Di Mana Jalannya?

10.9K 379 13
                                    

Di Mana Jalannya!

Pada suatu malam, Ji Hyo pulang berjalan kaki di suatu lorong yang sempit. Itu sahaja jalan pintas ke rumahnya. Sedang dia berjalan, dia ternampak ada seorang pakcik berdiri di hujung lorong itu. Pakcik itu menoleh ke arah Aishah.

"Di mana jalannya?" Pakcik itu bertanya kepada Jihyo

Muka pakcik itu sungguh menakutkan. Rambutnya kusut masai dan berpakaian kotor.

Jihyo mula ketakutan. Hanya dia seorang saja di lorong itu. Jantungnya berdegup laju.

"Di mana jalannya!" Jerit pakcik itu.

"ok ok.. Ke mana pakcik hendak pergi? balas Jihyo dalam ketakutan.

"Rumah 32 bumbung merah." Kata pakcik itu

Jihyo mula panik. Tempat yang ditanya pakcik itu adalah rumah dia.

"Saya tak tahulah pakcik." balas Jihyo dan dia terus berlari melepasi pakcik itu. Pakcik itu hanya memerhatikan Jihyo dan tidak mengekorinya,

Jihyo terus berlari ke rumahnya. Dia keluarkan kunci rumah sambil tercungap-cungap. Sambil dia membuka pintu rumahnya, dia memerhati di belakang supaya tiada siapa mengekorinya. Dia menarik nafaz lega.

Dia buka pintu dan masuk kedalam. Rumahnya gelap gelita. Jihyo perlahan-lahan mencari suis lampu. Dalam kegelapan itu tiba-tiba ada suara kedengaran.

"Dimana jalannya!"

*
*
*

Tak creepy sangat..

Vote ✔
Comment✔
Thanks

Mickookie

Creppy Pasta✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang