#32 - Tunggu Mama

19.6K 1.2K 256
                                    

"Weh, mana boleh menangis hari ni! Kan hari gembira aku,"

Emilin ketawa kecil memandang Izham yang sudah memuncung di sisinya. Air matanya dihapuskan segera.

"Aku happy sangat la. Happy for you two,"

"Haipp! Dah three la. Kau ni, sedih nangis, marah nangis, happy nangis. Gembeng!" Kepala BFFnya itu diluku.

"Aku nangis dengan kau je. Dengan orang lain, hati aku sado tau!"

Izham ketawa senang. Sungguh hari ini dia kaya dengan senyuman. "Memanglah, kita kan kembar tak segenetik,"

Hari ini lahirnya seorang lagi hamba Allah, Amry Putra bin Amirul Izham. Pengarang jantung Izham dan Wahi.

Wahi ketika ditinggalkan tadi masih berehat di dalam kamar wadnya setelah penat bertarung nyawa. Mengalir air mata Izham menyaksikan sendiri kesakitan seorang ibu ketika melahirkan anaknya.

Itu belum kira lagi rasa syahdu apabila pertama kali mentahnik anak kecil itu dan mengazan serta iqamatkannya. Tenang.

Sungguh, dia bersyukur kedua-dua kesayangannya itu selamat.

"Putra comel sangat,"

"Macam papa dia?" Senyum lebar dihadiahkan pada Emilin dengan bonus mata yang dikerlip-kerlipkan.

"Macam mama dia," jawabnya ringkas sebelum menjelir.

Sama-sama mereka ketawa. Buat perangai macam budak sekolah.  Tiba-tiba jadi rindu pada zaman senior year. Hari-hari mesti ketawa berdua. Tiada masalah apa pun nak fikir.

Okey, itu tipu. Ada jugalah masalah macam tak cukup duit atau topup habis, tapi takde la seberat zaman dewasa ini.

"Am, kenapa kau namakan anak kau Putra?"

Lelaki itu terdiam mendengar soalan polos Emilin. Sebab nak selalu ingat kau? Puteri.

Seketika kemudian, segaris senyuman terlakar pada wajah Izham. "Sebab aku dah Amirul, ketua, raja. So, anak lelaki aku mestilah putera. Takkan puteri pulak?"

Tawa kecil turut kedengaran dari bibir Emilin. Ha-ha. Lawak, Am.

"Putra... Putrajaya,"

"Woi! Suka hati je!!" Spontan dia terdebik partner in crime seketul ini. Kutuk lagi nama anak dia!

Emilin kembali diam merenung lantai. Dia gembira. Genuinely happy untuk keluarga kecil Izham.

Tapi entah kenapa terbit rasa down dalam benaknya. Cemburu.

"Em,"

"Things would be different kalau baby aku ada kan?"

Izham menghela nafas perlahan sebelum menepuk perlahan kepala Emilin. Persis melayan anak kucing.

"Dia tunggu mama papa dia dekat pintu syurga," simpulnya ringkas. "Anyway, Naz mana? Kalau dia tak datang... aku debik pungkoq dia!"

"Dia datang la tu kejap lagi. Dia pergi jemput Azra balik kerja,"

Lelaki itu mengangguk faham. Sesekali tangannya laju menaip mesej pada skrin telefon.

Tak lama kemudian, Nazreen muncul dengan Azra. Sebuah hamper barangan bayi dipegang Nazreen menggunakan tangan kiri dan tangan kanannya... menggenggam erat tangan Azra.

Emilin tersenyum tawar. Ouch, hurt.

"Sorry, lambat. Jammed tadi," Nazreen bersalaman dengan Izham. Bahu sahabatnya itu ditepuk. "Congrats Am! Lepas ni kau tak boleh gedik-gedik lagi la,"

"Eh, baik sikit! Aku dah lama jadi sado," bahu Nazreen pula ditumbuk perlahan sambil ketawa.

Ceria betul Izham hari ni!

Seketika kemudian, Emilin turut bersalaman dengan suaminya. Belakang tangan Nazreen dikucup lembut sebelum lelaki itu membalas kucupan pada dahi Emilin.

"Bae, dating dengan Am eh! Nakal!!" bisiknya bergurau lalu mengucup sisi kepala Emilin pula.

"Eii, ngada!"

Emilin ketawa senang sebelum men-starlight dahi Nazreen. Melihatkan lelaki itu sudah memuncung, Emilin mengucup sekilas dahi itu sambil menggosok-gosok perlahan. Tawa mereka masih belum padam.

Azra yang memandang kemesraan itu pula sudah tunduk memandang lantai. Aduh, sakitnya tuh di sini.

"Ehem! Malam-malam sikit weh. Siang masih muda,"

Emilin yang sedang ketawa selamba menyepak kaki Izham. Bongok punya statement!

Setelah itu, dia mencapai handbagnya yang berada di atas kerusi. "Okay guys, I've got to go! Dah nak dekat pukul 6 ni,"

"Bae," Nazreen memegang tangan Emilin. "Take care. Esok I balik," bisiknya perlahan.

"Okey," jawabnya ringkas bersama senyum segaris. "Assalamuaikum,"

"Waalaikumussalam,"

Dan Emilin hanya mampu memandang sekilas jemari Nazreen dan Azra yang kembali bertaut.

Cinta itu tidak pernah meminta
Tetapi memberi sepenuh rela
Rasa bahgia biarpun sengsara
Berkorban segala-gala






~~~~~♡♡♡~~~~~







Rumput-rumput di atas tanah itu dicabut setelah selesai membacakan Yasiin. Batu nisan itu diusap perlahan bagaikan mengusap kepala seorang anak.

Muhammad Naqiuddin bin Muhammad Nazreen


"Naqiey, salah ke keputusan mama? Mama cuma nak papa happy. Tapi kenapa mama rasa sakit... sakit dekat sini..." dadanya ditepuk seiring dengan air mata yang mengalir.

Kepalanya perlahan-lahan diletakkan pada kepok kubur yang kecil itu. Lelah. "Mama dah penat, Qiey. Mama dah penat. Tunggu mama, sayang,"

Cinta yang sejati
Hanya cintakan ilahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya

Matanya semakin berat. Dadanya berombak tenang. Sekata.

"Ma,"

Emilin membuka mata. Seorang budak lelaki berjubah putih berdiri di sisinya.

Budak lelaki tersebut melutut di sisi Emilin sebelum memegang pipinya. Sejuk tangan kecil itu.

"Balik la ma, dah nak maghrib ni. Jaga diri, Naqiey tunggu mama,"

Bibir itu menyentuh pipi Emilin lembut.

Dan kemudian dia tersedar. Tanah perkuburan itu lengang tak berorang, hanya disuluh mentari senja.

Mata Emilin kembali berkaca. Batu nisan itu dikucup sekilas.

"Takpe la. Sekurang-kurangnya anak mama tak payah nak menghadap dunia yang kejam ni. Rehatlah, sayang," bisiknya sendiri. Monolog dalaman yang terluah.

Dia rindu bayinya. Dia tak pernah dapat memeluk, apatah lagi menciuk tubuh kecil itu. Nazreen kata anak mereka kecil sangat, tetapi dah lengkap anggota badannya.

Sebaik sahaja Emilin bangun dari koma dulu, Muhammad Naqiuddin telah selamat dikebumikan.

"Tunggu mama,"












Tak tahu nape hati tisu sikit malam ni 😢😢 padahal tak sedih pun hahaha...

Nak update semalam, tapi hanyut dengan novel-novel pasal werewolf. Lol. 😒😒

Oh, anyway, yang tulisan italic tu lirik lagu Kerana Cinta - Mestica.

Satu Mimpi ✔Where stories live. Discover now