Midnight Game
Midnight Game (Permainan Lewat Malam) adalah ritual yang digunakan pada zaman purba untuk menghukum sesiapa yang melanggar undang-undang atau tradisi agama. Kini ritual ini menjadi popular di kalangan kanak-kanak dan remaja dimana mereka cuba memanggil Midnight Man untuk menguji keberanian mereka.
AMARAN: Jangan melakukan ritual Midnight Game. Ia sangat berbahaya. Kematian mungkin berlaku kepada sesiapa melakukan ritual ini.
Kami mengalakkan anda TIDAK bermain Midnight Game. Anggap ia sebagai satu informasi untuk anda. Jika anda memilih untuk bermain juga, risiko adalah di tangan anda.PENYEDIAAN
Untuk bermain Midnight Game, anda perlukan
- Lilin besar
- Sekeping kertas
- Pen atau pensil
- Sekotak mancis atau lighter
- Bekas yang mengandungi garam
- Jarum atau pin
- Pintu masuk rumah anda mesti diperbuat dari kayuCara-cara ritual Midnight Game
Langkah 1
Tuliskan nama penuh anda di kertas.Langkah 2
Cucuk jari anda dengan jarum dan titikkan darah itu di kertas yang mengandungi nama anda.Langkah 3
Tutup semua lampu di rumah dan berdiri di depan pintu masuk rumah anda. Pintu itu mestilah kayu.Langkah 4
Letakkan kertas tadi di depan pintu rumah. Nyalakan api lilin dan letakkan ia di atas kertas itu.Langkah 5
Sebelum masuk jam 12.01 AM, anda haruslah ketuk pintu depan rumah anda sebanyak 22 kali.Langkah 6
Buka pintu depan rumah anda dan padamkan lilin.Langkah 7
Tutup pintu semula dan nyalakan api lilin secepat mungkin.Selesai sahaja langkah 7, anda telah menjemput Midnight Man ke rumah anda. Permainan telah BERMULA.
Anda harus berjalan-jalan dalam rumah anda sambil membawa lilin kerana anda berada dalam gelap. Matlamat anda ialah untuk mengelak dari Midnight Man sehingga jam 3.33 AM. Jika lilin anda terpadam, ia bermaksud Midnight Man sudah berdekatan dengan anda. Anda haruslah nyalakan api lilin dalam masa 10 saat, jika tidak Midnight Man akan tangkap anda. Lilin itu adalah pelindung anda.
Jika anda berjaya nyalakan lilin dalam masa 10 saat, anda boleh teruskan berjalan dalam rumah anda.
Jika anda tak dapat nyalakan lilin secepat mungkin, anda harus membuat satu bulatan mengunakan garam dan duduk di dalam bulatan itu sehingga jam 3.33 AM. Garam itu adalah pelindung anda yang terakhir. Jangan keluar dari bulatan itu.Jika anda berjaya bertahan sehingga jam 3.33 AM tanpa berada di dalam bulatan garam, anda telah menang permainan Midnight Game.
Midnight Man akan beredar selepas jam 3.33 AM dan jika anda masih hidup ketika itu, anda sudah selamat.Jika anda hanya berada di satu kawasan ketika permainan, Midnight Man akan senang menangkap anda. Jadi anda haruslah berjalan-jalan di dalam rumah itu.
Tanda-tanda Midnight Man berdekatan dengan anda ialah:
- Api lilin anda terpadam
- Anda akan rasa suhu menjadi terlalu sejuk
- Anda akan terdengar suara bisikan
- Anda akan nampak lembaga dalam gelap.Peraturan Midnight Game
- JANGAN buka lampu ketika permainan
- JANGAN guna flashlight ketika permainan
- JANGAN tertidur ketika permainan
- JANGAN guna darah orang lain di kertas nama anda
- JANGAN guna lighter sebagai lilin. Ia tidak berkesan
- JANGAN permain atau mempersendakan Midnight Man.
- Permainan ini hanya berkesan pada jam 12.01 AMNasihat
Jangan bermain permainan ini. Memanggil semangat atau hantu ke rumah anda adalah sangat merbahaya. Anda mungkin akan dirasuk. Berjalan dalam gelap juga sangat bahaya. Lilin boleh menjadi punca kebakaran.Midnight Game ini sangat popular sehingga ia dijadikan filem dan komputer game. Anda juga boleh search Midnight Game di youtube dan lihat video amatur mereka melakukan permainan ini.
KAMU SEDANG MEMBACA
Creppy Pasta✔
HorrorBaca Jangan Tak Baca... Bila Baca Hati Hati.. Jangan takut jangan panik.. Takut ada yang memerhati..