Sleep Paralysis.
Hi semua. Hari ini kami tidak berkongsi kisah seram. Namun kami ingin berkongsi kepada anda tentang satu gejala yang agak menakutkan iaitu Sleep Paralysis (lumpuh ketika tidur).
Sleep Paralysis ini adalah satu gejala di mana seseorang itu sama ada dia tidur atau terjaga, mengalami ketidakupayaan untuk bergerak, bercakap, atau bertindak balas. Gejala ini juga berlaku apabila otak kita terjaga namun badan kita masih dalam keadaan 'tidur'. Gejala ini lebih dikenali sebagai 'di himpit' ketika tidur oleh masyarakat Melayu.
Sleep Paralysis ini boleh berlaku kepada sesiapa pun. Ada yang mengatakan ia berlaku apabila kita tidur dalam keadaan kepenatan. Ada juga mengatakan ia terjadi kerana tempat tidur kita tidak bersih. Namun gejala ini adalah normal dan tidak bahaya.
Apa yang menjadikan Sleep Paralysis ini menakutkan ialah kadang-kadang seseorang itu dapat melihat satu ilusi yang aneh dan seram.
Baru-baru ni salah sorang daripada admin Pensel Studio pernah mengalami Sleep Paralysis. Kejadian berlaku di waktu malam. Semasa dia mengalami sleep paralysis, dia terjaga dan badannya tidak boleh bergerak. Apa yang menakutkan dia ialah ketika matanya terbuka, dia melihat di atas siling biliknya ada satu lembaga wanita berambut panjang dan berpakaian putih sedang berterbangan di atasnya. Dia cuba menjerit namun mulutnya seakan terkunci.
Kemudian lembaga wanita itu turun dan menghimpit dia. Lembaga itu membisik sesuatu di telinga dan dia dapat merasai ada nafas yang keluar dari lembaga itu. Ketika itu hanya tuhan sahaja yang tahu betapa seramnya bila dapat merasai 'kehadiran' lembaga yang seperti pontianak itu. Dan ketika itu bermacam ayat-ayat suci Al-Quran di baca dalam hati dengan harapan lembaga itu hilang dari pandangan.
Selepas itu badan dia mula boleh bergerak perlahan-lahan. Peluh mula keluar membasahi baju. Lembaga itu sudah tiada dan badan dia agak letih apabila berusaha untuk bergerak.
....................................................................
Salah satu cara untuk kita mengatasi Sleep Paralysis ini ialah apabila kita mengalaminya, jangan cuba untuk berlawan. Kita perlu tenang dan fokus dengan nafas kita. Lama kelamaan ia akan hilang dan apabila anda boleh bergerak, anda tidak akan menjadi letih.
Jadi adakah anda pernah mengalami Sleep Paralysis? Apakah ilusi yang anda nampak? Apa yang anda lakukan ketika itu?
Sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen untuk kita jadikan ia sebagai panduan di masa akan datang.
Jangan lupa share post ini supaya ramai dapat berkongsi pendapat.
Tidur jangan lupa baca doa ye
KAMU SEDANG MEMBACA
Creppy Pasta✔
HorrorBaca Jangan Tak Baca... Bila Baca Hati Hati.. Jangan takut jangan panik.. Takut ada yang memerhati..