#36 - Almost There

20.2K 1.1K 145
                                    

Pintu bilik air yang tertutup itu dipandang lama. Bunyi pancuran hujan jelas kedengaran. Semenjak Emilin balik tadi, dia masih belum menyuarakan kemusykilannya. Dia tak mahu tuduh melulu. Dia nak tahu, kenapa Emilin membohonginya.

Dia mahu perbincangan secara rasional.

Spontan Nazreen mencapai telefon bimbit Emilin di atas meja solek. Unlock pattern? Tolonglah, unlock pattern phone mereka sama kut.

Notification pada ikon mesej menarik perhatiannya. Satu demi satu mesej dari nombor tersebut dibaca.

Telefon bimbit itu digenggam kuat. Menggigil badannya menahan amarah.

"Biy," tegur Emilin.

Oh, shoot!

Dia lupa. Sumpah dia lupa nak padam mesej-mesej mengarut Syed Shukri. Sejak Emilin terserempak dengan lelaki itu beberapa minggu lalu, dia sering menerima mesej-mesej pelik berbunyi miang. Dan psiko.

Love your rosy cheeks, sayang.

Kiss me with your plump lips, sweetheart.

Such a lovely and sexy lady you are.

And so on.

Mungkin bunyinya biasa je tapi kalau dah hari-hari dapat mesej macam tu, maunya tak ngeri? Dan geli.

"B- Biy... I.. I can explain,"

"Explain? Apart from these stupid filthy messages, can you explain where were you for the past five days?"

"I've told you-"

"Damn it, Em! Stop lying! Setiap kali you tipu I, kata outstation tu where's the hell was you exactly?! Tell me the truth,"

Emilin menggigit bibirnya. Matanya jelas berkaca.

Dia nak beritahu Nazreen, tapi... dia tak nak buat lelaki itu risau. Azra perlukan lebih perhatian sebab hanya tinggal beberapa minggu sahaja sebelum due.

So, yay or nay?

Nafasnya ditarik dalam. "Sebenarnya, I... I.. sa-"

Telefon bimbit Emilin yang bergetar dalam genggaman Nazreen tanda mesej masuk menganggu fokus Nazreen pada isterinya. Segera mesej itu dibaca.

Atau lebih tepat, gambar yang attached pada mesej itu dilihat. Diperhatikan.

"Explain this, Puteri Emilin," Sinis bunyi soalan Nazreen. Skrin phone tersebut ditunjukkan pada Emilin.

Foto ketika dia Syed Shukri cuba menciumnya di tempat meletak kenderaan dahulu.

Emilin memejamkan mata dan menarik nafas. Sumpah, dia bengang dengan tindakan Syed Shukri. Apa yang mamat tu tak puas hati sangat dengan dia?

"Explain la!!"

Terhenjut tubuh Emilin mendengar tempikan Nazreen. Pertama kali dia ditempik sebegitu rupa.

Nazreen yang bengang melihat Emilin masih diam lantas menolak isterinya ke katil. Seketika kemudian dia sudah menindih tubuh Emilin yang hanya bertuala.

Bibir merah itu di sambar laju.

"B- biy, kenapa you ni?! Nazreen, lepaslah!!"

Dalam tercungap-cungap Emilin menolak tubuh Nazreen. Memanglah itu suaminya tapi dia tak suka disentuh kasar begini. Nazreen yang dia kenal sangat berlemah-lembut ketika membelainya, bukan macam ni!

Nazreen buat bodoh sambil terus mencumbui Emilin rakus. Matanya jelas dengan kemarahan.

"Nazreen, I said let me go!!!" Tubuh lelaki itu ditolak kuat.

Satu Mimpi ✔Where stories live. Discover now