#9 - Just Trust Me

20.3K 1.6K 38
                                        

Hai gaiss sebenarnya aku agak down pasal vote and komen kurang hahaha. Don't get me wrong, aku tak batak pun nak benda tu but i kinda lost my motivation.

Hell yeah, where's my freakin' energy booster?!


~~~~~♡♡♡~~~~~


Tepat jam 3.30 pagi Nazreen masuk semula ke bilik tidurnya. Dia membersihkan diri dan mula melakukan solat-solat sunat. Sementara menunggu waktu subuh, dia mencapai surat cinta dari Allah.

al-Quran.

Dengan penuh tertib dia membaca surah Maryam. Entah kenapa dia rindu surah itu. Salah satu surah yang dia selalu bacakan untuk Emilin semasa isterinya itu hamil dahulu.

Ya, dia sedar. Sejak kemalangan dahulu dia macam dah kurang luangkan masa dengan Emilin. Dah jarang ajak isterinya puasa sunat, qiam, mengaji. Dah tak macam masa baru kahwin dulu.

Entahlah.

Dan dengan idea gila yang bidadarinya sebut malam tadi, langsung tak membantu hubungan mereka.

Ketika waktu subuh sudah masuk, Nazreen masih berkira-kira sama ada mahu mengejut Emilin atau tidak. Selalunya kalau dengar bunyi shower pun Emilin boleh terjaga, ni dah berlagu-lagu dia mengaji pun tak bergerak isterinya.

"Em, bangun. Nak masuk subuh dah," panggilnya perlahan.

Iyalah, mana boleh panggil 'bae', kan dia tengah marah lagi.

"Emilin, bangun sebelum I dukung you masuk bath tub,"

Masih. Senyap.

Nazreen melabuhkan duduknya di sisi katil. Tubuh itu digoncangkan sedikit. "Puteri, get up. Now!"

Perlahan-lahan Emilin membuka mata. Kesan air mata jelas di pipinya dan wajah itu kelihatan lebih sembap daripada biasa. Itu belum kira dia punya eyebag tu.

Sebaik sahaja melihat Emilin sudah terjaga, Nazreen segera mahu bangun dari duduknya tetapi sempat dihalang Emilin.

"Biy, tolong I bangun. I tak larat,"

Suara yang lemah itu nyata merisaukan Nazreen. Segera dia menarik Emilin duduk dengan cermat dan belakang tangannya dilekapkan pada kepala kesayangannya.

Panas.

"You demam ni," ujarnya ringkas.

Segera dia membantu Emilin bangun dan mereka sama-sama menunaikan solat subuh berjemaah. Selesai sahaja solat, Emilin kembali baring dia atas katil.

Nazreen biarkan sahaja.

"Biy..."

Emilin buka mata. Biliknya sudah terang dengan cahaya mentari. Walaupun kepalanya pusing dan abdomennya masih sakit, dia gagahkan diri untuk duduk dan bersandar pada kepala katil.

Bubur ayam yang masih berasap nipis dan secangkir kopi di atas dulang pada meja sisi itu menarik perhatiannya. Perlahan-lahan dia cuba mencapai kertas dia pada dulang itu.

Sorry I tak boleh teman you. I nak kena pergi site pagi ni. Makan bubur, makan ubat, tak payah pergi kerja. I dah call papa tadi.

Nazreen.

Emilin mengeluh perlahan. Dia tahu, kalau masih 'Nazreen' tu maksudnya dia masih marah. Badannya masih terasa panas dan setiap helaan nafasnya menyakitkan.

Segera telefon bimbit dicapai.

"Helo Wahi, Wahi free tak? Boleh datang rumah Emi?"


~~~~~♡♡♡~~~~~

Satu Mimpi ✔Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang