Anna melihat ke arah luar tingkap sambil mulutnya masih lagi menerangkan kisah sebenar. Gayanya macam orang malas yang dipaksa bercerita. Noah yang mendengar rasa kagum pula dengan gadis itu. Entah bila dia dapat maklumat dari Cikgu Maria yang juga telah menolong dalam kes kali ni. Noah rasa sedih kerana dia tidak dapat bersama Anna semasa gadis itu menyelesaikan kes kali ini. Semuanya kerana dia 'diculik' Sofea sebelum 'dipaksa' Chris untuk menyiasat bersama mereka. (༎ຶ ෴ ༎ຶ)
Perempuan pertama yang dibunuh telah ditembak dari dalam kedai yang sama Duncan mencuba baju sebelum ini. Kedai itu mempunyai cermin pintu yang mana bilik tersebut digunakan sebagai stor. Duncan bersembunyi di dalam kedai dan menembak mangsa menggunakan pistol bersama penyenyap bunyi. Penjual kedai tidak perasan perkara ni sebab dia terlalu sibuk membaca majalah. Perkara yang sama berlaku apabila Anna masuk ke kedai tadi.
Pekerja tersebut tidak peduli akan Anna dan orang yang masuk dan keluar dari kedai tersebut. Dia lebih sibuk membaca dan hanya akan mengangkat wajahnya dari majalah apabila seseorang memanggilnya atau pergi ke kaunter bayaran. Plaza yang terdapat pelbagai macam jenis bunyi, menenggelamkan lagi bunyi kejadian yang berlaku.
Apabila Anna membuka pintu cermin tersebut barulah pekerja tadi perasan ada orang masuk dalam kedai dia. Lagi satu kesalahan yang dilakukan Duncan semasa menyamar adalah dengan memperkenalkan dirinya pada Noah dan Annie sebagai Alise Burgh. Burgh merupakan nama ketua polis. Bila masa pula ketua polis tu ada anak perempuan nama Alise? Barangkali Duncan telah tersasul mencari nama untuk dijawab apabila ditanya secara tiba-tiba. Duncan, sebagai anak seorang Earl, hanya tahu nama keluarga bangsawan yang lain. Ini kerana kebanyakan orang kebiasaan tidak mempunyai nama keluarga.
Mangsa kedua yang diracun pula mati kerana racun tu ada di tangan mangsa sendiri. Disebabkan itu juga, siasatan menunjukkan tiada racun di dalam makanan mangsa. Menurut saksi, mangsa ada bertemu Duncan pada pagi sebelum dia mati untuk meminta putus buat kali terakhir. Saat itu juga, dia menerima cincin tersebut. Racun diletakkan pada bahagian dalam cincin dan apabila mangsa mahu makan, mangsa pasti akan membuka cincin. Secara tidak langsung, racun akan lekat pada tangan apabila menyentuh cincin tadi.
Mangsa ketiga dah pun diterangkan. Duncan membunuh dengan cara mengalih perhatian orang ramai. Pada pintu bahagian belakang cermin, Anna ternampak calitan darah kering disitu. Bermakna, dia sememangnya ada menyorok disitu. Serbuk peluru juga ada melekat pada dinding sekitar kawasan cermin menandakan ia digunakan sebelum ini untuk menembak selepas disiasat oleh pihak polis dan pakar forensik.
Mangsa terakhir adalah Joana. Duncan menyamar dengan mengatakan bahawa wanita itu pengawal peribadi Alise, watak rekaan Duncan sendiri. Hakikatnya, perempuan tersebut ialah Serena Diland, anak kepada Viscount Diland. Perempuan bangsawan yang mana telah minta putus dengan Duncan ketika mereka hampir bertunang.
Duncan minta Serena datang berjumpa dengannya di bilik contoh sebelum membuatkan mangsa pengsan. Dia menukar pakaian mangsa dan menembak mangsa dengan pistol. Kali ini, dia menggunakan payung untuk menghalang serbuk peluru dari mengenai dirinya. Payung tersebut telah anggota polis jumpa apabila Anna meminta untuk dicari.
Setelah itu, cincin diambil dan dipakaikan sarung tangan sebelum Duncan cepat-cepat beredar. Namun ketika dia sedang ingin cepat, Duncan terlanggar seseorang menyebabkan Noah dan Annie yang ada disitu menegur. Duncan tiada pilihan lain selain berlakon. Dia fikir mungkin dia dapat lepas dengan cara menjadikan Noah dan Annie sebagai saksinya. Barangkali, selepas membalas dendam, Duncan mahu Alise menjadi kambing hitam maka dia gunakan identiti Alise.
"Jadi.. semuanya sebab nak balas dendam? Sebab semuanya curang?" Chris bersuara setelah Anna mendiamkan dirinya.
"Kenapa perempuan tu curang pula?" kali ini Noah pula menyampuk.
KAMU SEDANG MEMBACA
Golden Dust [Revised Ver]
Mystery / ThrillerSt. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh. Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...