Kompilasi Kisah Seram Pendek

416 9 0
                                    

Kompilasi Kisah Seram Pendek

1. PEREMPUAN TUA DI TEPI TINGKAP

Ain baru dua hari menyewa di rumah flat berdekatan dengan kolejnya. Dia menyewa bersama 4 orang lagi rakan. Rumah yang Ain sewa berada di tingkat 5. Menghadap hadapan biliknya adalah sebuah lagi bangunan flat dengan jarak yang tidak berapa jauh. Ain mempunyai tabiat tersendiri. Setiap malam lebih kurang dalam pukul 12 ke atas Ain akan belajar berseorangan di dalam biliknya. Bagi Ain waktu-waktu sebegitu adalah sesuai baginya untuk mengulang kaji pelajaran. Suasananya lebih aman dan sunyi tanpa gangguan. Kawan-kawan serumahnya pula memilih untuk tidur ketika Ain mengulangkaji pelajaran.

Pada suatu malam, Ain seperti biasa akan belajar di dalam biliknya seorang diri. Dia selalunya akan memperuntukkan waktu selama 4 jam untuk mengulangkaji pelajaran. Ain menyelak satu persatu nota-nota rujukan subjek Marketing Communication di atas mejanya. Sambil membaca nota dia memasang perlahan seleksi lagu-lagu kegemarannya di komputer riba. Namun mata Ain telah menunjukkan isyarat mengantuk, walhal baru satu jam dia duduk belajar. Demi menghilangkan rasa mengantuk yang hebat, Ain bangun meninggalkan meja lalu menuju ke dapur.

Nescafe 3 in 1 di bancuh suam. Sewaktu berada di sinki untuk membasuh sudu, Ain terpandang sesuatu dari tingkap dapurnya. Ain cuba mengamati betul-betul untuk memastikan apa yang matanya lihat. Rasanya apa yang dia lihat ialah seperti seorang perempuan tua. Perempuan itu sedang duduk di atas kerusi di tepi tingkap. Dia memakai baju berwarna merah tua bersama kain batik. Lagaknya seperti sedang termenung memandang ke luar dari cermin tingkap. Ain buat tak tahu. Mungkin dia cuma mahu mengambil angin dan menenangkan diri. Ain kembali ke meja belajar sambil membawa air Nescafe nya sekali. Dia menyambung mengulangkaji pelajaran.

Jam sudah melepasi angka 3 pagi. Ain menghabiskan topik akhir sebelum mengemas buku-bukunya. Cawan yang berisi Nescafe tadi diangkat menuju ke dapur. Suasana di kawasan flat tersebut sudah semakin sunyi. Jika ada pun bunyi anjing-anjing liar di tempat pembuangan sampah di lorong belakang. Ain meletakkan cawan di sinki untuk dibasuh. Tetapi ada sesuatu yang membuatkan Ain membasuh dalam keadaan tangan terketar-ketar. Ain terpandang ke luar dapur. Perempuan tua yang Ain lihat 2 jam sebelum tadi masih sedang duduk termenung di tepi tingkap. Kini matanya seperti memandang ke arah Ain. Kelam kabut Ain meletakkan cawan dan terus masuk ke bilik tidur.

Esoknya kejadian yang sama turut terjadi lagi sewaktu Ain hendak membasuh baju. Dari celah-celah tingkap yang di buka separuh, Ain terpandang akan perempuan tua yang sama di blok bangunan hadapan. Aneh. Perempuan tua tersebut masih duduk di tepi tingkap dengan memakai baju yang sama seperti malam tadi. Posisinya juga tidak berubah. Dia termenung memandang ke luar tingkap. Ain jadi gelisah. Dalam masa yang sama Ain takut. Fikirnya mungkin perempuan tua ini mempunyai masalah gangguan mental.
Malam itu tidur Ain terganggu apabila terdengar bunyi riuh di tingkat bawah. Lampu berwarna merah dan biru memantul di sana-sini. Ain dan kawan-kawan serumahnya menjenguk ke bawah. Kelihatan 2 kereta peronda dan sebiji van ambulan di letakkan berdekatan. Ain seperti sudah dapat mengagak. Dia cepat-cepat menyarung sweaternya lalu turun ke bawah. Sampai sahaja di bawah, kelihatan perempuan tua yang dilihatnya dua malam semalam sedang diusung ke dalam van ambulan. Polis menyimpulkan kes itu adalah kes bunuh. Perempuan tua tersebut telah diberi minum racun oleh perompak. Mayatnya kemudian didudukkan di atas kerusi di tepi tingkap yang terbuka bagi mengelakkan bau busuk merebak ke rumah jiran. Perempuan tua yang Ain anggap masih hidup rupanya telah lama mati.

2. TOLONG JAGA MAYAT NI

Kejadian berlaku pada suatu hari apabila sekumpulan rakan yang sedang bercamping di dalam hutan terjumpa dua mayat di tebing sungai. Disyaki mati lemas dan kelihatan seperti sudah terbiar lebih kurang dalam 3 hari. Tubuhnya sudah membiru manakala wajahnya berkedut kerana sudah terendam begitu lama di dalam air. 4 orang rakan ini menarik mayat-mayat yang dijumpai tersebut ke atas bagi memudahkan pihak tertentu untuk menuntut.

Creppy Pasta✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang