Ketika Nazreen sedang leka menelek kotak-kotak Lego yang bersusun di kedai itu, deheman kecil seorang perempuan mengganggu konsentrasinya.
"Bae, dah- eh, Azra! Abang ingat Emilin tadi,"
"Emilin? Oh, isteri abang," perlahan sahaja gadis berselendang labuh itu menyebut. Serta-merta wajahnya mendung.
"Azra buat apa dekat sini? Seorang?"
Sebuah senyuman manis dilemparkan pada Nazreen. "Taklah, dengan kawan. Diorang masuk kedai kasut tu kejap. Azra nampak abang, itu yang Azra tegur,"
"Ye ke tegur? Tu berdehem namanya, bukan menegur,"
Azra ketawa mendengar usikan Nazreen. Tak mainlah ketawa berdekah macam Emilin. Gadis di hadapannya ini stok-stok sopan, ketawa pun kecil je.
"Eh, alang-alang jumpa abang dekat sini, Azra nak jemput abang datang rumah. Sabtu ni, ada kenduri sikit,"
"Oh... ni mesti kenduri untuk budak baru balik Jordan ni kan?"
Hanya sebuah lagi senyuman Azra hulurkan. Selama mengenali Nazreen, tak pernah sekali pun lelaki itu gagal buat dia tersenyum.
Haihh, kenapalah jodohnya dengan Nazreen tiada?
Setelah beberapa ketika berbual, Azra meminta diri. Nazreen hanya mengangguk sebelum fokusnya kembali pada kotak Lego di hadapannya.
"Rancak borak,"
Nazreen menoleh ke sisi dan mendapati isterinya sedang turut menilik cover phone sambil buat muka toya. Cehh, toya la sangat!
"Cemburu, bilang cemburu. Takut-takut hati kekanda jadi keliru,"
"Keliru kerana apa? Adakah hati kekanda sudah dicuri dua wanita?"
Emilin angkat kening. Nak sangat bahasa baku kan?
"Alolo, comelnya tengok dia jeles. Yang pergi toilet lama sangat tadi kenapa, sayang?"
Isterinya mengangkat bahu. "Saje bagi can you dating. Muda betul skandal you,"
Nazreen ketawa kecil sebelum memeluk bahu Emilin. Kepala isterinya yang berbalut tudung itu dikucup pantas. "I can smell the burn in your heart,"
"Eii, tak senonoh PDA!"
"Biarlah. Orang ada lesen. Nak buat lebih-lebih pun ada lesen,"
"You tahu tak, lesen kereta pun ada expired date apa lagi-"
"Tapi lesen kita cuma akan expired bila one of us mati je. Okey?" Laju Nazreen memotong. Sungguh dia tak suka Emilin terfikirkan kemungkinan untuk mereka berpisah.
Walaupun hanya terfikir.
Emilin angkat bahu sambil buat muka toya. Tangannya laju mencapai sekotak Lego dan ditunjukkan pada Nazreen.
"Nak,"
"Optimus prime?"
"Optimus warna biru-merah, biy. Ini kuning," Emilin menjawab lemah sambil menghantuk kepala pada dinding secara mental.
Laki aku ni duduk gua ke apa tak pernah tengok Transformers? Lol.
"Whatever,"
"Anyway biy, siapa perempuan tadi sebenarnya?"
Nazreen tarik senyum jahat nak mengusik. "Bakal madu you,"
"Alhamdulillah! Nasib baik bakal madu I beriman. Bukan macam drama dekat tv, asal bini kedua je mesti seksi, jahat dan manipulative," ujar Emilin selamba sebelum kotak Lego itu dibawa ke kaunter pembayaran.
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Mimpi ✔
ChickLit[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it sti...
