Tersalah Kawan

301 9 0
                                    

Tersalah Kawan

"Ok, kau jangan tak datang Lulu, aku ada movie baik punya nak tunjuk kat kau ni. Nanti kita tengok sama-sama eh. Lama gila tak jumpa kau weh. Datang tau!"

Lili berasa teruja mahu menerima kedatangan rakan baiknya ketika sama-sama belajar di universiti dahulu, Lulu. Sejak tamat pengajian, mereka dah jarang sangat bertemu. Lagipun masing-masing berjauhan tempat bekerja. Lili kerja di Subang, manakala Lulu pula bekerja di Melaka. Jadi oleh kerana minggu ini mempunyai cuti umum yang panjang, mereka bersepakat untuk bertemu. Lulu yang menghubungi Lili dahulu siang tadi, dan dia bercadang mahu bermalam di rumah Lili malam ini.

Rumah bujangnya dikemas elok, mana-mana barang yang berselerak berterabur di susun teratur. Lili sudah tidak sabar menunggu kedatangan Lulu . Lili juga sudah menelefon Domino's Pizza sebagai jamuan ringan untuk dia dan Lulu malam ini. Pastinya mereka akan berborak panjang dan bergembira kerana kedua-duanya sudah lama tak berjumpa. Di universiti mereka amat akrab sekali. Pelbagai kisah dan luahan hati selalu di kongsi, tiada satu pun tertinggal. Jika mahu ke mana-mana pasti Lili akan mengajak Lulu, dan jika Lulu mahu meminta apa-apa pendapat serta pandangan pula, dia pasti akan mencari Lili. Begitulah penangan dua sahabat karib, Lili dan Lulu .

Lili masuk ke bilik sebentar untuk mengambil telefon bimbitnya yang sedang di cas. Dia melihat skrin, masih tiada lagi pesanan teks ataupun panggilan telefon daripada Lulu . Aneh. Lulu beritahu tadi dia sudah dalam perjalanan dan lagi 25 minit mahu sampai. Ini sudah satu jam. Lili terus keluar dan duduk di sofa ruang tamu. Mungkin jalan sibuk agaknya. Iyalah, cuti umum kan. Kata Lili bagi menyedapkan hati. Satu-persatu saluran tv ditukar. Lili cuba menghubungi Lulu namun tidak berjawab. Dia mulai risau. Mana pulak Lulu ni?

Sepuluh minit selepas itu, pintu rumahnya berbunyi seperti diketuk seseorang. Dari pintu cermin terlihat bayang-bayang hitam. Mungkin ini Lulu. Bisik Lili. Tombol pintu dipusing, pintu rumah dibuka perlahan. Lili menjenguk keluar.

"Lahh, kau Lulu kenapa aku call tak jawab?" Lili berasa hairan melihat Lulu tercegat di muka pintu rumah. Lulu seperti kelihatan tak terurus dengan rambut panjangnya selekeh dibiar lepas.

"Weh, kau okay ke tak ni, semacam je aku tengok kau." Lili pandang lulu atas bawah. Lulu nampak lain seperti Lulu yang dia pernah kenal.

"Aku okay, jangan risau. Mungkin sebab dah lama kau tak nampak aku kot. Tu yang kau hairan semacam." Balas lulu .

"Mungkin jugak. Dekat setahun lebih tak jumpa kau kan. eh, jom lah masuk dalam. Makan, lepastu kita borak-borak." Lili menarik tangan lulu. Dia merasakan tangan Lulu agak sejuk sedikit malam itu.

Mereka berdua duduk makan dan berbual di ruang tamu. Lulu nampak agak kelaparan malam itu. Dia makan dengan kelam-kabut. Lili hanya tersenyum memandang telatah rakan baiknya. Sambil makan Lili cuba berborak dengan Lulu, sepatah yang Lili tanya, sepatah yang Lulu jawab. Lili jadi tertekan dengan sikap Lulu. Lulu yang dia kenal bukan begitu, Lulu yang dia kenal agak peramah dan terkenal dengan sifat gila-gilanya. Malam itu Lulu tidak natural. Tak apa, Lili beri peluang Lulu menghabiskan makannya dahulu.

Lili bangun sebentar untuk menutup pintu hadapan. Dia jenguk sedikit ke luar, tak nampak langsung kereta Lulu. Sewaktu dia datang tadi pun dengan tiba-tiba sahaja dia muncul di depan pintu. Bunyi kereta lulu pun tak kedengaran.

"Lulu, kau datang sini naik apa tadi. Mana kereta kau?" Kata Lili sambil menutup pintu

"Naik keretalah. Aku parking dekat depan tu." jawab Lulu.

Lili semakin hairan. Setahu dia kereta milik Lulu adalah Myvi kuning, dia cuba menjenguk lagi melalui tingkap namun tak nampak pula kereta Myvi kuning di depan rumahnya. Lili kembali semula kepada lulu yang sedang duduk tegak di sofa sambil menonton tv. Dia duduk di sebelah Lulu. Otak Lili laju memikirkan tentang sikap rakan baiknya yang serba aneh. Sesekali dia menjeling lulu , Lulu terus asyik menatap skrin televisyen. Situasi tersebut berlalu 5 minit tanpa sebarang perbualan. Lili akhirnya mengalah.

Creppy Pasta✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang