Jalan Si Gadis Toncang

265 5 0
                                    

Jalan Si Gadis Toncang

Terdapat satu jalan yang berhantu berdekatan dengan sebuah universiti terkemuka di China. Jalan itu dipanggil sebagai Jalan Si Gadis Toncang kerana ramai pelajar di situ terjumpa hantu bersusuk wanita yang berambut toncang.

Dikatakan bahawa pada suatu malam, seorang wanita berambut toncang bersama teman lelakinya cuba menyeludup masuk ke Hong Kong melalui kereta api. Mereka merupakan pendatang asing.

Malangnya, wanita itu ternampak polis turut menaiki kereta api itu. Mereka memeriksa setiap kad pengenalan dan pasport penumpang. Oleh kerana risau ditangkap, wanita itu membuat keputusan untuk terjun dari kereta api yang berjalan laju itu. Semasa dia melompat, rambut toncangnya tersangkut di bingkai tingkap. Toncangnya tercabut bersama kulit kepala dan wajahnya.

Wanita itu terjatuh di atas jalan raya berdekatan universiti dan maut di tempat kejadian. Keesokan harinya polis menemui mayat wanita itu terbaring dengan keadaan yang sungguh mengerikan. Mukanya hanya tinggal daging kerana kulitnya sudah tertanggal bersama toncangnya yang sudah hilang dibawa kereta api.

Teman lelakinya sudah lihat apa yang berlaku, tapi dia hanya berdiam diri dan terus menghilangkan diri tanpa mencari teman wanitanya itu.

Selepas daripada kejadian itu, jalan itu sering menghantui sesiapa sahaja yang melaluinya terutamanya lelaki. Dikatakan terdapat seorang pelajar lelaki yang berjalan di laluan itu ternampak satu lembaga wanita berambut toncang berdiri di situ. Wanita itu menutup muka dengan kedua tapak tangannya sambil menangis.

Pelajar lelaki itu cuba memanggilnya namun wanita itu hanya berdiam sahaja. Dia cuba mendekatinya wanita itu dan menyapa bahunya. Wanita itu membuka tapak tangannya dan pelajar lelaki itu terkejut setengah mati apabila melihat wajah wanita itu. Wajahnya tiada mata... tiada hidung... tiada telinga dan tiada mulut... hanyalah tinggal daging yang berulat... Kemudian dia akan hilang.

Khabar angin mengatakan lembaga wanita itu mundar mandir di jalan itu untuk mencari teman lelakinya yang sudah menghilangkan diri.

Vote ✔
Comment ✔
Thanks

Mickookie

Creppy Pasta✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang