Photograph

856 37 0
                                    

Photograph

Pada suatu hari di sebuah sekolah, seorang budak yang bernama Hoshi duduk di dalam kelas. Semasa dia melakukan kerja sekolah, terdapat sesuatu yang menarik perhatiannya.

Mejanya bersebelahan dengan tingkap, dia berpaling dan memandang ke rumput di luar. Terdapat sebuah gambar tercicir di rumput itu. Apabila waktu sekolah telah berakhir, Hoshi  berlari ke tempat di mana dia melihatnya gambar itu. Dia berlari secepat mungkin supaya tiada siapa mengutipnya.

Hoshi mengambilnya dan tersenyum. Ia adalah sebuah gambar Yeoja yang paling cantik pernah dilihatnya. Yeoja itu berbaju hitam dan mempunyai senyuman yang manis. Tangannya pula menunjuk tanda 'peace' atau dua.

Dia begitu cantik sehingga Hoshi ingin berjumpa gadis itu, lalu Hoshi berlari di seluruh sekolah dan bertanya semua orang jika mereka tahu atau kenal gadis dalam gambar itu. Namun tiada siapa yang tahu.

Apabila Hoshi berada di rumah, dia bertanya kepada kakaknya jika dia tahu gadis itu, tetapi malangnya kakaknya tidak tahu. Hoshi kecewa. Hari pun sudah lewat malam. Hoshi  berjalan menaiki tangga, dia letakkan gambar gadis di atas meja dan tidur.

Semasa dia tidur, Hoshi telah dikejutkan oleh bunyi ketukan di tingkap biliknya. Selepas itu dia terdengar suara ketawa kecil. Dia bangun ke tingkap dan melihat ada seorang gadis yang mirip dalam gambar itu berdiri di luar rumahnya. Hoshi  keluar dari bilik untuk menyiasat siapa gadis itu namun apabila dia sampai, gadis itu telah hilang.

Keesokan harinya Hoshi bertanya kepada jiran-jiran jika mereka tahu gadis itu namun mereka tidak tahu. Apabila ibunya pulang ke rumah Hoshi tunjuk gambar gadis itu dan bertanya pada ibunya namun masih dengan jawapan tidak tahu. Hoshi pergi ke biliknya dan meletakkan gambar gadis itu di meja dan tertidur.

Sekali lagi Hoshi dikejutkan dengan bunyi ketukan di tingkap biliknya. Hoshi melihat di luar tingkap dan gadis itu sedang melambai-lambai ke arahnya. Hoshi mengambil gambar gadis itu di atas meja dan keluar dari bilik untuk berjumpa dengannya. Dengan keadaan terburu-buru, Hoshi berlari menyeberangi jalan. Dia dapat lihat gadis itu senyum kepadanya. Hoshi gembira dapat melihat gadis itu di depan matanya.

Namun malang sekali Hoshi  tidak berhati-hati menyeberangi jalan dan dia dilanggar oleh sebuah lori. Sebelum Hoshi menghembuskan nafas terakhir, gadis itu senyum ke arahnya dengan pandangan mata yang kejam.

Pemandu lori itu keluar dan cuba untuk membantu Hoshi , tetapi ia sudah terlambat. Pemandu itu melihat gambar di tangan Hoshi dan mengambilnya. Dia melihat gambar seorang gadis cantik sedang menunjuk isyarat tiga di jarinya.

*
*
*

Pengajaran jangan kutip gambar\barang bukn kepunyaan anda

Vote ✔
Comment ✔
Thanks

Mickookie

Creppy Pasta✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang