Beberapa jam sebelum Noah bertemu Anna..
Noah mengeluh. Dah tak larat lagi dia nak berjalan. Berapa besar sekolah ni sebenarnya?! Ahhh!!!
"Maafkan saya!" Noah segera menunduk apabila dia terlanggar seseorang semasa matanya sibuk mencari jalan di sekeliling.
"Hmm?" lelaki itu berkerut. Dia mengelap bahagian baju yang dilanggar oleh Noah.
Noah memandang ke arah lelaki yang dia tidak sengaja terlanggar tadi. Lelaki itu tinggi, dengan rambut panjang yang diikat satu. Wajahnya kelihatan seperti seseorang yang dia kenali namun Noah tidak pasti.
"Kau ni.. Oh? Noah?" soal lelaki tersebut.
Kening Noah terangkat sebelah. Macam mana lelaki ini boleh tahu namanya?
"Ah, ya saya. Encik ni.. siapa?" soal Noah hairan.
Lelaki itu tersenyum. Beberapa orang lelaki lengkap berpakaian sut hitam mula mengelilinginya. Ah, sudah. Bala apa pula yang datang ni? Penat dia cari Anna dari tadi masih belum hilang lagi. Mereka ini nak cari gaduh atau apa? Hanya sebab dia terlanggar seseorang?
"Kalau kau nak Anna selamat, kau perlu ikut aku." lelaki itu mengugut.
"?!" Noah merenung lelaki itu. Hatinya mula berasa tidak senang.
Mahu tidak mahu, dia ikut juga lelaki tersebut sehingga dia dibawa ke sebuah bilik yang kelihatan seperti pejabat. Noah memerhati keadaan sekeliling. Sebuah frame gambar diatas meja menarik minatnya. Lama dia perhati wajah wanita didalam gambar tersebut. Wajahnya sama seperti Anna. Siapa wanita didalam gambar ni? Lebih penting lagi.. Siapa lelaki ni?
"Biar aku terus terang saja.. aku nak kau buat sesuatu untuk aku." beritahu lelaki itu.
Kening Noah berkerut. "Siapa..?"
"Nama aku Howard de'Feldrick. Perdana Menteri negara ni. Ayah kepada Anna de'Feldrick." jawabnya dengan senyuman yang langsung dibuat-buat.
Noah masih lagi dengan wajah yang serius. Jadi lelaki dihadapannya kini adalah ayah kepada Anna. Orang yang sama yang membuang Anna dari keluarganya. Orang yang dah buat Anna menderita.. akhirnya dia jumpa dengan orang tu.
"Awak nak saya buat apa?" tanya Noah, ragu-ragu.
"Bawa Anna pada aku."
"Apa?" Noah tidak mengerti. Di mana Anna berada juga tidak dia ketahui.
Howard tersenyum. Namun wajahnya sedikit pun tidak mempamerkan perasaan sebenar.
"Dalam sekolah ni, ada seseorang yang sedang mancari Anna selain dari kau. Aku tak mahu dia jumpa dengan Anna. Nyawa Anna sekarang dalam tangan aku. Kalau kau nak dia selamat, lengahkan masa dan bawa dia pada aku. Aku ada kes yang perlu dia selesaikan."
Mendengar penjelasan Howard, Noah hanya mampu diam sambil fikirannya ligat memikirkan sesuatu. Perlukah dia ikut apa yang lelaki ini beritahu? Tapi.. cuma dia saja yang tahu dimana Anna, jadi kalau dia ikut pun apa salahnya. Bila dia dah jumpa Anna, dia boleh lari dari sekolah ni dengan Anna. Tinggalkan semuanya, dan pergi ke tempat di mana tiada sesiapa tahu.
"Boleh terangkan tentang kes yang perlu Anna selesaikan?" soal Noah lagi. Dia perlu pastikan sesuatu. Jika kes tersebut terlalu bahaya, dia harap Anna akan tarik diri.
"Kes pembunuhan bersiri. Pembunuh setakat ni membunuh mangsa dan mengambil salah satu organnya. Mangsa yang dibunuh kesemuanya adalah penyelidik yang pernah bekerja dengan makmal kat sini dahulu. "
"Maksud?" Noah bertanya lagi.
"Dulu sebelum sekolah ni dibina, bangunan dimana kita berada sekarang adalah makmal. Tapi, selepas satu kejadian makmal tersebut terbakar. Akhirnya kerajaan umumkan yang mereka nak bina sekolah diatas tapak makmal yang dah hancur dalam kebakaran. Dalam erti kata lain, saintis dan penyelidik asal sebelum ini semua bekerja sebagai guru atau pembantu kat sekolah ni sekarang."
KAMU SEDANG MEMBACA
Golden Dust [Revised Ver]
Mystery / ThrillerSt. Margurite Highschool, sekolah yang penuh misteri dan pelbagai kisah aneh. Noah merupakan pelajar pertukaran di sekolah tersebut namun dia dipulaukan kerana latar belakangnya yang datang dari jauh. Suatu hari, Noah telah mengambil keputusan untuk...