I'm Lovin it!

240 9 0
                                    

#kisahseram “I’m Lovin it!”

Ayah saya sangat obsess dengan McDonald’s. Dia tidak boleh hidup tanpanya. Dia tidak akan makan dari restoran lain kecuali McDonald’s. Setiap hari dia pasti akan makan McDonald’s walaupun sekali.

Kalau pagi dia akan ambil menu breakfast seperti sausage dan Egg McMuffin. Kalau tengahari dia ambil menu lunch seperti Double Cheese burger atau Bigmac. Dia tidak pernah muak makan makanan yang sama setiap hari.

Namun keluarga kami sudah jemu bila ayah selalu bawa kami makan ke McDonald’s sehingga kami tak sanggup nak tengok menu restaurant itu. Oleh itu kami cuba makan ditempat lain. Ayah kami mula perasan tindakan kami dan dia berasa dirinya disisihkan.

Satu hari sedang kami sekeluarga berehat di rumah, ayah kami ajak keluar makan ke McDonald’s. Tapi tiada siapa yang mahu ikut.

“Kenapa awak semua taknak ikut ayah makan di McDonald’s. Semua dah benci kat ayah ke?”

Ibu pura-pura buat busy manakala kakak pula buat-buat tak dengar apa yang ayah cakap.

“Tak lah ayah, kami cuma dah jemu asyik makan kat McDonald’s je.” Jawab saya dengan agak awkward.

Ayah saya tergamam seketika apabila mendengar jawapan saya. Dengan perasaan kecewa dia keluar dari rumah. Kami sekeluarga agak sedih bila melihat ayah begitu namun kami sudah tidak mahu makan lagi di McDonald’s. Jemu.
Setelah beberapa minit kemudian, ayah pulang sambil membawa DoubleCheese burger dan makan di ruang tamu secara bersendirian. Dia tidak mahu bertegur dengan kami.

Pada malam itu, usai saya menonton televisyen, saya terus masuk ke bilik untuk tidur. Kakak saya sudah lama dibuai mimpi indah. Saya tutup lampu bilik sambil berjalan dan naik ke atas katil dengan perlahan supaya tidak akan mengejutkan kakak saya yang sedang tidur di katil sebelah saya. Lampu

Beberapa jam kemudian, saya terjaga kerana terdengar bunyi pintu bilik kami terbuka sehingga cahaya dari luar mula menerangi bilik kami. Saya ternampak ada satu lembaga sedang berdiri di pintu bilik kami. Saya cuba mengamati lembaga itu dah apabila saya dapat melihat dengan jelas, saya terkejut kerana lembaga itu menyerupai seorang badut. Ya badut itu saya sangat kenal. Ianya Ronald McDonald. Badut itu hanya berdiri dan memandang kami dengan senyuman yang menakutkan.

Badut itu cuba berjalan perlahan-lahan seperti tidak mahu mengejutkan kami. Dia tidak tahu yang saya masih berjaga. Badut itu pergi ke arah katil kakak saya dan membawa sesuatu di tangannya. Tidak semena-mena badut itu ketawa sekuat hati dan menjerit.

“Ha! Ha! Ha! Ha! I’m Lovin it!”

Kakak saya terus terbangun dari tidur dan badut itu mencekik leher kakak saya. Saya terus bangun untuk menghalang badut itu. Namun badut itu menolak saya dengan kuat hingga saya terjatuh. Kakak saya cuba menjerit namun lehernya dicekik begitu kuat sehingga tidak keluar suara. Saya bangun dan terus mencari suis lampu. Ketika lampu terbuka, saya terkejut melihat badut itu adalah ayah saya yang menyamar menjadi Ronald McDonald. Sebelah tangannya memegang burger dan dia cuba memaksa kakak saya makan burger itu.

“Ayah! Kenapa dengan ayah ni! Sudah gila ke!” jerit saya.

“Ayah nak kamu semua makan burger ni!”

Kakak saya meronta-ronta namun ayah saya kuat mencekik kakak saya. Sampai satu ketika kakak saya mula lemah dan tak bermaya.

“Kakak! Woi ayah lepaskan kakak! Ayah nak bunuh dia ke!”

“Ha! Ha! Ha! Ha! I’m Lovin it!”

Ayah saya melepaskan tangannya dan saya dapat melihat kakak saya sudah terbujur kaku. Airmata saya mula mengalir di pipi seperti tidak jangka yang ayah saya sudah membunuh anaknya sendiri.

“Adik nak burger tak? Ha Ha Ha!”

Mendengar kata ayah itu membuat bulu roma saya naik. Adakah dia nak bunuh saya pula. Tanpa membuang masa saya terus berlari tinggalkan bilik itu. Saya turun ke tingkat satu untuk mencari ibu saya.

“Ibu! Ayah dah gila bu! Ibu kat mana!”

Saya mencari ibu di ruang tamu namun tidak nampak kelibatnya. Tiba-tiba saya perasan terdapat titisan darah di lantai. Fikiran saya mula terganggu. Darah siapakah ini. Tanpa semena saya terbau sesuatu yang hangit. Ianya datang dari dapur. Dengan hati yang gementar saya terus berjalan ke dapur. Semakin saya hampir menuju ke dapur, semakin kuat bau hangit itu.

Setelah sampai ke dapur, jantung saya macam nak tercabut apabila saya melihat satu pemandangan yang ngeri. Di atas meja dapur penuh dengan daging yang telah dicincang.  Terdapat banyak roti bun berselerak di lantai. Di atas dapur pula terdapat satu kuali yang sedang memasak daging itu. Kaki saya mengeletar apabila melihat kepala ibu sudah dipenggal dan diletak di singki dapur.

“Adik nak burger DoubleCheese ke atau Big Mac?”

Terkejut saya mendengar suara itu. Ianya datang dari ayah saya yang sedang berdiri di belakang saya. Tangannya sedang memegang parang kesukaan ibu.

“Ayah dah gila! Kenapa ayah sanggup buat macam ni!”

““Ha! Ha! Ha! Ha! I’m Lovin it!”

Ayah terus ketawa mengilai-gilai. Disaat ayah saya sedang lalai, saya mengambil kesempatan untuk melarikan diri melalui pintu dapur yang tak berkunci. Saya terus pergi ke rumah jiran dan meminta tolong memanggil polis. Saya bersembunyi di rumah jiran sehingga menunggu kedatangan polis. Setelah polis sampai, mereka telah menyiasat rumah saya dan mendapati ayah saya telah melarikan diri. Mayat ibu dan kakak saya telah dibawa ke hospital.

Sehingga kini polis tidak menjumpai kelibat ayah saya. Hidup saya menjadi trauma selepas itu sehingga memaksa saya menjalani sesi terapi. Setiap kali saya terpandang restoren McDonald’s, pasti ingatan yang ngeri itu akan datang kembali.

#seram #penselstudio

Creppy Pasta✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang