Kimono Putih

525 20 0
                                    

Kimono Putih

Kimono Putih ini adalah satu ritual memuja hantu yang berasal dari Jepun.

AMARAN!
Ritual ini sangat merbahaya dan boleh membawa maut sekiranya anda melakukan kesilapan. Bagi yang beragama Islam, anda dinasihat jangan melakukan ritual ini kerana ia bertentangan dengan akidah. Anggap ini sebagai satu informasi kepada anda.

Langkah 1.
Baring di katil anda antara pukul 2.00AM hingga 3.00AM. Lihat di atas siling bilik anda. Bermula dengan sudut siling di utara, perlahan-lahan anda lihat setiap sudut di siling bilik anda satu persatu ikut arah lawan jam. Ulang sebanyak tiga kali.

Langkah 2.
Letakkan tangan anda di dada secara bersilang dan baca ayat ini sebanyak tiga kali. "On beiro kya mashironi sowaka."

Langkah 3.
Tutup mata anda dan bayangkan seorang wanita berambut hitam dan panjang merangkak ke arah kamu. Wanita itu berpakaian kimono putih berlumuran darah.

Langkah 4.
Terus bayangkan wanita itu merangkak semakin dekat sehingga ia berada di depan muka anda.

Langkah 5.
Buka mata anda dan tutup semua lampu. Jadikan bilik anda segelap yang mungkin. Selepas itu anda terus tidur.

Wanita berpakaian kimono putih yang berlumuran darah itu akan muncul di mimpi anda.

Nota:
1. Jika wanita itu datang ke arah anda, jangan sesekali bercakap dengannya.
2. Wanita itu akan bertanya nama anda, jangan sesekali menjawabnya.
3. Sekiranya wanita itu berbisik sesuatu di telinga anda, goyangkan tangan anda. Ia akan membuat anda terjaga dari tidur.
4. Bila anda terjaga dari tidur, jika anda tidak nampak satu lembaga wanita di mana-mana sudut bilik anda, maksudnya anda telah selamat.
5. Sekiranya anda masih belum terjaga dari tidur, anda mungkin terperangkap bersama wanita itu.

*
*
*

Vote ✔
Comment ✔
Thanks

Mickookie

Creppy Pasta✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang