#kisahseram Surat Cinta
Ketika saya berumur 13 tahun, keluarga saya berpindah dari kampung ke bandar dan saya memulakan alam persekolahan di sekolah baru. Saya seorang gadis yang pemalu dan tidak ramai kawan. Saya mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri di sekolah baru itu. Pelajar perempuan di sini nampak lebih matang dari saya dan kebanyakkannya sudah mempunyai teman lelaki.
Walaupun saya mempunyai rupa paras yang comel, sifat pemalu saya membuatkan ramai pelajar lelaki tidak mahu bergaul dengan saya. Keadaan ini membuatkan saya berasa sunyi di sekolah.
Namun pada suatu hari, saya menjumpai satu sampul surat berwarna biru yang ditampal dengan pelekat hati. Sampul surat itu dijumpai di dalam laci meja saya. Di dalamnya terdapat sekeping kertas yang bertulis,
“Saya rasa awak sangat cantik.”
Hati saya sangat teruja apabila membaca kertas itu. Ianya sangat ‘sweet.’ Saya tertanya-tanya siapakah pengirim surat tersebut? Saya menyimpan kertas itu di dalam buku diari saya dan mula berangan siapakah ‘secret admirer’ saya itu.
Adakah Hafiz pelajar kelas 1 Zuhrah yang comel itu?
Ataupun Shahril yang sama kelas dengan saya waktu subjek sains?
Kalau bukan mereka pun mesti si Faris yang selalu pinjam buku latihan saya.Memikirkan perkara ini membuatkan saya rasa teruja seperti gadis yang mengharapkan satu percintaan yang kekal abadi. Kertas itu saya simpan baik-baik dan apabila saya berasa kesunyian, saya akan lihat balik kertas itu. Ianya membuatkan saya senyum seorang diri.
Beberapa hari kemudian, terdapat satu sampul surat lagi yang diletakkan di dalam laci meja saya. Ianya sampul surat berwarna unggu dan ditampal dengan pelekat hati. Saya sangat teruja apabila menerima sampul itu lagi lalu membukanya. Terdapat satu kertas yang bertulis,
“Awak sangat menawan.”
Kertas itu membuatkan sepanjang hari saya penuh dengan kegembiraan. Saya simpan kertas itu ditempat yang sama. Akhirnya ada juga orang yang menyukai saya dan ia membuatkan diri saya begitu istimewa. Cuma siapakah ‘secret admirer’ itu? Saya langsung tidak dapat agak siapakah dia. Saya berharap satu hari nanti dia akan munculkan diri.
Seminggu selepas itu saya menerima satu sampul surat lagi yang ditampal dengan pelekat hati yang sama. Di dalamnya terdapat satu kertas yang bertulis,
“Saya memikirkan awak sepanjang masa.”
Kejadian ini terus membuatkan saya hilang fokus dalam pelajaran. Sehingga pada satu petang ketika di dalam kelas Sejarah, saya duduk termenung memikirkan siapakah pengirim surat ini dan akhirnya ditegur oleh guru lelaki saya yang mengajar subjek Sejarah itu. Rakan kelas saya ketawa apabila guru itu menggejek saya sedang di lamun cinta.
Namun keadaan mula berubah apabila saya menerima surat itu lagi dan isi kandungannya mula merisaukan saya.
“Saya mahu merasa kamu.”
“Saya sentiasa memerhatikan kamu.”Itu adalah isi kandungan surat yang telah saya terima dan ianya sangat menakutkan. Saya tidak pernah beritahu sesiapa yang saya menerima surat dari ‘secret admirer’ ini. Saya merasakan diri saya telah diperhatikan oleh ‘dia’ dan saya tidak tahu hendak buat apa. Tiada siapa yang boleh jadi tempat saya mengadu.
Kemudian saya mula perasan banyak pelekat hati yang di tampal di tempat yang saya selalu kunjungi di dalam sekolah. Ketika saya berada di tandas, saya lihat pelekat hati itu ditampal di cermin tandas. Ianya sama seperti yang ditampal di sampul surat itu.
Keadaan menjadi lebih menakutkan apabila satu sampul surat yang sama sampai di rumah saya. Ini bermaksud ‘secret admirer’ ini tahu dimana saya tinggal. Apabila saya membuka sampul itu, saya melihat ada sekeping gambar yang membuatkan jantung saya berdegup laju.
Ianya sekeping gambar yang menunjukkan badan seorang lelaki berumur sedang bogel sambil memegang sebilah pisau. Di belakang gambar itu ditulis,
“Saya rasa darah awak mesti manis semanis wajah awak.”
Saya terus menjerit ketakutan. Namun saya terperasan sesuatu di sebalik gambar itu. Lelaki itu mengambil gambar refleksi dirinya di hadapan cermin. Apabila saya meneliti refleksi cermin itu, saya dapat lihat terdapat satu bingkai gambar yang tergantung di dindingnya. Lelaki ini secara tidak sengaja telah mendedahkan identitinya.
Dan apa yang paling menakutkan ialah saya mengenali wajah di dalam bingkai gambar itu.
Ia adalah wajah guru lelaki kelas Sejarah saya.
#seram #penselstudio
KAMU SEDANG MEMBACA
Creppy Pasta✔
HorrorBaca Jangan Tak Baca... Bila Baca Hati Hati.. Jangan takut jangan panik.. Takut ada yang memerhati..