#5 - Takut

22K 1.2K 43
                                        

Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, semerbak bau masakan menerpa hidung. Cepat-cepat dia tutup pintu rumah, nak kacau budak kecik tu.

Nazreen spontan tersenyum apabila melihat Emilin yang sedang tunduk mencari entah apa di kabinet bawah itu. Dengan hanya memakai spaghetti tank top dan shorts yang... sangat short, gulp, what a yummy view.

Emilin yang sudah bangkit di kitchen counter itu didekati.

"Bae..."

Macam nak gugur jantung Emilin kena sergah macam tu. Okey, taklah sergah, lebih kepada bisik but still, terkejut kut!

"Apa ni biy, terkejut I! Masuk rumah tak reti bagi salam eh?"

Nazreen tersenyum mendengar bebelan isterinya sebelum dia memeluk Emilin dan meletakkan dagu pada bahu yang terdedah itu. "Sorry. Assalamualaikum, cinta,"

"Waalaikumussalam, rindu,"

Senyap.

Emilin terus bantai gelak. Acah 7 Petala Cinta! Puihh!!

"Bae, orang baru nak romantik, dia gelak pulak!"

"Euww, nak romantik pun pergi mandi dulu boleh? Bau you dengan Keluang Man sama je,"

Nazreen mengerutkan dahi. "Kenapa pulak dengan Keluang Man?"

Emilin pula yang rasa nak tepuk dahi sendiri. Nasib baik tengah pegang pisau. Duh! Lembap pulak laki dia petang-petang macam ni.

"Keluang Man kan same species dengan bat. Bau kelawar kan busuk,"

"So?" Masih blur. Adakah orang pun masih blur macam Nazreen?

"You kan engineer, tak kan tu pun tak boleh relate!" Pisau di tangan diletakkan ke atas papan pemotong sebelum tubuhnya dibawa menghadap Nazreen.

Premise 1: Keluang Man ialah dari kalangan kelawar.
Premise 2: Kelawar bau busuk.
Conclusion: Keluang Man bau busuk.

"Macam you," dada Nazreen ditunjal dengan jari.

Nazreen menangkap jari-jemari lalu mengucup lembut. Gesture yang selalu buat hati Emilin meleleh ke lantai.

"Pandainya wife I buat mathematical reasoning. Sekarang barulah nampak fungsi KBAT kita jawab dekat sekolah dulu. Kan?"

"Lol. Malas layan you," tangannya ditarik dari pegangan Nazreen. Tangannya membuka satu demi satu butang kemeja lelaki itu.

"Now... you pergi mandi wangi-wangi, lepas tu makan eh? I masak ikan patin masak lemak. Doesn't it smells good?"

Lelaki itu bukannya menghidu bau masak lemak yang memenuhi dapur itu tetapi mendaratkan hidungnya pada leher Emilin. "It's surely smells great,"

"Biy! Mandi la!"

"Tapi bae... I tak nak makan ikan tu,"

Emilin dah tarik muka nak menangis memandang Nazreen. Lagi sekali? Baru je hari tu Nazreen tak makan masakannya semasa anniversary mereka, hari ini nak buat perangai balik?

Marah! Marah!

"Habis tu you nak makan apa?!"

"Nak makan you!" Sepantas kelajuan cahaya dia mengangkat tubuh isterinya macam orang bawa guni ke bilik.

Terjerit-jerit perempuan itu dibuatnya.

Nazreen menghempaskan Emilin di atas katil sambil ketawa. Katanya guni kan?

"Apa campak-campak ni, biy? Sakit tau!"

Ketawa Nazreen makin berlarutan apabila melihat bidadarinya yang sudah muncung sedepa. Alolo... campak atas katil kut, bukan atas jalan tar.

Satu Mimpi ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang