Prologue

7.7K 347 41
                                    

Saat beberapa orang sibuk buat hal sendiri di meja masing- masing, seorang gadis kecil duduk diam sahaja memerhati dari tingkat paling atas di dalam perpustakaan itu. Baginya yang tidak boleh bergaul dengan orang lain atau keluar dari perpustakaan tersebut, setiap hari adalah sunyi. Bosan tanpa teman disisi, gadis kecil itu berjalan mundar mandir di ruang atas perpustakaan tersebut.

Si gadis mengeluh. Penat berjalan ke hulu ke hilir, dia duduk di atas lantai dan berbaring. Setelah itu, Si gadis berguling ke kiri dan ke kanan tanpa mempedulikan bajunya yang mungkin akan kotor.

"Ahh!! Bosannya!! Bosannya!!" jerit Si gadis.

Jam di dinding terus berjalan. Sejam berlalu kemudian dua jam dan seterusnya. Si gadis akhirnya tertidur di atas lantai tersebut. Ruang atas perpustakaan tersebut tidak ada penghuni lain melainkan Si gadis. Di sekolah tersebut, St. Margurite High School, sangat terkenal dengan kisah seram hantu dan pembunuhan. Kisah mengenai perpustakaan berhantu tersebut menyebabkan ramai tidak berani naik ke tingkat atas dan akhirnya tingkat atas tersebut tidak lagi digunakan.

Saat hari hampir petang, perpustakaan itu sudah pun sunyi kerana semua pelajar sudah pulang ke dorm. Tetapi, seorang pelajar lelaki masuk ke dalam perpustakaan tersebut. Entah mengapa saat semua pelajar sepatutnya pulang, pelajar tersebut masih lagi di kawasan sekolah. Pelajar lelaki tersebut terus mendaki anak tangga ke tingkat atas perpustakaan tersebut.

Tanpa rasa gerun dengan cerita seram mengenai tingkat atas perpustakaan itu, Si pelajar lelaki terus mendaki hingga sampai di tengah tangga. Dia berhenti sementara kerana penat. Beberapa saat selepas itu, dia melangkah semula. Perpustakaan 15 tingkat itu bergema dengan bunyi tapak kakinya melangkah dari satu ke satu anak tangga.

 Perpustakaan 15 tingkat itu bergema dengan bunyi tapak kakinya melangkah dari satu ke satu anak tangga

Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.

Si pelajar lelaki mendongak dan mengeluh. Masih ada lima tingkat lagi. Tanpa berputus asa, Si pelajar terus berusaha sehabis baik. Setiba sahaja di tingkat atas sekali, Si pelajar lelaki tersenyum.

"Akhirnya! Berjaya naik!" soraknya riang.

Dia terjatuh kerana terlalu penat. Nafasnya turun naik. Si pelajar lelaki berbaring di atas lantai dan berguling-guling. Dia ketawa riang kerana berjaya mendaki perpustakaan 15 tingkat itu. Saat itu Si pelajar lelaki terus berhenti bergerak apabila mukanya hampir menyentuh seseorang. Terkejut, matanya berkelip memandang seseorang itu. Seorang gadis yang sedang tidur nyenyak.

Si pelajar lelaki bangun dan duduk. Dia memerhati gadis yang sedang tidur. Langsung tidak menyerupai sesiapa pelajar sekolah itu. Si pelajar lelaki tidak mengenalinya. Kecil sahaja tubuh Si gadis. Tidak seperti pelajar sekolah tinggi. Si pelajar lelaki berkerut. Dia berbaring semula di sebelah Si gadis dan terus memerhati wajahnya.

Entah mengapa hatinya terdetik untuk menunggu Si gadis bangun dari tidur. Lama dia di situ dan akhirnya tertidur. Si pelajar lelaki terjaga hanya apabila hari sudah malam. Dia memerhati sekelilingnya. Si gadis telah hilang. Hairan dengan apa yang terjadi, Si pelajar lelaki pulang ke dormnya semula. Mungkin, gadis yang dilihat adalah khayalan kerana terlalu penat.







//Hello dear readers~
Author's here. I'm going to edit this whole story, so please wait for it. I'm going to publish it again after I'm done editing all the chapters.
(。•̀ᴗ-)✧









.

Golden Dust [Revised Ver]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang