#urbanlegend Aisha
Aisha adalah seorang gadis kampung yang sangat pemalu, dia pindah ke ibukota Kuala Lumpur sekitar tahun 1984. Aisha mengalami sejenis penyakit yang jarang berlaku, dimana penyakitnya itu menyebabkan matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang. Oleh sebab itu Aisha selalu memakai cermin mata yang gelap.
Dalam kehidupannya, Aisha selalu menyendiri dan tidak suka apabila ada seseorang mengambil gambarnya kerana Aisha sangat sensitif terhadap ''flash'' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang terang itu akan menyebabkan Aisha mengalami sakit kepala yang sangat parah.
Aisha pernah mengalami suatu peristiwa buruk ketika dia menghadiri sebuah majlis tahunan di tempat kerja Aisha, saat itu jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar para peserta secara tidak sengaja telah mengambil gambar Aisha. Aisha telah terdedah dengan lampu flash itu dan kemudian secara tiba-tiba Aisha mengalami sakit kepala yang teramat dahsyat sehingga mulutnya berbuih menahan kesakitan.
Dia meronta-ronta di atas lantai sehingga pihak ambulan membawanya ke hospital. Selama tiga hari Aisha dirawat di wad dengan cahaya lampu yang redup. Jurugambar yang tidak sengaja mengambil gambar Aisha itu telah meminta maaf kepadanya.
Sejak peristiwa buruk itu berlaku, Aisha telah berhenti bekerja. Doktor telah memberikan beberapa jenis ubat dan Aisha diberikan waktu untuk beristirehat dalam jangka waktu yang lama supaya keadaanya kembali pulih.
Di rumahnya, Aisha hanya duduk dan keluar pada waktu malam untuk membeli makanan. Jiran-jiran Aisha sangat bersimpati dengan keadaan Aisha dan mengizinkannya untuk tinggal sementara di rumah itu tanpa perlu membayar sewa sehingga keadaan Aisha benar-benar pulih untuk dia pulang ke kampung halamannya.
Setelah sebulan berlalu, keadaan Aisha telah pulih dan sihat seperti sedia kala. Dia sudah bersedia untuk pulang ke kampung halamannya. Pada malam itu, setelah Aisha mengucapkan selamat tinggal kepada jiran-jirannya, dia terus berjalan menuju ke stesen bas. Dalam perjalanannya itu, Aisha ditimpa nasib yang malang dimana dia telah diculik oleh empat pemuda yang tidak dikenali.
Aisha dibawa oleh mereka menuju ke sebuah rumah kosong dan kemudian kedua kaki dan tangan Aisha telah diikat. Aisha meronta-ronta untuk melepaskan diri sehingga menangis meminta pertolongan namun tiada siapa yang dapat dengar kerana kawasan rumah itu agak terpencil.
Kemudian penculik itu menanggalkan pakaian Aisha satu persatu dan mereka merogol Aisha secara bergilir. Di saat Aisha diperkosakan oleh manusia durjana itu, salah seorang daripada penculik itu mengeluarkan sebuah kamera untuk mengambil gambar perbuatan keji tersebut.
Aisha meminta tolong pada penculik itu supaya tidak mengambil gambarnya dan dia menjelaskan tentang keadaan penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penculik itu tidak menghiraukan permintaan Aisha dan mereka tetap mahu mengambil gambar Aisha. Lampu flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aisha datang kembali. Cahaya flash itu membuatkan kepala Aisha sangat sakit dan Aisha meronta-ronta menjerit kesakitan.
Penculik itu tidak menghiraukan Aisha dan terus mengambil gambarnya berkali-kali. Setiap kali cahaya flash terkena matanya, Aisha merasakan kepalanya sakit yang teramat sangat dan kemudian darah mula mengalir melalui hidung Aisha.
Setelah melihat keadaan Aisha menjadi semakin buruk, penculik itu membawa Aisha ke sebuah jambatan dan mereka mencampakkan Aisha ke dalam sungai tersebut. Sebelum Aisha dicampakkan oleh penculik itu, dia sempat mengeluarkan kata-katanya yang terakhir kepada penculik itu:
"Siapapun yang melihat gambar diriku yang telah diambil oleh manusia durjana ini, aku akan membuat mereka menderita sama dengan penderitaan yang telah aku alami saat ini. Aku bersumpah! Jika aku telah mati sekalipun, celakalah mereka yang melihat gambarku!".
Keesokan harinya, keempat-empat penculik itu pergi mencetak gambar Aisha yang telah diambil. Mereka merasuah pekerja pencetak gambar tersebut supaya menyimpan rahsia tentang gambar itu. Setelah gambar sudah siap dicetak, mereka pulang dengan menaiki kereta.
Ketika dalam perjalanan, mereka bergembira melihat gambar bogel Aisha itu namun secara tiba-tiba kereta mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok. Pemandu kereta itu mati serta merta apabila kepalanya ditusuk oleh dahan pokok yang tajam akibat pelanggaran itu melalui cermin depan. Penculik kedua meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Penculik ketiga hanya mengalami beberapa kecederaan yang ringan. Setelah dirawat, dia telah dibenarkan pulang oleh pihak hospital. Dalam perjalanan, dia tersandung dan terjatuh ke dalam sebuah lubang pembentungan sehingga menyebabkan kakinya patah. Dia tidak dapat memanjat kembali ke atas dan hujan turun pada malam itu. Air di dalam pembetung itu mula naik dan mengakibatkan dia mati lemas.
Penculik keempat pula tidak mengalami kecederaan dan telah dihantar pulang dengan segera. Pada malam itu, ketika dia sedang tidur, dia termimpikan Aisha yang datang menyerangnya dengan memukul kepalanya dengan kayu. Apabila penculik itu terjaga dari mimpinya, kepalanya mula berasa sakit. Kesakitan ini menjadi lebih parah sehingga dia tidak mampu untuk menahannya. Ketika itu dia mula hilang kewarasan dan mula menikam kepalanya dengan garpu.
Penculik itu kesal dengan apa yang telah dilakukannya dan merasakan dia telah disumpah oleh Aisha. Dia pergi menyerah diri ke balai polis dan memberitahu mereka setiap jenayah yang dilakukan terhadap Aisha. Kesemua gambar Aisha telah dirampas oleh pihak polis dan penculik itu telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.
Ketika di dalam lokap, dia tidak dapat menahan kesakitan di kepalanya sehingga dia menghentak kepalanya berkali-kali ke dinding lokap. Darahnya terpecik di merata-rata tempat. Akhirnya lelaki itu meninggal dunia di dalam lokap tersebut.
Dua hari kemudian, mayat Aisha ditemui terapung di sungai yang sama. Mereka mengenal pasti badan dengan cap jari beliau. Aisha telah dibawa ke hospital dan bedah siasat telah dilakukan.
Doktor terpaksa mengambil beberapa gambar bedah siasat. Apabila lampu flash dari kamera itu terpadam, beliau terkejut apabila melihat mata Aisha yang terbuka sebelum ini tiba-tiba tertutup. Tidak lama selepas itu, doktor itu ditemui mati akibat dos berlebihan ubat penahan sakit.
Sesiapa yang melihat gambar-gambar bedah siasat itu dikatakan akan mengalami mimpi ngeri dan sakit kepala. Tidak lama kemudian, mereka ditemui mati dalam keadaan misteri.
Pihak polis cuba untuk memusnahkan semua gambar berkenaan Aisha dan menutup kes ini dari tatapan umum namun khabar angin tentang sumpahan Aisha mula menular ke seluruh Malaysia waktu itu.
Sebahagian daripada gambar bedah siasat Aisha telah dimuat naik di internet. Dikatakan bahawa sesiapa yang melihat gambar tersebut, mereka akan dihantui oleh Aisha dalam mimpi mereka. Dan apabila mereka bangun dari tidur, mereka akan mengalami sakit kepala yang kronik.
Untuk mengelak dari terkena sumpahan itu, anda tidak digalakkan untuk mencari gambar tersebut di internet. Namun jika anda tidak sengaja terjumpa gambar tersebut, jangan terus melihat matanya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Creppy Pasta✔
HorrorBaca Jangan Tak Baca... Bila Baca Hati Hati.. Jangan takut jangan panik.. Takut ada yang memerhati..
