Lubang Perigi

419 17 0
                                    

Lubang Perigi

Terdapat sepasang suami isteri tinggal di sebuah ladang yang terletak jauh dari pekan. Si suami mempunyai sikap panas baran dan sering menganiaya isterinya. Mereka jarang bercakap dan bila si isteri itu meminta sesuatu, pasti di bantah oleh suaminya.

Pada suatu hari, si suami mengali sebuah perigi sambil dibantu oleh isterinya. Tiba-tiba mereka menjumpai satu lubang yang sangat dalam semasa mengali perigi itu. Suami itu mengarahkan isterinya untuk mengambil lampu suluh untuk melihat lubang yang gelap itu.

Selepas itu si suami mengikat lampu suluh pada hujung tali dan turunkan ia ke dalam lubang itu. Namun makin lama tali itu di turunkan, ia masih tidak menjejak ke tanah.

Si suami itu tarik semula tali ke atas tapi tiba-tiba tali itu tersekat seperti ada sesuatu yang menarik tali itu. Dia tarik tali itu sekuat hati sehingga tali itu naik ke atas. Namun lampu suluh itu sudah hilang dan terdapat satu kantung kecil di ikat di hujung tali itu.

Si suami itu membuka kantung kecil itu dan terkejut melihat ada beberapa keping emas diserta dengan satu nota kecil. dia cuba membaca nota itu namun ia ditulis dengan bahasa yang sukar untuk difahami. Si suami buang nota itu dan beritahu isterinya untuk menjaga lubang itu ketika dia pergi membeli lampu suluh yang baru.

Ketika si suami itu beredar, si isteri mengambil nota itu dan bawa ia ke rumah. Dia cuba menterjemahkan nota itu menggunakan kamus. Apabila dia faham nota itu, dia mengambil beberapa keping daging di peti sejuk. Dia juga mengambil kertas dan pen dan menulis satu nota. Selepas itu dia letak semua barang tadi ke dalam balang dan ikatkan pada tali untuk di turunkan ke dalam lubang itu.

Selang beberapa minit, si isteri itu menarik balik tali itu ke atas namun kali ini ia sangat berat sehingga dia terpaksa rehat sekejab. Apabila dia dapat tarik balang itu ke atas, dia lihat terdapat banyak batu permata di dalamnya. Dan terdapat satu nota yang bertulis "Berikan lagi daging"

Si isteri itu pulang ke rumah dan menyorokkan permata itu agar suaminya tidak jumpa. Apabila si suami itu balik. Dia membawa banyak lampu suluh dan meletakkannya di dalam balang. Suami itu turunkan balang itu ke dalam lubang perigi. Apabila dia tarik semula tali itu, dia terkejut kerana tidak ada emas pun di dalam itu. Hanya ada lampu suluh yang telah rosak sahaja.

Si suami itu mula marah dan dia pergi ke rumahnya untuk mengambil senapang. Dia beritahu kepada isterinya dia mahu turun ke dalam lubang itu untuk mahu menyiasat. Isterinya menghalang namun suaminya tetap dengan keputusannya. Suami itu mengikat satu balang yang besar dan mengarahkan isterinya untuk turunkan dia dengan balang itu.

Selang beberapa minit, si isteri mula risau kerana tiada apa-apa arahan dari suaminya di bawah itu. Dia cuba tarik tali itu ke atas. dia dapat rasakan tali itu sangat berat. Dia tarik sekuat hati sehingga balang besar itu naik ke atas. Dia melihat di dalam balang itu terdapat banyak emas dan permata. Di selitkan juga dengan satu nota yang besar.

Nota itu bertulis " Terima kasih untuk daging ini. Ia sangat sedap!"

Creppy Pasta✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang