Jangan Buka!
Jungkook merupakan seorang pelajar universiti dan menetap berseorangan di sebuah apartment kepunyaan makciknya. Dia tinggal di tingkat 4. Pada satu malam, Jungkook baru sahaja makan malam di rumahnya. Ketika dia mahu membasuh pinggan, handphonenya berbunyi. Dia lihat skrin handphonenya keluar nama Taehyung iaitu kawannya.
"Hey Taehyung, kenapa call?"
"Tak ada pape, aku boring la. Nak lepak rumah kau boleh?" kata Taehyung.
"Boleh je, datanglah. Boleh tengok movie ke."
"Cantik. Aku datang dalam 15 minit tau. Tunggu ye." balas Taehyung dengan nada gembira.
Jungkook meletakkan handphonenya. Dia terus ambil tuala untuk mandi sementara tunggu Taehyung datang. Selepas 10 minit, sedang Jungkook shampoo rambutnya, dia terdengar bunyi orang ketuk pintu.
Knock! Knock! Knock!
Jungkook buka sedikit pintu tandas dan menjerit.
"Masuklah, pintu tak berkunci."
Beberapa minit kemudian, Jungkook terdengar lagi bunyi ketukan pintu.
Knock! Knock! Knock! Knock! Knock! Knock!
Jungkook keluarkan kepalanya dari pintu tandas dan menjerit.
"Pintu tak kuncilah. Masuk je la!"
Tiba-tiba handphone Jungkook berbunyi. Jungkook ambil handphonenya di ruang tamu dalam keadaan rambutnya masih bershampoo. Dia jawab panggilan Taehyung
"Kan saya dah kata pintu tak kunci. Masuk je la."
"Awak.... Jangan buka pintu..." suara Taehyung yang agak tergagap
"Kenapa tae? kau kat mana?"
"Saya kat bawah tangga apartment awak... Saya ternampak ada seorang yeoja kat depan pintu awak.... Rambut dia panjang... Dia merangkak... dengan badan yang terbalik..." kata Taehyung sambil mengigil ketakutan..
Jungkook terkejut apabila mendengar kata tae. Dengan keadaan takut, dia toleh ke belakang dan dapati pintu depannya telah terbuka.
"Tae! Pintu rumah aku terbuka. Macam mana ni!"
"Jungkook... Saya nampak dia baru masuk rumah kau..."
"kau jangan main-main tae ..."
Tiba-tiba Jungkook terdengar bunyi pintu tertutup. Ia datang dari bilik tidur Jungkook.
"Tae , ada orang masuk dalam bilik saya.. Dia tutup pintu."
"Awak jangan buka pintu tu! Awak terus keluar rumah! Saya tunggu awak kat bawah tangga ni. Cepat!" tegas tae .
"Baiklah awak. K bye." Jungkook meletakkan handphonenya.
Taehyung tunggu jungkook di tangga. Badannya mengigil ketakutan. Dia berharap Jungkook tidak menimpa apa-apa kemalangan. Setelah beberapa minit, Jungkook masih tidak muncul. Taehyung mula risau. Dia cuba call Jungkook tapi tiada jawapan. Perlahan-lahan dia mengintip pintu rumah Jungkook. Pintunya masih terbuka.
Taehyung tiada pilihan lain, dia terpaksa masuk ke dalam rumah Jungkook untuk siasat. Dengan keadaan ketakutan, perlahan-lahan dia masuk namun tidak nampak bayang Jungkook. Dia teringat yang Jungkook kata ada seseorang memasuki bilik tidurnya. Dia toleh ke arah bilik Jungkook. Pintunya terbuka sedikit.
"Jungkook... Awak kat dalam bilik ke?"
Tiada siapa menyahut. Taehyung resah.
Pang!
Ada bunyi sesuatu jatuh dari bilik . Taehyung terkejut.
"Jungkook? Awak ke tu?
Kring! Kring!
Handphone Taehyung berbunyi. Skrin dia tulis nama Jungkook.
"Hello. Kook? awak kat dalam bilik ke?"
"Bilik? Saya kat bawah tangga ni. Mana awak? Kata nak tunggu kat sini?"
Taehyung terkejut. Dia ingat jungkook berada di biliknya. Perlahan-lahan dia toleh ke arah bilik. Ada seorang yeoja dalam keadaan terbalik sedang merenungnya...
*
*
*Wae?kenapa suka sangat dalam bilik Wae?
Vote ✔
Comment ✔
ThanksMickookie
KAMU SEDANG MEMBACA
Creppy Pasta✔
HorrorBaca Jangan Tak Baca... Bila Baca Hati Hati.. Jangan takut jangan panik.. Takut ada yang memerhati..