Bola Sepak
Jam menunjukkan pukul 8.00pm. Namjoon sedang bersiap-siap untuk pulang selepas selesai sahaja membersihkan kawasan sekolah. Sudah menjadi rutin dia akan mengunci pagar pintu masuk di sekolah menengah itu. Sedang Namjoo berjalan di Block B bersebelahan padang sekolah, dia terlihat ada sekumpulan remaja sedang bermain bola di padang itu. Oleh kerana lampu ditutup, Namjoo tidak dapat melihat dengan jelas wajah mereka.
"Hei korang semua buat apa di padang tu? Sekolah dah tutup. Cepat balik rumah." jerit Namjoo
Mereka tidak menghiraukan teguran Namjoo dan terus menyepak bola.
"Jangan korang buat-buat tak dengar! Cepat balik aku nak tutup pagar ni!" jerit namjoo dengan nada tinggi.
Tiba-tiba salah seorang dari kumpulan remaja itu berpaling dan menyepak bola itu ke arah namjoo. Dia menyepak dengan begitu tinggi sekali. Bola itu jatuh ke lantai tak berapa jauh dari tempat namjoo berdiri.
namjoo hairan apabila bola itu jatuh, ia tidak melantun semula. Dan bunyi bola itu jatuh agak pelik seperti ada bunyi air merencik. Oleh kerana lampu sudah ditutup, namjoo tidak nampak dengan jelas bola itu. Namjoo mengeluarkan lampu suluhnya dan berjalan ke arah bola itu.
Alangkah terkejutnya apabila namjoon sampai ke tempat bola itu jatuh, dia melihat di lantai itu penuh dengan darah. Dia menyuluh ke arah bola itu dan apa yang dilihat bukanlah bola namun kepala. Kepala itu dikerat dari badannya. Wajah kepala itu sangat dikenali oleh Namjoo dan seluruh warga sekolah itu.
Kepala itu milik guru disiplin sekolah itu yang terkenal dengan sifat garangnya dan sering melakukan hukuman berat terhadap pelajar-pelajar yang bermasalah. Apabila namjoo menoleh ke arah padang, sekumpulan pelajar itu telah hilang dari pandangannya.
*
*
*
namjoon bts RAP MONSTERVote ✔
Comment ✔
ThanksMickookie
![](https://img.wattpad.com/cover/68684902-288-k976891.jpg)
KAMU SEDANG MEMBACA
Creppy Pasta✔
HorrorBaca Jangan Tak Baca... Bila Baca Hati Hati.. Jangan takut jangan panik.. Takut ada yang memerhati..