Kopiah yang tersarung di kepalanya dibuka. Perlahan-lahan tubuhnya dibaringkan pada tilam. Katil di dalam bilik tetamu.
Bilik tidur mereka masih berkunci dari dalam. Nazreen tak salahkan Emilin. Dia perlukan ruang.
Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman rindu rahmatmu TuhanTiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan akan ku jirus
Dengan madu keimananRasa bersalah yang memakan diri.
Emilin yang cantik. Emilin yang playful. Emilin yang penyayang. Dan sehina-hina tuduhan dia lemparkan.
Sehingga mengalir air mata bidadarinya itu.
"Ya Allah, ampunkan aku. Sesungguhnya kata-kataku tadi bukan lian, hanya keterlanjuran," ujarnya rendah sambil meraup wajah.
Tak ternilai air mata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Takkan berpaling pada palsu duniawiDestinasi cinta yang kucari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah kuredah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang kutemui
Hanya kecewa menyelubungiTelefon bimbit yang bergetar itu dicapai. Jelas notification tertulis 'Ayahh of the Day'.
Tak, bukan ayah. Ayahh di sini bermaksud ayat. Notifikasi dari aplikasi al-Quran di dalam telefon bimbitnya. Setiap hari menghantar ayat al-Quran secara random.
وَلَن تَسۡتَطِيعُوٓاْ أَن تَعۡدِلُواْ بَيۡنَ ٱلنِّسَآءِ وَلَوۡ حَرَصۡتُمۡۖ فَلَا تَمِيلُواْ ڪُلَّ ٱلۡمَيۡلِ فَتَذَرُوهَا كَٱلۡمُعَلَّقَةِۚ وَإِن تُصۡلِحُواْ وَتَتَّقُواْ فَإِنَّ ٱللَّهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا
Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, karena itu janganlah kamu terlalu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkatung-katung. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. [An-Nisa' 4:129]
Nazreen pegang dadanya yang sudah berombak. Badannya disandarkan pada kepala katil. Panjang dia mengucap.
Deep. Padu. Jitu. Tepat.
Kugelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untukku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapatku berteduh di rendang kasihmu"Ya Allah, aku dah cuba sedaya upaya nak berlaku adil. Tetapi jujurnya, cinta aku hanya untuk Emilin. Jaga hati kami, ya Rahman. Jaga hubungan kami dari segala malapetaka dan hasad dengki, ya Rahim. Jauhkan kami dari tipu daya syaitan,"
Lama Nazreen berteleku di birai katil. Air matanya beranak sungai mengalir di pipi. Mesej dari Tuhan yang datang tepat pada waktunya menghentam jantung.
Menjentik jiwa.
Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati~~~~~♡♡♡~~~~~
Telekung putih itu diikat kemas. Refleksi dirinya pada cermin ditenung lama. Polos.
Wajah pucatnya yang sembap tidak langsung dihiraukan. Dalam kepalanya sudah membayangkan, inilah keadaannya ketika hendak dihantar ke alam barzakh kelak.
Tangannya yang sedari tadi menggigil digenggam kuat. Tangan yang menampar wajah seorang suami, seorang imam.
"Aku berdosa ke, ya Allah?"
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung kupertaruhkan"Tapi aku cuma pertahankan maruah aku je," gumamnya rendah.
Tangan itu dibawa ke pipi. Gigil yang masih belum hilang. "I'm sorry, biy. But you're too much,"
Sungguh dirinya rasa terhina. Perbandingan Nazreen, tuduhan Nazreen, semuanya benar-benar melukakan. Emilin seorang isteri, seorang wanita. Dia tak minta banyak dengan Nazreen, dia nak dengar satu benda je.
I cintakan you.
Dia hanya nak mendengar kata-kata itu dari mulut Nazreen. Perkataan yang dia tak pernah dengar walaupun sejak 12 tahun lalu.
Takpe la, mungkin tepat pilihannya menyatukan Nazreen dengan Azra. Azra lebih baik dari dirinya. Dan mungkin juga cinta Nazreen ada pada Azra.
Maafkan bilaku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin kutegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamuBila bahagia mula menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud"Allahuakbar!" Takbir diangkat.
Sahaja aku solat sunat taubat dua rakaat tunai kerana Allah ta'ala.
Sorry pendek. Semalam boleh la gebang triple update. Hari ni tumbang. Hahahha...
So, selamilah hati mereka okeyy? Choyy! 🐳🐳💖💖
☆ Destinasi Cinta - Mestica
☆ Ayat-ayat Cinta - Rossa
Trivia : goalkeeper JDT malam ni namanya Izham. Hahhaha...
![](https://img.wattpad.com/cover/68457551-288-k4881.jpg)
YOU ARE READING
Satu Mimpi ✔
ChickLit[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang dengan cinta? Cerita Nazreen dan Emilin ni bermula dari Senior Year. So yeah, this is a sequel but it sti...