Noah mengeluh perlahan, penat. Tidak sangka yang Anna akan menyuruhnya menyanyi berulang kali. Gitar di tangan terus digalas. Noah melihat jam di tangannya yang baru menginjak ke jam sebelas malam. Langit malam itu penuh bintang.
Noah memerhati keadaan sekeliling saat dia berjalan pulang ke dorm. Matanya tertancap pada taman di kawasan sekolah yang dibiar sepi. Taman yang berkeluasan kira-kira 5 ekar itu berdekatan dengan menara jam. Sayang sekali tempat itu tidak lagi ada orang yang datang.
Noah melangkah ke arah taman tersebut. Pintu pagar besi dibuka oleh Noah. Berkeriut bunyi pintu pagar besi tersebut. Perlahan Noah berjalan sekitar taman. Jantungnya berdegup kencang dan perutnya rasa memulas. Noah berhenti berjalan.
Shhushhh~......
Bunyi angin bertiup menambahkan lagi rasa takut dalam diri Noah. Bulu romanya meremang. Suasana yang sangat menyeramkan.
Tap! Tap! Tap!
Bunyi orang berlari membuatkan Noah cepat-cepat mengalih pandangannya ke arah belakang dimana bunyi tadi muncul. Sepi.. tiada sesiapa disitu. Noah berasa tidak sedap hati dan terus berlari pulang ke dorm.
Tiba saja di bilik, Noah terus tidur tanpa menukar pakaiannya. Dia bukan pengecut atau penakut, tapi kalau benda tu sesuatu yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, dia tak berani.
******
Anna menguap kecil. Dia baru saja bangun tidur pagi itu. Jam loceng ditepi tidak berbunyi dan jarumnya juga tidak bergerak. Dia duduk bermalasan di atas katil. Rambut panjangnya mengurai di belakang. Anna menoleh.
Melihat betapa serabut keadaannya, Anna bangun dari katil menuju ke bilik air. Setelah siap, Anna seperti biasa menuju ke perpustakaan. Lif dinaiki dan seketika kemudian, Anna tiba di tingkat atas sekali. Dia melihat keadaan sekeliling yang bersepah dengan buku.
Mungkin sudah tiba masa untuk mengemas. Anna memulakan kerjanya. Bersusah payah dia mengangkat buku-buku tersebut untuk disusun semula. Tubuh kecilnya menggigil apabila mengangkat buku yang berat.
Entah berapa lama masa berlalu, loceng dari menara jam berbunyi. Anna melihat ke luar tingkap yang berhadapan dengan menara jam dimana jarum jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari. Anna memandang sepi tangga perpustakaan tersebut. Selalunya Noah akan berlari-lari mendaki tangga tersebut namun kali ini sunyi saja.
Lama Anna menunggu namun jam telah melonjak ke pukul 1. Anna mengembungkan pipinya dan duduk di atas lantai. Sekali lagi pandangannya dialih ke arah tangga. Tiada kelibat Noah yang muncul sebaliknya cikgu Maria.
Anna mengeluh. Dia terus mencapai buku dan pura-pura membaca.
"Anna, Noah.. Noah demam panas." beritahu cikgu Maria.
Anna yang pada mulanya tidak mahu melayan cikgu Maria terus memandang ke arah wanita itu. Matanya tidak berkelip. Paip di mulutnya jatuh ke paha. Pap!
"Malam tadi Noah balik lewat ke dorm. Pagi tadi pun dia tak datang kelas. Cikgu jadi risau. Rupanya dia demam, pengurus asrama baru maklumkan." ujarnya agak cemas. Namun perkara itu tidak lama kerana dia mula melihat sekeling. Mata Cikgu Maria bersinar-sinar dengan penuh riang.
"Wah.. cantiknya. Pertama kali cikgu ke sini. Rupanya ada taman!" ceria saja suara cikgu Maria.
Anna mengecilkan matanya memandang cikgu Maria. Tidak puas hati betul dengan cikgu tu. Tadi bukan main risau dan cemas lagi dia sampaikan berita tentang Noah. Nampak sangat palsunya. Tapi.. Anna masih risaukan Noah.
"Noah.. dekat mana?" tanya Anna.
"Eh? Dekat bilik sakit la." jawab cikgu Maria.
"Bilik sakit?" terkejut saja nada suara Anna.

KAMU SEDANG MEMBACA
Golden Dust [Revised Ver]
Misterio / SuspensoSt. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh. Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...