#15 - I'm Okay

18.1K 1.2K 65
                                    

"Ma..." dia memeluk erat tubuh wanita separuh abad itu. Wajahnya dibenamkan pada bahu mamanya.

Tapi tiada setitik air mata pun yang keluar. Dia hanya perlu tempat untuk berpaut seketika.

"Emi, sabar sayang. I'm here. Mama minta maaf sebab tak ada untuk Emilin selama ni but for this time, I will always be by your side. Mama janji, sayang."

Pada mulanya dia dan suaminya sama-sama menentang niat Nazreen untuk menduakan Emilin hanya kerasa alasan zuriat. Bagi mereka, lebih baik anak sulung mereka dilepaskan daripada bermadu.

Tetapi apabila Emilin sendiri membuka mulut menyatakan ini ialah kehendaknya, masing-masing mati kata. Kalau anak mereka sendiri sanggup bermadu, apa lagi yang mereka boleh kata?

Tapi sekental mana pun hati Emilin, hati wanita mana yang tak berkecai bila harus berkongsi suami?

"I'm okay, ma. I'm okay,"

Dato' Megat yang memerhatikan isteri dan anaknya, berpeluk tubuh.

"Hari ni dia baru tunang, and you've broken into pieces. Hari nikah nanti? And you convince yourself that you can accept polygamy? Nonsense!"

"Abang!" Datin Sarina terjerit mendengar kata-kata suaminya. Serentak itu juga air matanya mengalir.

"How could you say that to our child? Abang ni takde empati langsung ke hah?"

"What? I'm telling the truth. Minta cerai je la, Emi. I am a man, I know men. Dah dapat gading bertuah, tanduk tak berguna lagi. Think about it thoroughly,"

Lelaki itu melangkah masuk ke bilik bacaannya. Sebaik sahaja pintu kayu itu ditutup dan dikunci, tubuhnya sendiri terhenyak pada kerusi kulit itu.

Dia membuka kaca matanya lalu meraup sendiri wajahnya. Jangan kata Emilin, hatinya sendiri remuk. Dia seorang ayah, Puteri Emilin ialah puterinya!

His precious princess!

Walaupun dia jarang berlembut dengan anaknya yang satu itu, tetapi bapa mana yang sanggup lihat anaknya diduakan? Dia lebih rela puterinya dipulangkan dengan cara baik.

Emilin di ruang tamu pula mengusap pipi mamanya. Air mata yang mengalir pada wajah anggun itu dilap perlahan.

"Mama, chill la. Jangan marah papa," Emilin mengucup pipi mamanya.

"But he shouldn't be so mean! You are his daughter, we should support you!"

"Ma, dahlah. Emi okey," senyuman sedaya upaya ditarik meyakinkan si ibu. Tapi tawar tak bergula.

"If you say so, pergi naik bilik. Mandi, rehat. Nanti kita dinner sama-sama eh?"

Emilin hanya mengangguk lemah. Langkahnya diatur longlai ke kamarnya di tingkat tiga.

Masuk sahaja ke bilik, tudungnya dibuka dan dia terus masuk ke bilik air. She needs a good shower.

Di bawah pancuran hujan itu, dirinya bagai ditarik ke masa lampau. Ke kelas Pendidikan Islam dua belas tahun lalu.

"Okey, ni soalan untuk Emilin pula,"

Emilin angkat kening. Jangan ustaz tanya yang bukan-bukan sudah. "Yes, proceed."

"Kalau awaklah, awak sanggup dimadukan?"

Woaahhh!! Satu kelas, lelaki perempuan semua dah jaw drop. Ni soalan PI paling KBAT diorang pernah dengar.

Gila kau?

"Err... sebab saya belum kahwin dan saya belum faham perasaan married women, so for this time being saya rasa... okey je kut,"

Satu Mimpi ✔Where stories live. Discover now