Pantulan Cahaya

251 8 0
                                        

Pantulan Cahaya

Naeun terjaga apabila terdengar bunyi petir yang sangat kuat. Hujan di luar biliknya sangat lebat. Dia melihat jam sudah menunjukan pukul 3 pagi. Dalam keadaan mamai, dia cuba untuk tidur kembali di atas katilnya. Bunyi hujan yang agak kuat menyukarkan dia untuk tidur kembali.

Bang!

Bunyi petir yang sangat kuat. Nayeon terkejut dari katil. Bunyinya seakan bunyi letupan bom atom yang meletup di bawah rumahnya. Naeun terkumat kamit membaca doa. Sedang dia terbaring, kilat memancar sekali lagi dan biliknya terang seketika.

Ahhh!

Naeun menjerit. Ketika kilat memancar, dia ternampak satu wajah yang terpantul di cermin muka yang tergantung di dinding biliknya. Wajah itu sungguh menakutkan. Matanya gelap dan mulutnya ternganga. Seperti mayat.

Naeun  terus menyelubungi badannya dengan selimut. Dia begitu takut dan tak berani melihat cermin itu. Fikirannya asyik terbayang wajah yang menakutkan itu. Kerana ketakutan, dia terus tertidur kepenatan.

Keesokan paginya, Naeun keluarkan cermin muka itu dan simpankan ia di dalam bilik stor. Pada malam itu dia tidur dengan lampu terpasang. Wajah mayat itu masih tergiang-giang di fikirannya.

Hari demi hari dia terbayang wajah itu. Dia masih tidak berani mengeluarkan cermin itu dari bilik stor.

Lama kelamaan dia sudah mula melupakan wajah itu. Sehingga pada satu pagi, dia bangun dari tidur dan pergi ke bilik air untuk mandi. Dia gemar mandi air panas. Ketika dia sedang mengeringkan badannya dengan tuala, dia melihat ada sesuatu yang aneh di cermin bilik airnya. Wap air yang datang dari air panas itu menghasilkan satu ayat yang ditulis di cermin itu.

Ayat itu ditulis "Letakkan balik cermin itu. Kami rindu untuk melihat kamu tidur setiap malam."

*
*
*

Vote ✔
Comment ✔
Thanks

Mickookie

Creppy Pasta✔Cerita yang bikin terobses. Temukan sekarang