#39 - Assalamualaikum, biy.

35.1K 1.5K 368
                                        

Nazreen meraup wajahnya yang masih lembap kesan air wuduk tadi.

Takut. Sungguh, dia takut. Panjang doanya pada Allah Azza Wajalla tadi agar mempermudahkan kelahiran bakal puterinya dan menyelamatkan kedua-dua ibu dan bayi.

Malam tadi, sebaik sahaja masuk ke dalam kereta setelah bertumbuk dengan Izham, Nazreen mendapat panggilan dari Azra.

"A.. abang... abang dekat m- mana?"

"Sayang, are you okay? Kenapa ni?!" Segera pedal minyak ditekan kuat. Hatinya digaru risau.

Azra menarik nafas dalam, cuba mengawal kesakitan. "C- contraction, I guess. Sakit, bang. Ahh!!"

Dan talian terus mati.

Mengalahkan setan Tasmania, Nazreen merempit dengan keretanya pulang ke rumahnya dengan Azra.

Azra sudah duduk bersandar di tepi dinding. Lalu dia segera membawa isterinya ke hospital dan sehingga pagi ini, bukaan masih belum cukup untuk memulakan proses kelahiran.

Pintu musolla hospital itu ditutup. Langkahnya diatur kemas ingin menuju ke labour room.

"Biy..."

Segera dia berpaling.

Di hadapannya, berdiri seorang wanita berpakaian pesakit hospital. Wanita yang paling Nazreen sayang selepas uminya. Wanita yang telah Nazreen serahkan seluruh cintanya.

Puteri Emilin.

Sangat jelas pada pandangan Nazreen, wajah isterinya pucat tak bermaya. Sedikit kekuningan. Bibirnya juga tidak semerah selalu. Matanya yang sentiasa membuatkan Nazreen hanyut dalam renungan bagaikan hilang sinar.

Tubuhnya... kurus. Nampak begitu rapuh apatah lagi dengan baju hospital yang agak besar itu.

What had happened to my angel? My Puteri Emilin? Kenapa dia pakai baju hospital ni?

Snap! Kepalanya laju digelengkan.

Di hadapannya ialah seorang isteri yang curang. Seorang wanita yang mengkhianati kepercayaannya, cintanya. Seorang wanita yang tegar merabakkan sekeping hatinya.

"Nazreen..."

Emilin memeluk kemas tubuh lelaki itu. Dia takut. Dia terlalu takut kalau Nazreen betul-betul bencikan dia.

Sikit pun lelaki itu tidak bereaksi. Tiada balasan pada pelukannya, tiada usapan pada belakang badan dan kepalanya, dan tiada langsung kucupan pada dahi. Macam memeluk patung bodoh.

"Nazreen, please listen to me. I can explain. Last night was a total misunderstanding," dalam esakan, Emilin cuba menerangkan.

Tetapi lelaki itu ternyata menolak sedikit tubuh yang sedang memeluknya, mencipta jarak.

"Salah faham apa lagi, Em? Semuanya dah jelas,"

Emilin memandang mata lelaki itu. Suaranya tak meninggi, bukan menengking. Suaranya seperti... orang putus asa. Pasrah. Dingin.

"I was almost being raped by that Shukri yang call you tu. I was framed, then Am datang selamatkan I. Tu je. Biy, please trust me," ujarnya dalam esakan.

Di kala ini, hanya satu je yang Emilin mahu. Kepercayaan Nazreen.

Nazreen masih kaku tidak menjawab. Hanya matanya memandang kosong wajah cantik yang tidak bermaya itu. Hatinya sudah terlalu hancur malam tadi.

Sukmanya keliru. Mahu percaya atau tidak pada kata-kata Emilin?

"Err... Encik Nazreen?"

"Ya?" Dia berpaling memandang seorang jururawat yang memanggilnya tadi.

Satu Mimpi ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang