Lampu Jalan

682 19 1
                                    

Lampu Jalan

Saya mempunyai seorang sahabat karib. Namanya Liyana. Kami selalu pergi ke sekolah bersama. Namun sejak kebelakangan ini Liyana tidak datang ke sekolah. Sudah seminggu saya tidak berjumpa dengan dia. Ada khabar angin mengatakan Liyana mengalami masalah kemurungan.

Pada suatu petang, ketika saya berseorangan di rumah, saya terdengar ada orang ketuk pintu rumah saya. Apabila saya membuka pintu, saya melihat Liyana sedang berdiri di depan saya. Dia kelihatan sangat pucat. Matanya memerhati sekeliling rumah saya seperti dia mencari sesuatu.

"Saya perlu bercakap dengan awak." kata Liyana.

Saya jemput Liyana masuk dan tutup pintu. Liyana duduk di kerusi namun dia kelihatan gelisah. Seperti ada sesuatu yang menakutkan dia. Badan dia agak mengigil.

"Liyana awak okay ke?" tanya saya.

"Mak ayah cakap saya gila, orang lain pun cakap saya gila. Walaupun saya rasa saya sudah jadi gila sekarang ni.." kata Liyana.

"Hah awak cakap apa ni?

"Cuba awak tengok kat luar tingkap." pinta Liyana.

"Kenapa?"

"Tolonglah awak cubalah tengok kejab. Ada apa di luar sana tu?"

Saya pun agak hairan dengan permintaan Liyana. Saya buka langsir tingkap dan lihat apa yang ada di luar sana.

"Apa yang awak nampak?" tanya Liyana.

"Saya nampak rumah, nampak kereta... nampak lampu jalan.."

"Hah tepat sekali. Awak ada nampak apa-apa yang ganjil tak?"

"Emm tak ada pun." kata saya.

"Awak nampak tak lampu jalan tu. Dia sepatutnya ada kat situ, tapi tak berapa nak nampak sebab mungkin dia ada di belakang lampu jalan tu. Awak tahu tak kenapa lampu jalan kadang-kadang tak menyala?"

"Hah tak tahu. Awak cakap apa ni? Siapa dia?" tanya saya.

"Hantu Galah." jawab Liyana dengan nada gelisah.

"Hah apa awak merepek ni?"

"Saya pernah dengar khabar angin ni. Saya ingat ia main-main sahaja tapi tidak. Hantu Galah ni wujud. Dia benci lampu jalan. Pada mulanya dia kelihatan seperti manusia biasa, namun bila dia berubah, badan dia menjadi leper dan tinggi. Seperti lampu jalan. Pakaiannya kelabu seperti lampu jalan. Dia akan sembunyi di belakang lampu jalan. Bila malam jika ada lampu jalan tak menyala, maksudnya dia berada di situ.." jawab Liyana.

"Macam mana awak tahu semua tu?" tanya saya.

"Sebab saya nampak dia."

"Bila?"

"Minggu lepas masa saya balik dari kelas malam. Saya ternampak ada seorang lelaki berdiri di tiang lampu. Dia lihat ke atas lampu jalan tu. Ketika itu dia tak perasan saya ada di situ. Tiba-tiba badan dia berubah jadi leper dan tinggi setinggi lampu jalan. Dia cuba membuka mentol lampu jalan itu sehingga ia tidak bernyala."

"Lepas tu?" tanya saya.

"Lepas itu jalan menjadi gelap dan dia perasan saya ada disitu. Saya bertentang mata dengannya. Matanya sangat merah. Saya terus berlari balik ke rumah tanpa lihat belakang. Selepas itu saya tak berani keluar rumah. Namun saya sedar yang dia hanya keluar di waktu malam. Jadi saya rasa selamat jika keluar waktu siang."

"Biar betul awak ni Liyana."

"Awak tak percaya saya ke?"

"Em.. susah jugalah nak percaya."

"Tak apa saya tahu yang awak pun tak akan percaya. Saya datang sini cuma nak ingatkan awak sahaja. Awak kan kawan baik saya." kata Liyana.

Saya masih sukar untuk percaya apa yang Liyana katakan. Liyana pulang selepas itu. Ketika dia pulang, dia kelihatan gelisah dan melihat kiri kanan seperti mencari sesuatu. Saya agak sedih melihat Liyana seperti hilang akal.

Namun keesokan hari saya dapat satu berita sedih. Polis memberitahu saya yang mereka terjumpa mayat Liyana di tepi semak. Keadaan mayat Liyana sangat menakutkan. Badannya kelihatan leper seperti di himpit sesuatu yang berat. Polis pada mulanya tidak mengenali itu adalah mayat Liyana kerana keadaanya sukar untuk dikenalpasti. Ibu Liyana datang untuk membuat kepastian. Ibunya hampir pengsan melihat mayat anaknya seperti sekeping daging yang leper.

Sejak dari kejadian itu saya sukar untuk tidur. Saya masih tidak percaya apa yang terjadi pada Liyana. Sukar untuk saya katakan kejadian itu berkait rapat dengan Hantu Galah seperti Liyana katakan. Namun pada suatu malam, fikiran saya mula berubah. Ketika saya melalui jalan dimana mayat Liyana di jumpai, saya perasan ada suatu perkara yang berbeza dari sebelum ini.

Saya ingat kembali yang Liyana kata Hantu Galah itu tidak suka akan cahaya lampu jalan. Namun apa yang saya lihat di jalan ini terdapat banyak lampu jalan. Dan ianya tidak bernyala....

(Kisah ini adalah kisah The Thin Man. Ia adalah kisah seram daripada barat. The Thin Man ini juga berkait rapat dengan Slenderman.
Apabila The Thin Man ditukar ke bahasa Melayu, ia akan jadi Lelaki Leper/Tipis. Jadi tak berapa sedap di dengar. Maka saya ubah nama dia menjadi Hantu Galah kerana fizikalnya yang tinggi dan dekat dengan budaya Malaysia. :p )

Creppy Pasta✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang