Kompilasi
Malam ini admin hendak kongsikan sedikit kepada anda koleksi-koleksi cerita seram yang admin pernah dengar dan dapat daripada kenalan-kenalan dan ahli keluarga admin. Tiada fakta yang ditokok tambah. Semuanya admin ambil bulat-bulat daripada penceritaan mereka ini. Ada juga yang pernah admin alami sendiri. Ini antaranya.
1. Pelajar Kolej dan Bulan Mengambang
Kisah seram ni saya dengar daripada kenalan sekerja. Ceritanya begini, sewaktu kawan saya ini sedang belajar di sebuah kolej di Pantai Timur Semenanjung, ada seorang rakan sebiliknya yang suka sangat melepak seorang diri di koridor bilik hostel pada malam hari. Dia akan duduk di kerusi luar bilik dan akan termenung berjam-jam seorang diri sehingga lewat malam. Kawan-kawan sebilik perasan akan perangai peliknya. Dia suka sangat memandang ke langit sambil merenung bulan penuh ataupun dalam bahasa mudahnya bulan mengambang. Jadi pada suatu malam kawan yang suka merenung bulan ini seperti sudah kena rasuk dan sampuk.Dia meracau-meracau, menjerit-jerit di sepanjang koridor hostel. Kawan-kawan sebilik sudah berasa pelik sebab suara yang keluar dari mulut dia ini seperti suara perempuan. Ada kalanya dia memanjat tembok koridor seperti mahu terjun tetapi sempat dihalang oleh rakan-rakan. Sejak hari itu selama berminggu-minggu pada setiap malam dia akan meracau-racau. Akhirnya dia dihantar pulang ke kampung untuk berubat dan diberi cuti 'extend semester'. Mungkin ada kaitan dengan bulan mengambang itu. Serigala Jadian? Tak mungkin.
2. Pendaki Gunung dan Baju Metal
Kisah terjadi pada 10 tahun yang lepas, ketika itu saya masih bersekolah menengah. Ketika di sekolah saya merupakan ahli Persatuan Kelab Kembara, dan agak aktif mengikuti persatuan ini pergi memanjat gunung dan bukit. Dalam setahun sebanyak 3 kali persatuan dan sekolah menganjurkan aktiviti mendaki gunung. Jadi untuk kali ke tiga dalam tahun itu saya tidak dapat turut serta kerana ada hal lain.Saya tidak ingat gunung apa tetapi berlaku kejadian misteri dan menyeramkan sepanjang rakan-rakan yang lain mendaki gunung tersebut. Antaranya kejadian tersesat jalan dan melalui trek yang sama dalam beberapa kali. Rakan saya yang seorang ini agak lincah lagi celupar sedikit mulutnya, dia tidak tahu di hutan dan tempat-tempat sebegitu perlu mengikut adap-adap tertentu. Dia dan kumpulannya dalam lima orang sudah tersesat jalan dan termasuk ke suatu kawasan yang sangat asing.
Sudah beberapa kali cuba keluar tapi tetap melalui trek yang sama. Kadang-kadang mereka diganggu oleh bunyi seperti orang sedang ketawa. Memang menyeramkan. Kebetulan pada waktu itu dia memakai baju-t bergambar tengkorak yang agak menakutkan. Nampak remeh tapi penting. Dia membuat keputusan untuk menukar baju itu dengan baju lain dan terus berdoa dan berusaha untuk keluar. Mungkin 'mahkluk halus' itu mahu memberi peringatan kepada dia supaya jangan takbur. Rupa-rupanya jalan yang mereka sesat itu hanyalah bersebelahan dengan tempat kumpulan dan guru-guru yang lain berkumpul.
3. Qiamulail dan Kereta Berkuda
Kisah seram yang ketiga ini pula antara kejadian seram yang saya alami sewaktu di sekolah rendah. Waktu itu saya berumur 12 tahun. Sudah menjadi kebiasan pelajar-pelajar darjah enam yang akan mengambil peperiksaan, pihak sekolah akan mengadakan program bacaan Yaasin dan Qiamulail. Jadi pada malam Sabtu itu (jika tidak silap saya), selepas beramai-ramai membaca surah Yaasin dan makan malam kami semua diarah untuk tidur awal bagi mempersiapkan diri untuk bangun pada pukul 2 pagi bagi sesi Qiamulail. Pelajar perempuan diarah tidur di dalam surau manakala pelajar lelaki tidur di dalam kelas.Di dalam kelas, semua meja disusun secara bercantum, diletakkan tikar dan kami beramai-ramai tidur di atasnya. Dah nama pun budak-budak, disuruh tidur tetapi kami semua berjaga dan bermain. Susah nak dapat peluang tidur beramai-ramai begini. Jika ternampak kelibat Ustaz berjalan, kami semua akan buat-buat tidur. Tidak jauh dari belakang kelas kami ini ada terdapat satu lorong jalan tar lama, hanya muat untuk motosikal lalu sahaja. Ketika itu kami semua sudah kepenatan dan masing-masing sudah baring untuk tidur.
KAMU SEDANG MEMBACA
Creppy Pasta✔
TerrorBaca Jangan Tak Baca... Bila Baca Hati Hati.. Jangan takut jangan panik.. Takut ada yang memerhati..