,"

Dengan itu Nazreen mencapai bantal dan selimut sebelum keluar dari bilik mereka. Pintu kayu itu dihempas kuat.

Tangisan Emilin semakin mendayu melihat bayang Nazreen yang sudah menghilang.

I buat semua ni untuk you, biy. I tak mampu nak tinggalkan apa-apa untuk you bila I pergi nanti. Not even a child.








~~~~~♡♡♡~~~~~

So,, amacam? Okey tak? Hahahha drama pulak lol!

Satu Mimpi ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang