Bunyi telefon yang sibuk menyanyi korus lagu Haru Haru - Big Bang itu menganggu tumpuan Emilin pada skrin komputer. Segera tangannya melepaskan tetikus dan mencapai phone di atas mejanya.
Apa? K-Poppers? Taklah. Dia cuma suka maksud lagu tu.
"Helo, assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam, baby! Tengah buat apa tu?"
"Kepala hangguk kau baby. Dengar dek Wahi nanti, menangis lagu dangdut dia,"
Izham ketawa besar. Kalau bercakap dengan perempuan ni, ada je metafora mengarut dan peribahasa sesat yang keluar.
"Weh, lunch sama jom,"
Terangkat kening Emilin. "Amboi! Tak pernah-pernah pakcik doktor tak cukup masa ni ajak aku lunch. Ada apa-apa ke?"
"Ala, jom je la. Aku belanja. Seoul Garden, okey?"
"Alaa... aku mana minat sangat makan yang bukan-bukan ni,"
Izham dah tarik muncung sedepa. Dia dah agak dah Emilin tak nak tapi...
"Please baby, please with a cherry on top! Wahi ni teringin makan sangat dekat situ. Kita makan grill, okey?"
"Wahi teringin sangat?" Emilin dah tarik senyum. Something smells ikan here. "Hmm..."
"Kau ni, tak suprise la! Datang je la, 1 pm sharp! Kalau lambat, kita putus kawan,"
"Cis, dah ada gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Dah ada isteri lawa, member pun kena sepak ke tepi,"
Ketawa. Lagi. Bongok punya statement. Siap peribahasa tu, tak menahan!
"Whatever, see ya!"
Klik.
Tepat jam 12.30 tengah hari, Emilin sudah menapak keluar dari pejabat. Dia dah WhatsApp Nazreen tadi minta izin.
Sebaik sahaja masuk ke dalam restoran Korea itu, Izham yang berketinggian Taipei 101 tu dah sibuk lambai-lambai. Tak lambai pun orang dah nampaklah dia.
"Lambat!"
"Dua minit je!"
"Hello ma'am, dalam dua minit tu a patient could've died okay!!"
"Sorry, I didn't know that. I'm not a doctor. I'm not the infamous Dr. freaking Izham, duh!"
Izham capai chopstick dan halakan ke muka Emilin. "Hah, perli! Aku cucuk lubang hidung kang!"
Dan yeah, dibalas jeliran.
"Guys, tak baik bergaduh depan rezeki!" Wahi menenangkan. Takde la tenang sangat pasal si Wahi ni pun menjerit not rendah sebenarnya.
Senyap. Tapi mereka masih bergaduh guna pandangan.
Nampak tak dia punya chemistry tu?
"Emi, actually this idiot friend of yours have something to tell you,"
"Idiot?" Izham pandang isterinya tak puas hati.
Dan dibalas cubitan. Yess! Emilin ketawa senang. "Bagi tahu je la!"
"Sebenarnya, Em... I'm going to be a father!!!"
Emilin mengalihkan pandang pada Wahi. "Seriously, Wahi? Ya Allah, congratulation sayang!!"
Tubuh wanita yang lebih muda dua tahun daripadanya itu dipeluk erat. Air mata kegembiraan mengalir di pipinya.
"Alolo, ni kenapa nangis ni Emi?"
"Happy sangat," air matanya dilap dengan belakang tangan. "I'm so happy for you guys,"
"Oh, so sweet. Maybe I should record this moment and tunjuk dekat anak kita nanti how happy its aunt bila tahu pasal dia,"
Kata-kata Izham disambut tawa dua orang wanita itu.
Emilin teragak-agak ingin menyentuh perut Wahi yang masih kempis. Wahi yang perasan niat Emilin segera menarik tangan BFF Izham ini dan melekapkan pada perutnya.
Dia faham perasaan Emilin. Dia tahu apa yang Emilin dah lalui.
Sekali lagi air mata Emilin tumpah. Dia pernah rasa bahagia yang Izham dan Wahi tengah rasa. Dia pernah lalui kegembiraan ini dengan Nazreen dahulu.
Sebelum semua itu Allah tarik sekelip mata sahaja.
"Emi..." Wahi kesat pipi Emilin dengan ibu jarinya. "Jangan nangislah. Always remember, our baby is your baby too,"
Izham yang memerhatikan Wahi dan Emilin menahan sebak. Sungguh inilah antara momen terbaik dalam hidupnya kerana dapat melihat #sistersgoal itu.
Dia masih ingat betapa insecurenya Wahi dahulu apabila berhadapan dengan Emilin. Bagi Wahi, Emilin serba sempurna. Lagi-lagi bila isterinya tahu yang dia pernah menaruh hati pada sahabat baiknya.
Tetapi sejak kemalangan itu, diorang pulak yang jadi kawan baik. Izham kena tendang ke tepi. Tapi dia tak kisah, asalkan dua wanita yang paling dia sayang selepas ibunya ini gembira.
"Dah, dah, jom makan! Tak payah buat drama air mata dekat sini. Kau tengok dekat luar tu, langit pun nak menangis dengan kau,"
See? Kan dah pernah kata, Izham ni sweet talker.
"Bismillahirrahmanirrahim, allahumma bariklana..."
Selesai baca doa makan, mereka mula mencapai daging yang dah siap marinated dan 'zasss... zasss...' bunyi daging digril. Itu belum kira bau dia lagi.
Baru beberapa suap, Emilin sudah berhenti. Dia hanya memerhatikan Izham dan Wahi yang berbual kecil sambil makan di hadapannya.
Comel sangat tengok couple ni.
"Em, makanlah lagi. Sikitnya makan! Kalau dulu kita pergi steamboat and grill, kau la orang last yang tinggalkan meja,"
"Tu tak payah ungkit la!" Emilin ketawa. "Tak tahulah, Am. Lately aku kurang selera makan, muntah-muntah, penat,"
"Tak kan la Emi..."
"Tak, tak," Emilin memotong kata-kata Wahi. Dia tahu spekulasi apa yang akan keluar. "We know that it's not possible right?"
Izham mengangguk sedikit. Dia tahu tentang ketidakupayaan Emilin untuk hamil lagi sebab dia sendiri dah baca medical report Emilin.
Tiba-tiba satu perasaan tak enak singgah di benaknya.
"Em, kau ada rasa sakit dekat mana-mana tak? Dekat badan?"
"Kadang-kadang ada rasa sakit dekat area bawah ribcage. Belah kanan. But the pain is bearable la, cuma a little bit discomfort,"
Serentak Izham dan Wahi saling berpandangan. Tiada suara, hanya bermain mata.
"Whoahh... what's with the face? I'm okay la! Boleh lompat-lompat, lari-lari lagi,"
"Em," Izham meletakkan chopsticknya pada pinggan. Mode serius.
"If you have free time, datang jumpa aku or Wahi nanti dekat hospital,"
"Apa ni? Korang ni buat aku cuak la!"
Wahi memegang tangan Emilin di atas meja. "Nothing la Emi. Kita cuma nak buat scan, you know... regular check up on you. You was our patient and our friend, we're just..."
"Concern," sambung Izham perlahan.
Hah, sweetnya! Siap main habiskan ayat lagi.
"Okay, I'll do it later. But for now, korang makan okey? I'm full already. Especially you,Wahi. Preggy mama has to feed the baby, keep that in mind!"
"Noted, ma'am!" Ujar Wahi siap salute lagi.
Tawa mereka terhambur.
Dalam perbualan mereka yang diselangi ketawa, mata Izham masih fokus pada partner in crimenya itu. Dalam hati, panjang dia berdoa yang telahannya salah.
~~~~~♡♡♡~~~~~
I wish to hear what you have in mind gaiss. Hahahahha...
ANDA SEDANG MEMBACA
Satu Mimpi ✔
Chick-Lit[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it sti...
