urbanlegend Dark Water.

256 8 0
                                        

#urbanlegend Dark Water.

Urban legend ini dipercayai berasal dari Jepun. Ia mengisahkan kehilangan seorang gadis kecil yang tidak pulang selepas bermain di kawasan pangsapuri rumahnya.

Pada suatu hari, si gadis ini tinggal di pangsapuri bersama ibunya. Gadis ini beritahu kepada ibunya untuk keluar bermain bersama rakan-rakan jirannya. Selepas beberapa jam kemudian, ibunya turun dari pangsapuri itu untuk memanggil anaknya balik untuk makan. Namun ibunya tidak nampak langsung bayang anaknya.

Ibunya bertanya kepada kawan-kawan anaknya namun mereka mengatakan yang mereka tidak pernah jumpa anaknya sepanjang hari. Berita itu membuatkan ibunya sedar yang anaknya sudah hilang lalu membuat laporan polis.

Polis telah melakukan pencarian di kawasan pangsapuri itu sambil dibantu oleh jiran-jirannya namun pencarian itu tidak mendatangkan hasil. Anaknya tidak dapat dijumpai. Ibunya terpaksa menerima berita yang menyedihkan ini dan berharap anaknya dapat dijumpai semula.

Tiga bulan kemudian, anaknya masih tidak dijumpai. Namun terdapat sesuatu yang aneh berlaku di pangsapuri itu. Penduduk pangsapuri itu mendapati bekalan air di rumah mereka mengeluarkan bau yang busuk. Oleh itu mereka membuat aduan kepada pihak pengurusan pangsapuri tersebut.

Pihak pengurusan telah memanggil janitor untuk memeriksa tangki bekalan air di atas bumbung pangsapuri tersebut. Janitor itu membuka penutup tangki air dan mengambil sampel air di tangki itu untuk memeriksa bahan-bahan kimia yang terdapat di dalam air itu.

Terdapat beberapa tangki yang janitor itu perlu periksa. Apabila dia memeriksa tangki yang terakhir, dia terbau sesuatu yang sangat busuk apabila membuka penutup tangki tersebut. Janitor itu mendapati air tangki itu agak keruh dan terdapat sesuatu yang terapung di dalamnya. Janitor itu mengambil lampu suluh dan dia menjumpai satu mayat gadis kecil sedang mereput di dalam tangki tersebut.

Mayat gadis itu telah dikeluarkan oleh pihak polis dan setelah dibedah siasat, mayat gadis itu telah dipastikan bahawa ianya anak kepada ibu yang telah kehilangan anaknya tiga bulan yang lalu. Polis membuat kenyataan bahawa gadis itu telah bermain di atas bumbung dan ketika itu penutup tangki itu terbuka. Gadis itu dipercayai cuba memanjat tangki itu untuk melihat di dalamnya namun malangnya dia terjatuh dan lemas di dalam tangki itu.

Mayat gadis itu terbiar mereput di dalam tangki itu selama tiga bulan. Selama tiga bulan ini juga penduduk pangsapuri itu telah menggunakan air ‘mayat’ gadis itu untuk keperluan harian.

p/s: Kisah ini juga pernah berlaku di Singapore di mana pada tahun 2011, mayat seorang pembantu rumah warga Indonesia ditemui di dalam tangki air pangsapuri Woodland, dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya yang merupakan warga Bangladesh.

Kematian Elisa Lam juga menyerupai kisah ini dimana mayatnya ditemui di dalam tangki air di Hotel Cecil, Downtown Los Angeles pada Februari 29, 2013.
Penghuni hotel itu membuat aduan yang bekalan air hotel itu menjadi keruh dan busuk. Pihak hotel memeriksa tangki air dan mereka menjumpai mayat Elisa Lam mereput di dalam tangki itu selama 14 hari.

Sebelum mayat Elisa Lam dijumpai,  terdapat satu rakaman CCTV di dalam lif hotel itu yang menunjukkan visual Elisa Lam dalam keadaan yang mencurigakan. Ketika itu Elisa Lam asyik keluar masuk di lif itu dan dia seperti bercakap dengan seseorang. Video itu menjadi viral di internet dan ada yang mengatakan Elisa Lam mengalami bipolar disorder, di mana dia mengalami masalah mental dan diganggu oleh ilusi yang menyeramkan.

Anda boleh melihat video itu di youtube dengan search Elisa Lam (ambil video yang pertama durasi 4 minit). Dalam minit ke-2 video itu anda dapat lihat dia sedang melambai-lambai tangannya sambil bercakap bersendirian. Filem Dark Water dipercayai diilhamkan oleh kisah Elisa Lam ini.

#seram #penselstudio

Creppy Pasta✔Cerita yang bikin terobses. Temukan sekarang