Banglo Misteri Tanjung Cempaka
Suasana di blok Hostel Kemboja yang menempatkan pelajar-pelajar perempuan sungguh damai sekali pada petang itu. Ditambah pula dengan cuaca yang sedang-sedang elok dan tenang. Minggu itu merupakan minggu 'study week' yang mana memberi peluang kepada para pelajar untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan akhir semester. Ada juga pelajar-pelajar mengambil kesempatan seminggu itu untuk pulang ke kampung, dan ada juga yang memilih untuk tidak balik bagi mengulang kaji pelajaran bersama-sama dengan rakan sekolej. Dari hujung koridor kelihatan dua orang pelajar perempuan sedang berbual-bual di hadapan pintu bilik. Salah seorang daripadanya sedang memegang sebuah buku.
"Weh Liya, macam mana dengan rancangan selepas exam kita tu, jadi ke tidak?" Anis cuba mengalih ke topik yang lebih menarik
"eh jadi lah, tapi tempat pun kita tak buat keputusan lagi, macam mana?" Liya mengerutkan dahinya
"Ala, kita bincang lagi lah nanti. Ha malam ni kita bincang, kan nak buat 'study group'." Sambung Anis lagi
"Ok jugak tu. Kali ni bincang betul-betul ya, tak nak main-main lagi. Jangan nanti dah habis exam baru nak fikir. Aku, Farah, Zeti, dan kau kena bagi idea yang relevan ke mana tempat kita nak bercuti nanti." Liya tegas menjawab
"Ya la, ok jumpa korang malam ni dekat pondok depan kafe tu ya. Buku Finance ni aku pinjam dulu tau Liya" Anis pergi untuk balik ke bliknya sambil melambaikan tangannya kepada Liya.
Liya, Anis, Zeti dan Farah merupakan rakan sekelas dari semester 1 hingga kini semester 4. Mereka berempat amat akrab, tidak sah jika di kuliah atau di mana-mana ternampak mereka berpisah, pasti akan bersama berempat. Mereka merancang selepas selesai sahaja peperiksaan akhir nanti, mereka akan pergi berjalan-jalan dahulu sebelum pulang ke rumah untuk bercuti panjang. Rancangan utama mereka adalah untuk bercamping, tetapi sehingga ke saat ini belum ada lagi kata putus untuk bercamping di mana. Hari pun beransur senja.
...............................................
Sudah menjadi adat belajar berkumpulan, jika mahu dikira mengikut matematik dan peratus, hanya 40% diperuntukkan untuk belajar manakala 60% lagi digunakan untuk berborak sambil makan kuaci ataupun kacang. Oh ya, malam ini ada sesuatu yang perlu mereka bincangkan sebelum menjelang cuti semester, iaitu ke manakah destinasi percutian mereka nanti.
"Aku rasa kalau nak bercamping tu aku tak setuju sikitlah. Ye lah, bahaya. Kita kan perempuan. Nanti kalau jadi apa-apa macam mana waktu kita tidur dalam khemah tu?" Zeti seakan tidak bersetuju dengan acara utama mereka itu.
"Hm, aku pun rasa macam tu. Ha, tak apa. Apa kata kita bermalam di challet sahaja? lebih selamat dan kondusif bukan?" Anis seakan berbangga dengan idea bernasnya itu.
"Bagus jugak idea tu. Apa kata kita bermalam di challet Tanjung Cempaka? Tak jauh pun dari sini, dua jam sahaja. Dekat situ tempat dia cantik, tenang, dan damai tau. Betul-betul dekat dengan sungai. Kalau kita nak buat bbq pun dah ada disediakan. Aku pernah pergi dulu dengan keluarga aku." Jelas Fara.
"Ok, bagus cantik! So we'll stick to that plan." Liya sebagai pengerusi tidak langsung menutup perbincangan percutian mereka malam itu. Jadi kata putus sudah ada, dalam beberapa hari lagi mereka semua akan bercuti di Tanjung Cempaka. Masing-masing sudah teruja.
Sebelum tidur malam itu tiba-tiba Liya teringat akan nama tempat yang mereka akan pergi nanti. Tanjung Cempaka. Bukankah sungai di tempat itu telah mengorbankan banyak nyawa suatu ketika dahulu? Ramai orang mati kerana lemas di sungai itu. Perkara itu tiba-tiba tercetus di fikiran Liya. Dia menoleh ke arah Zeti yang masih menelaah buku di atas meja belajar. Liya terus menanyakan soalan yang bermain di kepalanya itu kepada Zeti. Zeti tidak tahu akan perihal ramai yang mati lemas di situ, dia menasihati Liya supaya jangan difikirkan sangat kerana mereka ke situ bukan hendak bermandi-manda sangat pun. Hanya untuk melepaskan tekanan sempena habisnya peperiksaan akhir. Menikmati masa bersama sambil menikmati alam semulajadi ujarnya lagi.
KAMU SEDANG MEMBACA
Creppy Pasta✔
TerrorBaca Jangan Tak Baca... Bila Baca Hati Hati.. Jangan takut jangan panik.. Takut ada yang memerhati..