Jalan Menuju Alam Ghaib

979 35 1
                                        

Jalan Menuju Alam Ghaib

Ini adalah satu permainan paranormal yang berasal dari Jepun. Ada yang mengatakan jika kamu bermain permainan ini, kamu mampu pergi ke alam ghaib. Namun kamu perlu berhati-hati kerana tiada jaminan yang kamu akan pulang ke alam nyata semula.

Cara-cara permainan.

Untuk bermain permainan ini, kamu harus mencari sebuah bangunan yang mempunyai lif dan arasnya melebihi 10 tingkat.

Langkah 1: Ambil lif di tingkat 1. (kamu haruslah berseorangan di dalam lif)

Langkah 2: Kamu perlu pergi ke tingkat mengikut susunan berikut - Tingkat 4, Tingkat 2, Tingkat 6, Tingkat 2 dan Tingkat 10. (Jika ada sesorang masuk ke dalam lif, ritual ini akan gagal.)

Langkah 3: Apabila kamu sampai ke tingkat 10, kamu tekan butang ke tingkat 5 tanpa keluar dari lif.

Langkah 4: Apabila kamu sampai ke tingkat 5, pintu lif akan terbuka dan akan ada seorang wanita masuk ke dalam lif. Wanita itu akan bertanya ke mana kamu mahu pergi. JANGAN JAWAB dan JANGAN PANDANG DIA.

Langkah 5: Sementara wanita itu berada dalam lif, kamu tekan butang ke tingkat 1.

Langkah 6: Jika lif naik ke tingkat 10, ritual kamu berjalan lancar.

(Sementara lif naik ke atas, kamu masih ada peluang untuk membatalkan ritual ini dengan menekan mana-mana butang aras. Namun jika lif sudah sampai ke tingkat 9, kamu sudah terlambat.)

Jika lif kamu turun ke tingkat 1, kamu harus keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka. Jangan pandang belakang dan bercakap apa-apa. Ritual kamu gagal.

Hanya ada satu cara yang memastikan ritual kamu sudah berjaya iaitu kamu akan hanya berseorang di alam ghaib itu.

Apa yang terjadi di alam ghaib itu tidak diketahui. Namun wanita yang masuk bersama kamu dari tingkat 5 itu bukan manusia.

Untuk kembali ke alam nyata, kamu perlu lakukan ritual tadi secara terbalik. Namun tiada jaminan yang kamu akan kembali.

Ada beberapa orang Jepun mendakwa mereka berjaya menjalankan ritual ini dan pergi ke alam ghaib. Apa yang mereka lihat ialah:

1. Bangunan yang sama seperti yang kamu pergi cuma semua lampu tidak bernyala

2. Langit kelihatan merah darah.

3. Semua alat elektronik tidak berfungsi seperti telefon, kamera dan sebagainya.

Mereka berkata untuk pulang ke alam nyata amat sukar. Kamu mungkin akan sesat dan lupa di mana lif berada. Semakin kamu mencari lif itu, semakin jauh lif itu akan muncul.

*
*
*

kamu tidak digalakkan melakukan ritual ini kerana ia menjejaskan akidah kamu. Ambil perkara ini sebagai satu informasi.Remember that.. mana tahu readers dh buat lepas tu x balik sedih author...

Vote ✔
Comment ✔
Thanks

Mickookie

Creppy Pasta✔Cerita yang bikin terobses. Temukan sekarang